REALME LANCAR TELEFON PINTAR KUAD KAMERA SIRI REALME 5



realme Malaysia melancarkan telefon pintar kuad kamera - realme 5 dan realme 5 Pro, yang berkuasa Qualcomm® Snapdragon™ 665 dan 712 Mobile Platforms yang memberikannya prestasi yang tiada tandingannya dalam segmen telefon harga pertengahan. Kedua-dua realme 5 dan realme 5 Pro dilengkapi lensa lensa sudut ultra-lebar, kamera utama, lensa potret dan ultra makro.


realme 5 - Quad Camera PowerHero 

realme 5 dilengkapi Snapdragon 665 AIE, generasi ketiga Qualcomm AI Engine berasaskan pemproses octa-core 11nm, beroperasi dengan kelajuan  2.0GHz dengan peningkatan prestasi untuk gaming. realme 5 boleh didapati dalam dua warna - Crystal Blue dan Crystal Purple. realme 5 menampilkan paparan 6.5-inci HD+ Mini-drop, memberikan paparan yang lebih luas untuk kepuasan gaming, audio dan visual. 

Estetika realme 5 menampilkan corak diamond-cut dengan warna holografik dan tekstur berkilau. Ia dilengkapi empat kamera AI  – lensa sudut lebar ultra 119° (8MP), kamera utama (12MP), lensa potret (2MP) dan lensa makro ultra (2MP), dan juga kamera depan AI (13MP). Dengan bateri 5000 mAh, pengguna boleh menikmati hiburan dengan lebih lama. realme 5 menggunakan sistem operasi ColorOS 6.0 berdasarkan Android 9.0 Pie. Telefon pintar realme 5(3GB+64GB) berharga RM599 manakala realme 5(4GB+128GB) adalah RM799. 


realme 5 Pro - Quad Camera SpeedMaster 

realme 5 Pro berkuasa Snapdragon 712 AIE, pemproses 2.3GHz octa-core  AI Engine generasi ketiga yang memberikan kelajuan pada AI dengan Qualcomm Andreno 616 GPU. Telefon pintar realme 5 Pro boleh didapati dalam warna Crystal Green dan Sparkling Blue. realme 5 Pro menampilkan empat kamera dengan lensa sudut lebar ultra 119° (8MP), kamera utama 48MP Sony IMX 586, lensa potret (2MP) dan lensa makro (2MP), bersama kamera depan AI 16MP Sony IMX471 untuk penghasilan imej yang tiada tolok bandingannya dalam segmen ini. 

realme 5 Pro menampilkan paparan 6.3-inch FHD+ dewdrop, warna nanometer holografik yang memberikan efek visual berlapis di bahagian belakang. Pengecas pantas 20W VOOC Flash Charge 3.0 juga disediakan di dalam kotak. Telefon pintar realme 5 Pro (8GB+128GB) berharga RM1,099 sahaja.


Ketersediaan realme 5 dan realme 5 Pro
 
realme 5
Versi
Warna
Tarikh Jualan
3GB RAM+64GB ROM
Crystal Blue

1.       Jualan bermula 17/10/2019, 10 pagi
2.       Jualan Online Eksklusif di Lazada
Crystal Purple
4GB RAM+128GB ROM
Crystal Blue
Crystal Purple

realme 5 Pro
Versi
Warna
Tarikh Jualan
8GB RAM+128GB ROM
Crystal Green
1.       Jualan bermula 10/10/2019, 10 pagi
2.       Jualan Online Eksklusif di  Lazada
Sparkling Blue

Buat pertama kali, kedua-dua telefon pintar dalam siri realme ini akan dijual secara eksklusif di platform Lazada. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://bit.ly/realme5remind

Pra-tempahan bermula sekarang sehingga 11 October 2019. Untuk mengetahui kedai realme yang terletak berhampiran anda, layari laman web realme di https://realmemalaysia.ucraft.net/

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA