KONSERT "THE SINGING PIZZA" PENUH KEHANGATAN



Pizza Hut dan Universal Music Malaysia telah menyatukan peminat pizza dan muzik pada malam Konsert ‘The Singing Pizza’ yang menampilkan gandingan hebat artis-artis tempatan yang terkenal dan juga yang baru meningkat naik.

Lebih daripada 500 orang penonton telah hadir untuk menyaksikan persembahan eksklusif dari tujuh artis terkemuka bertempat di Auditorium Muzik Bentley di Petaling Jaya, 19 Oktober lalu.

Konsert tersebut merupakan acara penutup bagi kempen ‘The Singing Pizza’. Kerjasama bersejarah di antara Pizza Hut dan Universal Music Malaysia ini bermatlamat untuk menghubungkan dan memberi aspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menjalani hidup dengan lebih bermakna menerusi pengalaman menikmati piza yang dipertingkat menerusi elemen muzik.

Aman Ra

Aman Ra telah membuka pentas dengan lagu Rap popularnya berjudul “Budak Flat” diikuti lagu terbaharu “Fighter” dan “Bangun” yang membangkitkan mood pada malam itu.

Persembahan diteruskan dengan Zen yang memukau perhatian dengan lagu terbaharunya “If I Knew”. Penyanyi bersuara merdu ini juga mengejutkan peminat dengan medley “Kenangan Terindah” dan “See You Again”.

Malam itu diteruskan dengan permainan interaktif “Blind Pizza Tasting” yang memberi peluang kepada empat peminat bertuah untuk naik ke pentas bersama Aman Ra dan Zen.

Penyanyi baru, Shalma Eliana meneruskan acara dengan persembahan lagu pertamanya “Kenangan Terindah” diikuti dengan lagu berentak R&B berjudul “If I Ain’t Got You” dan juga lagu terbaharu “Mahukah Kamu”.

Alvin Chong

Alvin Chong tampil menggamitkan suasana dengan persembahan mantap menerusi lagu “Tajam” dan “Ben Ni Chong Ai” dengan gubahan semula lagu popular “Cinta Luar Biasa’.

Dua peminat bertuah telah diumumkan sebagai pemenang peraduan istimewa ‘Singing Pizza’ membawa pulang hadiah tiket penerbangan ke Sydney, Australia untuk menyaksikan konsert Shawn Mendes secara langsung bersama Alvin Chong.

Peminat turut terpesona apabila bintang sensasi Fattah Amin mengalunkan lagu romantik berjudul “Isterimewa” dan “1234U”.

Pasangan duet ThomasJack membuktikan bakat mereka dengan lagu berjudul “Rumours”, nyanyian semula “Ku Juga Mencintaimu” dan “Mungkin Nanti” berduet dengan Zen. Sebelum tirai dilabuhkan,

Pasangan romantis Fazura dan Fattah Amin

Fazura mengakhiri malam penuh pesona tersebut dengan lagu popularnya “Bangun”. Persembahan Fazura dihangatkan lagi dengan duet bersama dengan suaminya, Fattah Amin mendendangkan lagu “Paling Sempurna”, “Bisa Apa” dan “Can’t Forget Me”.

Penonton lain turut diimbau dengan segmen “Pizza Hut Moment” throwback, di mana peminat-peminat bertuah dapat merasai pengalaman istimewa bersama artis kegemaran mereka, termasuk sesi membuat piza bersama Fattah Amin, sesi manicure dan minum petang di Pizza Hut bersama Shalma Eliana, bengkel tarian dikendalikan oleh ThomasJack dan Zen disusuli sesi jamuan pizza, sesi istimewa di studio bersama Aman Ra diikuti dengan makan malam di Pizza Hut.

Menukar kotak piza biasa kepada konsep kotak muzik, ‘The Singing Pizza’ didatangkan di dalam kotak piza bertemakan piring hitam, menampilkan ilustrasi artis seperti Fazura, Fattah Amin dan Alvin Chong di hadapan kotak berserta kod QR untuk akses kepada 200 lagu eksklusif termasuk lagu-lagu popular serta yang masih belum dipasarkan, dengan senarai yang dikemaskini setiap dua minggu di dalam aplikasi ‘The Singing Pizza’.


Kempen ‘The Singing Pizza’ ini juga berjaya meraih anugerah 'Excellence in Marketing Innovation' (Anugerah Kecemerlangan dalam Inovasi Pemasaran) di majlis Marketing Excellence Awards 2019 anjuran Majalah Advertising+Marketing baru-baru ini.

Untuk mendapat maklumat terkini, ikutilah Facebook kami di @PizzaHutMalaysia atau @pizzahutmalaysia di Instagram untuk maklumat berkaitan ‘The Singing Pizza’. 

Comments

Popular Posts