SEMINAR PELANCONGAN TOKYO 2019 “TOKYO TOKYO OLD MEETS NEW”



Tokyo adalah kumpulan Tokyo baharu dan kuno. Tokyo hidup dengan 400 tahun budaya Era Edo, perkembangan sejarah berterusan telah mencetus budaya baharu. Titik temu dan gabungan “Tokyo Kuno” dan “Tokyo Baharu” menjadikan negara lebih berbudaya. Tokyo Metropolitan Government dan Tokyo Convention & Visitors Bureau bersama-sama menganjurkan Tokyo Tourism Seminar 2019, mengundang pemain industri memberi penerangan kepada media mengenai trend pelancongan Tokyo.


Tahun 2018 (Heisei 30), ulang tahun ke 150 penamaan semula Edo kepada Tokyo dan penubuhan Kerajaan Tokyo. Bermula 2018, Tokyo Metropolitan Government begitu aktif mempromosi logo dan slogan “Tokyo Tokyo Old Meets New” untuk menggalakkan daya tarikan Tokyo peringkat antarabangsa, memaklumkan pelancong global dan orang diluar mengenai Tokyo yang menakjubkan, mengejutkan dan nilai baharu yang boleh didapati di Tokyo. Semestinya mengangkat imej Tokyo sebagai destinasi pelancongan. 

“Tokyo Tokyo Old Meets New” menekankan lagi penemuan baharu dan lama. Logonya menampilkan dua huruf berbeza Tokyo secara intuitif membagikan imej bandar. Brushstroke hitam dan Gothic block typeface Tokyo di bahagian kiri melambangkan kota lama, manakala banda baru Tokyo pula dizahirkan dalam warna biru di bahagian kanan, ibarat langit bertebaran ke depan melambangkan masa depan yang lebih inovatif. 


Tokyo dilihat tradisional dan sezaman, bergaya dan makmur tetapi dalam waktu sama tidak pernah hilang tradisi. Tokyo Metropolitan Government berharap pelancongan bakal menemui dan mengiktiraf tradisi, sejarah, budaya dan teknologi Tokyo yang diturunkan daripada era Edo ke dunia moden. Tokyo juga tersenarai di dalam World’s Top 10 bandar yang meriah, terima kasih kepada tahap keselesaan, keselamatan dan teknologi moden. Pada tahun 2018, seramai 31,191.856 pelancong telah melawat Jepun dan 468,360 daripada jumlah tersebut adalah dari Malaysia.

Sensō-ji, Hachikō Memorial Statue, Tokyo Skytree, The National Art Center, Shinjuku Gyoen National Garden, Omotesandō, Mikura-jima, adalah destinasi wajib dikunjungi di Tokyo. Menjelang Sukan Olimpik 2020, Tokyo secara rasmi melancarkan insentif tahunan, pelancongan rentas sempadan, mengundang semua orang dari serata dunia memberi tumpuan kepada sukan tahunan berprestij. 


Pengunjung menaiki “Tokyo Restaurant Bus”, untuk menikmati destinasi tumpuan pelancongan seperti Tokyo Tower dan Kabuki-za Theatre sambil menikmati menu lazat di dalam bas mewah tidak berbumbung, menikmati panorama Tokyo dengan perspektif baru. Terdapat juga aktiviti di Tokyo seperti 

Budo (seni mempertahankan diri Jepun), Chado (upacara minum teh Jepun), Ikebana (gubahan bunga Jepun). Nikmati juga masakan asli Jepun dan pemanis mulut, daripada percutian gaya hidup ke restoran bintang Michelin seperti Michelin 3-bintang Sukiyabashi Jiro, Restoran Sushi terbaik di dunia dan Michelin 1-bintang ramenya, Konjiki Hototogisu Ramen. 

Selain daripada kesibukan kota, Tokyo juga mengekalkan monumen sejarah dan budaya. Pengunjung yang gemar elemen tersebut boleh mengunjungi keindahan bangunan dan jalan kota lama seperti di Asakusa, kota bersejarah Tokyo, kraftangan tradisional di Koncent; Ningyocho bersama budaya era Edo; Ameyoko Shopping street; Jimbocho, Juga toko penerbitan dan buku terpakai di pusat Tokyo; dan Koedo Kawagoe.

Tokyo juga melancarkan banyak projek tahun ini, contohnya CYBERSPACE SHIBUYA di Shibuya PARCO yang akan dibuka pada November ini. CYBERSPACE SHIBUYA akan menjadi kedai rasmi Nintendo yang pertama di Jepun, dan pusat Pokémon baru Shibuya, yang menjadi destinasi utama peminat anime, permainan video, manga dan pop culture Jepun. Maxell Aqua Park Shinagawa yang telah memperkenalkan seni digital kepada barisan peminatnya, dengan kawasan baru yang digelar "Pola", pelancong boleh menikmati digital seni unik dan kehidupan laut, mewujudkan visual bawah air yang unik dan tidak pernah dilihat sebelum ini. "Shibuya Scramble Square" sebuah bangunan pencakar langit berketinggian 230 meter yang terletak di atas Stesen Shibuya. Dek pemerhatian dan bumbung gedung pencakar langit akan menawarkan pandangan yang luas, daripada SkyTree, Roppongi, dan Tokyo Tower di timur, Shinjuku dan Yoyogi Park di utara, Shibuya Scramble melintasi bawah, dan Mt. Fuji ke barat.

Selain itu, Meiji Shrine, adalah kuil Shinto yang didedikasikan kepada roh-roh kediaman Maharaja Meiji dan isterinya, Empress Shōken, akan menjelang ulang tahun ke-100 pada 2020. Bersempena dengan ulang tahun tersebut, arkitek Kengo Kuma, menggunakan material asli untuk mencipta rekaan kontemporari bagi menghargai estetika tradisional Jepun, menggandingkan Musium Meiji Jingu dan Meiji Jingu. Termasuk dalam senarai adalah Taman Hamarikyu, yang pada asalnya dibina sebagai kediaman tuan feudal, di mana "Tokyo Grand Tea Ceremony" diadakan setiap tahun


Tokyo bukan hanya kota besar, terdapat juga kawasan alam semula jadi, pulau yang terpelihara ciri-ciri asal. Dari keindahan alam semula jadi di Oshima ke Aogashima yang penuh misteri, destinasi ini menawarkan pengunjung putih pasir dan ketenagan jiwa, perairan jernih dengan batu karang dan budaya asli pulau itu, pengalaman menjelajah keindahan Tokyo yang tidak diketahui pasti tidak dilupakan.

“Tokyo Tourism Seminar 2019” bakal berlangsung di restoran Jepun baru dibuka Tsukiji No 8 dengan kerjasama BIC CAMERA, Ito-Yokado Co Ltd, Tokyo OnePiece Tower, Hotel Grand Palace termasuk pemain industri dan media. Di samping itu, tetamu akan dipersembahkan dengan persembahan pemotongan tuna khas, masakan asli Jepun dan juga sesi cabutan bertuah.

Untuk maklumat lanjut tentang “Tokyo Tokyo Old Meets New”, sila layari http://tokyotokyo.jp/




Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI