TIGA BINTANG HIP-HOP TEMPATAN BERGABUNG DALAM LAGU ‘IMSO’



Arena muzik hip hop tempatan nampaknya mara semula dengan munculnya ramai bakat baru dan lama yang gigih mengeluarkan produk-produk muzik berkualiti. Tidak ketinggalan melakukan perkara yang sama, tiga bintang hip hop muda Lil J, Alan D serta MK tampil dengan persembahan terbaru mereka lewat single hebat yang berjudul ‘IMSO’ . Untuk pertama kali ketiga-tiga bintang ini bergabung demi memberikan sebuah bingkisan istimewa buat pencinta muzik genre tersebut. 

Digubah oleh Ming serta Dll, lagu ini menampilkan lirik di dalam Bahasa Inggeris dan Melayu nukilan Lil J, Allan D dan MK sendiri. Ia membawa sebuah pesanan positif yang mendorong pendengar untuk sentiasa bekerja keras dan tidak putus asa demi mengejar impian serta cita-cita. 

Lebih menarik lagi, lagu ini menampilkan keharmonian berbilang kaum yang semestinya sinonim dengan budaya serta imej Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk. 

Malah lagu ini juga bakal muncul dengan sebuah video muzik hebat yang telah melalui proses penggambaran di Sabah. 


Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records, 

”Sekali lagi artis muda Lil J tampil dengan single terbaru yang memenuhi cipta rasa pencinta muzik tempatan, IMSO hasil gabungan mantap Alan D dan MK. Menarik tentang lagu ini, pembikinan video muzik dilakukan di Sabah dimana kami menerapkan keindahan pulau pulau dan gunung-ganang. Diharapkan lagu IMSO mendapat tempat di dalam hati peminat dan pencinta muzik tempatan .” 

Lagu ‘IMSO’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ‘IMSO’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network. 


Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM