"GO BOLD" BERSAMA REEBOK CLASSICS INTERVAL



Kasut Reebok Classic INTERVAL yang ikonik bakal kembali di pasaran dengan rekaan OG bertaraf legenda dari era 90-an. Tampil dengan gaya "bold" yang berani, kasut ini pastinya menarik perhatian kepada si pemakai.


Dengan upper yang diperbuat daripada mesh yang sesuai untuk kegunaan harian, dan warna-warna yang bergaya untuk kedua-dua jejaka dan gadis, kasut ini memang tampil hebat untuk gaya mix-match.


Rekaan yang "bold" atau berani pada kasut INTERVAL pastinya menyerlahkan personaliti si pemakai dan pada yang sama membawakan  gaya atletik yang hebat, sinonim dengan jenama Reebok sepanjang zaman.



Reebok INTERVAL boleh didapati dalam 7 warna di Malaysia, jualan pra-pelancaran telah dilangsungkan di acara Sneakerlah pada 5 & 6 Okt 2019 dengan 4 warna, pada harga RM299.

Kasut ini bakal berada di pasaran di Royal Sporting House Pavilion KL, One Utama, Gurney Plaza Penang, SkyAvenue Genting, STADIUM MidValley dan KLCC mulai 15 Oktober 2019.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM