TIGA SAINTIS WANITA TERIMA ANUGERAH L'OREAL UNESCO



Pertubuhan L’oreal sedang meraikan kejayaan tiga orang ahli saintis wanita yang terkemuka dengan menganugerahi mereka penghormatan anugerah berprestij L’Oreal UNESCO Fellowship For Women In Science (FWIS).

Sebagai pengiktirafan usaha mereka dalam hasil kajian mereka yang inovatif, mereka juga telah diberi wang geran sejumlah RM 30,000 untuk membantu melanjutkan lagi usaha dalam projek mereka.

Projek tersebut yang telah melangkaui sempadan dalam bidang sains merangkumi kaj ian seperti memajukan ketepatan ramalan risiko kanser, kajian pencegahan masalah berat badan berlebihan, dan juga kejuruteraan bahan. Sejak awal pertubuhan, lebih daripada RM 1,000,000 wang geran telah dianugerahkan kepada lebih daripada 40 orang ahli sain tis wanita sebagai pengiktirafan pencapaian mereka dalam bidang sains.

Tahun ini, L’Oreal UNESCO telah memilih Shivaani Mariapun dari University of Nottingham Malaysia bagi hasil kajiannya dalam kepadatan mamografi dan risiko kanser payudara dalam kalan gan wanita Asia.

Memandangkan tahap risiko kanser payudara dalam kalangan warganegara Malaysia adalah 50 peratus lebih tinggi daripada tahap risiko sedunia, hasil kajian Shivaani untuk mencipta sebuah model yang mampu membuat ramalan risiko yang lebih tep at serta membentuk sebuah strategi pemeriksaan yang lebih efektif untuk pengesanan awal berpotensi untuk menyelamatkan jutaan nyawa.

“Risiko untuk menghidap kanser payudara adalah tidak setara dalam kalangan wanita. Oleh itu, pemberian cadangan pemeriksaan yang sama bagi semua wanita adalah satu cara yang kurang cekap dalam penggunaan sumber terhad. Dengan mengubahsuaikan cara pemeriksaan selaras dengan profil risiko individu, kita dapat mengesan kanser pada tahap awal serta dapat mengelak kebimbangan dan kesusahan bagi golongan wanita yang tidak dapat meraih manfaat daripada pemeriksaan biasa ,” kata Shivaani.

Sementara itu, seorang lagi pemenang bagi tahun ini, Dr. Lim Way Foong dari Universiti Sains Malaysia berazam untuk mencipta sebuah versi alternatif untuk menggantikan sinaran LED. Menurut Dr. Lim, cahaya tiruan pada cahaya LED memancarkan sinaran biru dan pendedahan berlebihan dapat mengakibatkan masalah kesihatan. Meskipun cahaya tanpa radiasi sinaran biru adalah tidak mustahil untuk diciptakan dengan menggunakan cahaya ungu, namun cara ini masih memerlukan banyak kajian dan ujian untuk menentukan kepanjangan gelombang yang sesuai bagi mata manusia.

Selain itu, L’Oreal- UNESCO juga turut menganugerahi Dr. Wan Iryani Wan Ismail dari University Malaysia Terengganu bagi hasil kajiannya yang menakjubkan dalam pengawalan berat badan menggunakan madu. Hasil kerja Dr. Wan Iryani tertumpu kepada Laluan Signal Insulin, iaitu sebuah fungsi yang penting dalam aktiviti metabolisme manusia. Sistem metabolisme yang bermasalah sering kali menjadi punca bagi pelbagai jenis penyakit seperti masalah berat badan berlebihan, penyakit kencing manis serta masalah komplikasi kardiovaskular. Hasil kajian Dr. Wan Iryani telah menunjukkan bahawa penggunaan madu tulen dan asli dapat mengurangkan berat badan yang berlebihan serta merendahkankan biopenanda obesiti dalam model haiwan yang digunakan.


Majlis penganugerahan yang diadakan pada hari ini di W Hotel, Kuala Lumpur telah dirahmati dengan kehadiran Puteri Selangor, Yang Amat Mulia Tengku Datin Paduka Setia Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah. Sebagai ikon kebangsaan wanita perkasa, Tengku Zatashah telah bekerja keras bersama dengan pelbagai agensi baik kerajaan mahupun bukan kerajaan untuk memajukan golongan wanita. Tengku Zatashah telah menerima anugerah tertinggi Perancis “ Commandeur de la Legion d’ Honneur” pada tahun 2017 sebagai penghargaan usaha baginda dalam kerja aktivisme, advokasi dan kedermawanan.

Anugerah-anugerah tersebut disampaikan kepada pememenang oleh Timbalam Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim ( MESTECC ), Yang Berhormat Isnaraissah Munirah Majilis. Turut berserta hadir adalah Duta Besar Perancis ke Malaysia, yang dihormati Encik Frederic Laplanche, Pengarah Urusan L’Oreal Malaysia dan Singapura, Malek Bekdache, serta Setiausaha Agung Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia, Mohammad Sanusi Abdul Karim.

Dalam ucapan tahniah kepada para pemenang, Bekdache berkata : “ Semoga anugerah ini dapat mendorang ahli saintis wanita yang lain untuk tampil ke hadapan dengan lebih berani dan tunjukkan kepada dunia kebolehan mereka untuk menghasilkan idea serta hasil inovasi yang boleh memberi kita masa depan yang lebih cerah dan mantap. Dalam masa yang sama, kami juga berharap agar menerusi anugerah berprestij ini, kami dapat memberi inspirasi kepada generasi ahli saintis yang seterusnya, terutamanya anak gadis muda, mahupun anak muda agar memilih bidang sains sebagai kerjaya mereka.”

Anugerah L’Oreal- UNESCO For Women In Science pada mulanya diberikan pada tahun 2006 untuk mengiktiraf serta menggalakkan hasil kerja dan sumbangan para ahli saintis wanita di Malaysia. Di seluruh dunia, kebanyakkan golongan wanita kurang mendapat pengiktirafan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik ( STEM ). Menurut hasil kajian UNESCO, hanya 3 peratus daripada Hadiah Peringatan Nobel dalam Sains yang telah dianugerahkan kepada golongan wanita setakat ini.

Walaubagaimanapun, negara Malaysia telah mencapai pencapaian yang ketara dalam merapatkan jurang perbezaan antara jantina dalam bidang sains seraya Malaysia terus berubah mejadi sebuah negara maju yang mempunyai ekonomi yang berpandukan pengetahuan. Bilangan pelajar perempuan yang mengambil subjek sains dalam pembelajaran sekolah telah mencapai peningkatan. Namun begitu, usaha masih diperlukan untuk memecahkan “siling kaca” yang wujud dalam bidang kerjaya di negara kita, dan L’Oreal bertekad untuk membantu dalam usaha mencapai matlamat itu.

Dengan berasaskan matlamat utama untuk memecahkan sempadan yang menghalang para ahli saintis wanita di seluruh dunia untuk memilih bidang sains sebagai kerjaya, L’Oreal-UNESCO FWIS mewakili lebih daripada 9,500 pemohon dari 53 buah negara serta program serantau di 177 buah negara setiap tahun. Program tersebut juga mendapat sokongan daripada lebih 50 pihak rakan sekerja berprestij yang merupakan sebahagian daripada pihak tertinggi dalam bidang sains di negara mereka masingmasing.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!