SEAN KINGSTON MALAYSIA LIVE TOUR 2019 - KUALA LUMPUR



Sean Kingston, pelantun lagu hit “Beautiful Girls” yang pernah menakluki tempat teratas di carta Billboard Hot 100 akan kembali ke Kuala Lumpur, Malaysia untuk satu konsert LIVE pada 19 Oktober 2019 di Quill Convention Center, Quill City Mall. 

Penyanyi rap Jamaican-American ini juga popular dengan lagu-lagu “Fire Burining”, “Eenie Meenie” feat Justin Bieber, “My Love” dan banyak lagi. Sean pernah berduet dengan Kilafairy dalam single “Put The Word In” yang digubah oleh Dj Aku Ash. 

Sebelum Kilafairy, Sean Kingston juga pernah berkolaborasi dengan Dato’ Siti Nurhaliza dalam lagu “Remember You” yang dimuatkan dalam album Inggeris pertama Dato’ Siti Nurhaliza. 

Konsert Sean Kingston Malaysia Live Tour juga bakal menampilkan beberapa artis tempatan seperti SonaOne, Alif, DJ Pennie, DJ Jvene dan sebagainya. 


Harga tiket RM 1688 untuk satu meja (VIP Zone), RM 238 (Rock Zone) dan RM 138 (PS1). 


Bersedialah untuk berpesta dengan Sean Kingston di KL Quill Convention Center, Quill City Mall pada Sabtu, 19 Oktober 2019. 

Dapatkan tiket anda di laman web Ticket Charge sekarang:
https://premier.ticketcharge.com.my/ 

Comments

Popular Posts