"7 HARI KISAH CINTA LANGKAWI" DI PAWAGAM 31 OKTOBER



7 Hari Kisah Cinta Langkawi merupakan filem genre komedi romantik yang sesuai untuk tontonan golongan remaja di era media sosial ini. Ia berkisahkan seorang vlogger popular bernama Adira (dijayakan oleh Chi Azim) yang menggunakan nama vlog Diva Asmara yang kerap memuatnaik kata-kata nasihat dan motivasi kepada pengikutnya tentang permasalahan cinta remaja serta bagaimana mengatasinya.


Apabila beliau menerbitkan buku bertajuk Cara Memikat Hati Lelaki Dalam 7 Hari, seorang lagi vlogger di Langkawi bernama Joe (dijayakan oleh Josiah Hogan) mencabarnya untuk membuktikan keberkesanan sistem yang disarankan dalam bukunya. Adira enggan melayan cabaran tersebut tetapi pembantu peribadinya, Eli (dijayakan oleh Tengku Norsaili) mendesak Adira untuk menyahut cabaran yang telah menjadi viral di media social.


Cabaran yang dilontarkan kepada Adira bukanlah untuk Joe jatuh cinta dengannya dalam 7 hari tetapi untuk Adira menawan kawan Joe bernama Ben (dijayakan oleh Peter Davis) yang berasal dari UK. Lebih-lebih lagi situasi ini menjadi rumit dengan kehadiran kawan Joe iaitu Nik (dijayakan oleh Mark Adam) yang sering mengganggu pelan Joe untuk merosakkan reputasi Adira (dengan cara yang tak sengaja).


Pada masa yang sama, ayah Adira, Datuk Rahim (dijayakan Oleh Shahruddin Thamby) telah memaksa anak rakanniaganya, Zul (dijayakan oleh Amai Kamarudin) segera ke Langkawi untuk memikat hati Adira, kerana dia inginkan Zul untuk menjadi menantunya. Siapakah yang akan berjaya? Adira? Joe? Nik? Zul? Atau Ben? 

Nantikan tayangan 7 Hari - Kisah Cinta Langkawi pada 31hb Oktober 2019 di pawagam dan cineplex di seluruh Malaysia. Cukup-cukuplah dengan cerita ganas, seram dan aksi. Isikan ruang hidup anda dengan cerita-cerita romantik dan komedi pula. Tontonlah 7 Hari - Kisah Cinta Langkawi. 

SENARAI PELAKON 
Mark Adam sebagai Nik 
Josiah Hogan sebagai Joe 
Peter Davis sebagai Ben 
Sharifah Shahira sebagai Mok Cik. 
Amai Kamarudin sebagai Zul 
Shaharudin Thamby sebagai Dato Rahim. 
Memperkenalkan Chi Azim sebagai Adira 
Tengku Norsaili sebagai Eli 
Tengku Rhea sebagai Rhea Koolfm. 

Lakonlayar Oleh Anwardi Jamil Tang Yen Yen 
Penerbit bersama Tang Yen Yen Wilsen Leong Dato Kelvin Han Chun Huat Dato Azman Aziz 
Penerbit Yoki Chin Dato Tiar Mohd Shariff Anwardi Jamil 
Pengarah Anwardi Jamil 

90% lokasi filem 7 Hari di Langkawi, Kedah.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING