CITARASA TEH HAINAN AH WENG KOH KINI DALAM PEK SEGERA



Citarasa tradisi The Hainan Ah Weng Koh yang bermula sejak setengah abad yang lalu kini boleh didapati dalam pek segera. Resepi the yang dicipta oleh pengasasnya, Mr. Tan Chik Kai memang terkenal dengan aroma dan kelembutan rasanya yang unik.

Sejarah produk ini bermula di 1964, di mana Mr. Tan telah memulakan perniagaan gerai kecil The Hainan Ah Weng Koh. Gerai tersebut telah berkembang dari lokasi Pasar Bukit Bintang (yang kini letaknya Fahrenheit 88 dan Lot 10), ke Pasar Baru Bukit Bintang (Pasar Imbi) dan akhirnya di ICC Pudu. 

Citarasa Teh Hainan Ah Weng Koh yang unik bukan sahaja menjadi kegemaran penduduk setempat malah para pelancong asing. Ia sebenarnya adalah campuran  teh hitam Indian dengan kopi Arabica dan Robusta yang berkualiti.


Setiap kotak Tah Hainan Ah Weng Koh Hainan mengandungi 10 paket Teh Hainan seberat 40g setiap satu. Ia mudah dibancuh dengan tambahan air panas. Produk ini dikilangkan mengikuti piawaian HACCP, ISO22000 dan Sistem GMP di bawah kawalan kualiti yang ketat. 

Pek segera Teh Hainan Ah Weng Koh boleh didapati melalui platform membeli-belah online seperti Lazada, Shopee, Homedeal, dan sebagainya. Buat masa ini, Teh Hainan Ah Weng Koh ini sedang dalam proses permohonan untuk mendapatkan sijil halal daripada JAKIM.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

ASTRO ORIGINALS ‘PROJECT; EXIT’ MENGUPAS ISU KESIHATAN MENTAL & KONFLIK KELUARGA MENERUSI KISAH PERSAHABATAN YANG PENUH EMOSI

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

IQIYI SAJIKAN DRAMA BERSIRI ‘SATU HARI NANTI’ GANDINGAN BELLA ASTILLAH, EZAIDI AZIZ & EYKA FARHANA