SOUNDSTAGE SATUKAN BAND MALAYSIA DAN INDONESIA DALAM SATU KONSERT
Peminat muzik alternatif dan indie, berita baik buat anda! SOUNDSTAGE bakal membawa NIDJI, Hujan, Dukes, Empty Page dan Midnight Fusic ke Unifi Arena pada 16 Ogos 2026, dari 6.00 petang hingga 11.00 malam, menerusi sebuah konsert yang menghimpunkan lima band dalam satu malam yang pastinya dinantikan.
Diterajui NIDJI dan Hujan sebagai artis utama, SOUNDSTAGE membawakan gabungan sebuah band dari Indonesia bersama empat band dari Malaysia yang terkenal dengan karya-karya berteraskan muzik alternatif, indie dan rock. Pertemuan lima band dari dua negara ini menjanjikan sebuah persembahan rentas sempadan yang menghubungkan peminat daripada pelbagai generasi menerusi muzik.
Daripada karya yang menjadi kegemaran ramai hinggalah persembahan pentas yang dinanti-nantikan, setiap band bakal tampil dengan karakter dan kekuatan tersendiri. Gabungan Nidji, Hujan, Dukes, Empty Page dan Midnight Fusic menawarkan sebuah pengalaman muzik secara langsung yang pastinya menghimpunkan pelbagai warna muzik dalam satu malam.
Bagi memberikan lebih banyak pilihan kepada peminat, tiket dijual dalam empat kategori iaitu Rock Zone (RM139), Mosh Pit Standing (RM169), Indie Zone (RM179) dan HIP Zone (RM369). Pemegang tiket HIP Zone turut menikmati akses Fast Lane bagi memudahkan kemasukan ke arena.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan NIDJI, Hujan, Dukes, Empty Page dan Midnight Fusic berkongsi pentas menerusi SOUNDSTAGE. Dapatkan tiket anda sekarang di www.wowtix.com.my.
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment