ASMARALOKA FEST 2026 KEMBALI DENGAN SKALA LEBIH BESAR, ANGKAT MUZIK TEMPATAN SEBAGAI PENGALAMAN UTAMA GENERASI MUDA
Selepas mencipta fenomena pada penganjuran Asmaraloka 2024 terdahulu, Asmaraloka Fest kini bersedia untuk kembali pada tahun 2026 untuk menemui peminat muzik tanahair.
Untuk edisi 2026 ini, Asmaraloka terus komited untuk memastikan pengalaman festival yang berkualiti dan setanding dengan standard semasa industri, namun kekal berbaloi dan mampu milik untuk golongan belia.
Kali ini dengan menampilkan 9 barisan artis dan band tempatan Asmaraloka Fest 2026 memberi ruang kepada peminat untuk menikmati persembahan bertaraf antarabangsa dan berkualiti tinggi sambil menyokong karya dan bakat tempatan di Malaysia hari ini.
Dijadualkan berlangsung pada 4 Julai 2026 ini di Ipoh Convention Centre (ICC), festival ini bakal menghimpunkan kira-kira 4,500 pengunjung dalam suasana yang penuh energi, ekspresi dan nostalgia.
Berbeza dengan konsert konvensional, Asmaraloka membawa konsep festival yang lebih santai dan interaktif, merangkumi elemen muzik secara langsung, zon makanan, ruang komuniti serta pengalaman visual yang dirangka untuk melengkapkan keseluruhan pengalaman pengunjung. Menampilkan barisan artis seperti 6ixth Sense, Iamneeta, Imran Ajmain, Aizat Amdan, Sakura Band, Empty Page, After Midnight, Jemput Dengar dan beberapa lagi kejutan akan diumumkan kemudian.
“Dalam keadaan pasaran yang semakin dibanjiri dengan persembahan artis antarabangsa, kami di Fuse memilih untuk meraikan bakat tempatan dengan menganjurkan Asmaraloka sebagai platform membuktikan bahawa artis Malaysia mampu memberikan persembahan bertaraf antarabangsa, malah lebih dekat dan relevan dengan jiwa penonton tempatan, di samping memastikan pengalaman ini tidak menjadi eksklusif kepada segelintir, tetapi terus kekal berbaloi dan mampu milik untuk semua golongan terutamanyanya belia.
Ini bukan sekadar festival, tetapi satu usaha untuk meraikan bakat dan karya tempatan yang bertaraf antarabangsa” ulas wakil penganjur.
Pemilihan Ipoh sebagai lokasi penganjuran bukan sekadar alternatif, tetapi satu keputusan yang disengajakan — sebuah bandar yang jarang menjadi tumpuan acara muzik berskala besar namun kaya dengan potensi komuniti, budaya dan identiti tersendiri, serta diiktiraf sebagai UNECSCO Creative City Of Music.
Dengan suasana yang tenang dan autentik, wajar dengan gelaran tidak rasmi “Ini Pekan Orang Healing (IPOH)” , Ipoh semakin dikenali sebagai destinasi “healing” dalam kalangan generasi muda dan melalui Asmaraloka Fest 2026, Fuse mahu mengangkat bandar ini bukan sahaja sebagai tempat untuk berehat, tetapi juga sebagai ruang untuk berkumpul dan meraikan muzik tempatan, selari dengan usaha Tourism Perak dan Majlis Bandaraya Ipoh dalam kempen ‘Promising Perak’ sempena Tahun Melawat Malaysia, di samping memperkukuh industri kreatif dan pelancongan negeri.
Butiran Konsert:
π
Tarikh : 24 April 2026
π£ Masa : 8.30 malam
π Lokasi : Zepp Kuala Lumpur
π️ Kapasiti : 4,000 penonton
Kategori Tiket:
Tiket ditawarkan pada harga mampu milik dengan dua
kategori utama:
- Kategori MATI RASA ( RM178.00 )
- Kategori PATAH HATI ( RM148.00 )
Pembelian tiket boleh dibuat secara dalam talian melalui
platform rasmi Ticket2U, bermula 7 April 2026 dan
jangan lepaskan tawaran terhad “ Early
Bird Promo ”dengan potongan RM30 setiap tiket. Layari media sosial FUSE
MUZIKA untuk pemgumuman dan maklumat lanjut berkenaan festival dan
kejutan-kejutan istimewa.
Platform
Tiket : Ticket2U - https://www.ticket2u.com.my/asmaraloka-2026
Rakan Radio Rasmi : ERA.FM & SINAR.FM
Rakan Digital Rasmi : Astro Gempak
Kemaskini :
Ikuti saluran rasmi untuk
kemas kini dan pengumuman terkini di platform media sosial, @fuse.muzika
Comments
Post a Comment