KL HEADLINE SEASON 2026: MOMENTUM HIBURAN LIVE BERTARAF DUNIA


Live Nation Malaysia baru-baru ini mengetengahkan peningkatan pesat Kuala Lumpur sebagai salah satu destinasi utama Asia bagi jelajah muzik ‘LIVE’ antarabangsa menerusi pelancaran KL Headline Season 2026.

Dibangunkan dengan kerjasama PR Worldwide, Tourism Malaysia dan CelcomDigi, inisiatif ini adalah usaha strategik untuk membawa lebih banyak hiburan langsung (LIVE) bertaraf dunia ke bandar raya ini. Dianjurkan oleh Live Nation Malaysia, Kuala Lumpur dijadualkan menjadi tuan rumah kepada 25 persembahan muzik antarabangsa sepanjang tahun 2026 di enam lokasi utama, dengan anggaran kehadiran seramai 500,000 peminat dari Malaysia dan seluruh rantau ini.

Sebagai salah satu barisan persembahan muzik antarabangsa paling padat yang pernah dianjurkan di Kuala Lumpur setakat ini, musim ini menampilkan persembahan oleh artis antarabangsa seperti Lany dan Laufey, berserta artis utama lain termasuk Bryan Adams, DAY 6, TREASURE dan Daniel Caesar.

Persembahan berskala stadium oleh Post Malone, The Weeknd dan BTS turut dijadualkan, mencerminkan keupayaan ibu kota ini untuk menganjurkan produksi jelajah berskala besar.

Memacu Pelancongan Melalui Acara Hiburan Langsung (Live Events)

KL Headline Season selari dengan aspirasi ekonomi Malaysia menerusi kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, iaitu kempen nasional yang menyasarkan 47 juta pelancong antarabangsa sambil meningkatkan hasil pelancongan melalui pengalaman pelancongan premium berasaskan pengalaman. Ketika corak perjalanan global semakin tertumpu kepada acara dan pengalaman, hiburan langsung (LIVE EVENTS) memainkan peranan yang semakin penting dalam mempengaruhi pilihan destinasi pelancong.

Konsert hari ini merupakan pemacu pelancongan yang berkuasa — mendorong peminat merentas sempadan, melanjutkan tempoh penginapan, dan menikmati pengalaman yang lebih mendalam di destinasi yang dikunjungi. Melalui KL Headline Season, pengalaman peminat akan melangkaui venue konsert semata-mata kepada perjalanan gaya hidup dan budaya yang lebih menyeluruh.

Dengan kerjasama rakan strategik dalam sektor pelancongan, hospitaliti dan gaya hidup, pengunjung boleh menikmati pengalaman terpilih yang mempamerkan keunikan terbaik Malaysia — daripada budaya makanan terkenal dan tarikan ikonik hinggalah tenaga urban yang dinamik. Setiap konsert menjadi lebih daripada sekadar persembahan; ia menjadi pintu masuk untuk menikmati pengalaman Kuala Lumpur.

Selain jualan tiket, pelaksanaan acara ini dijangka memberi manfaat ekonomi kepada pelbagai sektor termasuk hotel, syarikat penerbangan, peruncitan serta makanan dan minuman, di samping membuka peluang kepada perniagaan dan komuniti tempatan di seluruh bandar.

Lokasi strategik Kuala Lumpur turut mengukuhkan daya tarikannya. Terletak dalam lingkungan empat jam penerbangan dari bandar utama Asia, ibu negara ini menawarkan kecekapan logistik untuk artis antarabangsa serta akses mudah untuk peminat serantau — menjadikannya hab ideal untuk jelajah berskala besar merentasi pelbagai pasaran.

YB Puan Hannah Yeoh Tseow Suan, Menteri Wilayah Persekutuan berkata:

“Tahun Melawat Malaysia 2026 memberi fokus kepada pengukuhan kedudukan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan bernilai tinggi, dan hiburan langsung memainkan peranan penting dalam usaha tersebut. Konsert dan acara berskala besar bukan sahaja menarik pelancong antarabangsa, malah turut menyumbang kepada keseluruhan ekosistem pelancongan, daripada sektor hospitaliti hinggalah perniagaan tempatan. Kuala Lumpur berada dalam kedudukan terbaik untuk menyokong pertumbuhan ini dan kami mengalu-alukan kerjasama berterusan bersama rakan industri termasuk Live Nation bagi memperluaskan penawaran acara hiburan langsung negara.”

Paramananthan Rajagopal, Pengarah Urusan Live Nation Malaysia berkata:

“Pada asasnya, muzik langsung (LIVE MUSIC) adalah tentang hubungan. Ia menyatukan artis dan peminat dalam momen yang kekal diingati lama selepas persembahan berakhir. Di Live Nation, kami memberi fokus untuk mencipta lebih banyak momen seperti ini dengan membawa artis global lebih dekat kepada peminat di Malaysia dan seluruh rantau. Melalui KL Headline Season, kami sedang membina rentak persembahan langsung yang konsisten untuk dinantikan dan dirancang oleh peminat. Dengan menjadikan Kuala Lumpur sebagai lokasi utama lebih banyak konsert dan pengalaman hiburan, kami mewujudkan momentum lebih kukuh — untuk artis, peminat dan keseluruhan ekosistem pelancongan — sambil membantu menjadikan bandar ini sebagai hentian tetap dalam jelajah Asia.”

Chan May Ling, Ketua Perkhidmatan Jenama & Pemasaran CelcomDigi berkata:

“Muzik LIVE telah menjadi medium penting bagi rakyat Malaysia untuk berhubung, mencipta kenangan dan mengekspresikan minat mereka. Melalui kerjasama kami dalam KL Headline Season 2026, kami memanfaatkan kekuatan syarikat telekomunikasi terbesar negara untuk menghubungkan lebih 20 juta pelanggan kami dengan perkara yang penting bagi mereka, sambil menawarkan pengalaman berbeza melangkaui sambungan harian dan membawa persembahan hiburan bertaraf dunia lebih dekat kepada rakyat Malaysia. Disokong oleh rangkaian kami, pengalaman ini menjadi lebih mudah diakses secara besar-besaran, membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia turut merasai keterujaannya.”

Tentang KL Headline Season 2026

KL Headline Season 2026 ialah inisiatif hiburan langsung (LIVE ENTERTAINMENT) utama yang direka untuk meletakkan Kuala Lumpur sebagai destinasi pilihan artis jelajah antarabangsa dan peminat dari seluruh rantau ini.

Menampilkan kalendar konsert terpilih merentasi enam venue utama, musim ini menghimpunkan 25 artis utama global dan dijangka menarik lebih 500,000 peminat, sekali gus merangsang pelancongan, impak ekonomi dan penglibatan budaya.

Barisan Acara Tahun 2026 Akan Datang
  • 19 Mei : BUS – Zepp KL
  • 23 Mei : Vir Das – Plenary Hall, KL Convention Centre
  • 24 – 26 Mei : Daniel Caesar – Idea Live Arena
  • 30 Mei : TREASURE – Unifi Arena
  • 31 Mei : Anson Sebra – Zepp KL
  • 2 Jun : Laufey – Unifi Arena
  • 26 Ogos : Kodaline – Idea Live Arena
  • 27 September : Post Malone – TM Stadium Nasional
  • 1 November : Lany – Unifi Arena
  • 4 November : The Weeknd – TM Stadium Nasional
  • 5 November : The Weeknd – TM Stadium Nasional
  • 12 Disember : BTS – TM Stadium Nasional
  • 13 Disember : BTS – TM Stadium Nasional
Untuk maklumat jualan tiket, sila layari:

Comments

Popular posts from this blog

AEDY ASHRAF, SKY ISKANDAR & 90 INDIVIDU DIPILIH PEGANG WATAK DALAM FILEM ‘KAHAR KAPLA HIGH COUNCIL’

FORUM AI & PERUNDANGAN 2026 MENEROKA MASA DEPAN BIDANG PERUNDANGAN

REVIEW: SAMBAL SIGNATURE CHEF WAN YANG MENGGELETEK LIDAH