LG MENGUBAH KEHIDUPAN DENGAN INOVASI SELAMA 65 TAHUN, KINI MEMPERKENALKAN KEJUTAN ISTIMEWA UNTUK RAKYAT MALAYSIA


LG Electronics (LG), jenama terkemuka dalam industri peralatan elektronik rumah di Malaysia, dengan bangganya meraih ulang tahun ke-65 tahun ini. Sejak penubuhannya pada tahun 1958, LG terus mencetuskan perubahan dalam kehidupan pelanggan dengan inovasi produk dan perkhidmatannya yang melangkaui jangkaan. Hingga tahun 2022, LG berhasil mencapai pendapatan sebanyak 83.5 trillion KRW (RM300,256,391,655.00) di Akaun Hasil Disatukan.

Dalam rangkaian ulang tahun ke-65 dan sebagai penghargaan terhadap pencapaian unggulan mereka, LG menawarkan promosi yang teristimewa untuk para pelanggan di Malaysia. Pelanggan boleh memperolehi rebat hingga RM1,650 untuk produk terpilih. Pelanggan juga berpeluang memenangi LG 65” TV apabila membuat pembelian untuk produk terpilih.

Justin Choi, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia, menzahirkan rasa syukur atas segala kejayaan yang telah diperolehi oleh LG selama 65 tahun dalam industri dan beliau menekankan komitmen jenama tersebut untuk terus berinovasi demi kehidupan dan masa depan yang lebih baik.

“Life's Good bukan sekadar slogan, ia merupakan kepercayaan teras kami dan apa yang kami ingin capai melalui produk dan perkhidmatan kami,” kata Justin.

"Sempena sambutan ulang tahun LG yang ke-65, kami teruja untuk menawarkan promosi promosi yang menarik kepada pelanggan setia kami di Malaysia yang telah memberikan sokongan secara berterusan. Kami jamin bahawa setiap pelanggan akan mendapatkan sesuatu yang istimewa, dari rangkaian TV inovatif hingga koleksi Objet yang menakjubkan. Selain itu, kami juga yakin bahawa promosi ini dapat membuktikan komitmen kami untuk menyediakan produk terbaik dan menciptakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh pelanggan."

Baru-baru ini, LG telah dianugerahkan dengan pingat emas oleh Reader’s Digest Trusted Brands Awards di bawah kategori televisyen dan mesin basuh. Kemenangan ini mengesahkan bahawa produk LG bukan sahaja inovatif tetapi juga merupakan pelaburan yang berbaloi. Pelanggan boleh mengunjungi pengedar sah LG yang terdekat untuk meningkatkan kediaman dengan produk-produk terhebat daripada LG termasuk LG OLED TV, LG Styler™, LG WashTower™, dan LG InstaView Door-in-Door™ Refrigerator*.

Untuk menebus kredit Touch ‘n Go eWallet dan menghantar borang penyertaan anda, pastikan anda melengkapkan borang penyerahan dalam talian di https://www.lg.com/my/promotions/lgrewards-65anniversary-2023 sebelum 11.59 malam pada 31 Ogos 2023.

Untuk maklumat lanjut tentang LG dan promosi mereka, sila layari laman web rasmi LG https://www.lg.com/my atau ikuti halaman rasmi LG di https://www.facebook.com/LGMalaysia.

Comments

Popular posts from this blog

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3