LE FRENCH FESTIVAL 2023: MENGHAYATI DUNIA KONTEMPORARI, KEPELBAGAIAN BUDAYA PERANCIS


25 Mei, 2023 menandakan hari pertama perasmian Le French Festival 2023 (LeFF 2023). Untuk edisi ke-21nya, LeFF 2023 akan meneroka tiga aspek budaya Perancis melalui program yang direka padat. Bermula dari aspek kontemporari dengan mengalihkan tumpuan kepada para artis dan ciptaan masa kini tanpa mengabaikan asas konsepnya yang sangat dihargai seperti gastronomi tradisional Perancis dan muzik klasik. Penekanan juga diberikan kepada aspek kepelbagaian budaya intrinsik festival itu – iaitu membawa sebahagian Perancis ke Malaysia - tetapi juga mengalu-alukan budaya lain untuk turut serta. Akhir sekali, multidisiplin menjadi tumpuan, dengan memaparkan lebih banyak amalan seni di barisan hadapan.

Program dianjurkan oleh kedua-dua Alliance Française Malaysia di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang bersama dengan Kedutaan Perancis di Malaysia, dan disampaikan oleh L'Oréal Paris. LeFF 2023 akan berlangsung selama sebulan bermula 25 Mei hingga 25 Jun 2023. Merangkumi Malaysia Barat dan juga Malaysia Timur, festival tersebut akan diadakan di empat bandar berbeza bermula dari Kuala Lumpur sebelum melawat Pulau Pinang, Johor Bahru, dan buat pertama kalinya, di bandar Kuching, Sarawak.

Presiden Alliance Française Kuala Lumpur, Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah rasa teruja dengan barisan mantap yang menanti pengunjung di LeFF 2023. "Apa yang menakjubkan tentang Le French Festival ialah ianya sesuatu yang boleh dinikmati oleh semua orang, samada filem, gastronomi, seni visual, seni persembahan - kepelbagaian hiburan yang kami sediakan cocok untuk semua lapisan masyarakat. Sama juga untuk edisi tahun ini. Malah, 2023 juga merupakan sambutan ulang tahun ke-140 Alliance Française di seluruh dunia, satu pencapaian sungguh hebat bagi institusi ini yang telah ditubuhkan semata-mata untuk mempromosikan bahasa dan budaya Perancis," Tengku Zatahah jelaskan.


Yang Berbahagia Encik Axel Cruau, Duta Besar Perancis ke Malaysia, menekankan mesej paling penting yang ingin disampaikan oleh festival ini: "Tahun ini merupakan tahun pembaharuan dan kami berbangga untuk menyediakan program yang lebih menarik, terutamanya filem, muzik, seni visual, dan masakan. Jadi, saya berharap anda semua akan terhibur dan mendapat banyak manfaat dan pelajaran semasa berada di festival."

Pengaturcaraan persembahan tarian di dewan pameran yang penuh dengan lukisan berskala besar, menggabungkan dua jurugambar dari latar belakang yang berbeza, dan menyokong lebih banyak kandungan budaya untuk penonton muda, Cik Violaine Dupic, Pengarah Alliance Française Kuala Lumpur, menegaskan komponen yang penting di festival ini: keinginan mereka untuk mewujudkan saluran komunikasi di antara saluran kreatif dari Perancis dan Malaysia, dan juga dalam saluran disiplin.

"Dalam usaha kami untuk sentiasa melangkaui apa yang diharapkan daripada festival ini iaitu untuk sentiasa membawa masuk kandungan baharu yang menarik setiap tahun kepada pengunjung, Le French Festival berperanan sebagai platform untuk pembelajaran dan pemahaman. Kami mahu orang ramai dan artis-artis untuk menghayati festival ini dan melihatnya sebagai sebuah platform untuk bertemu bukan sahaja dengan individu yang berfikiran sama, tetapi juga dalam pembentukan seni baharu dan cara untuk berfikir dan bertukar idea,” kongsi Cik Violaine.

Dengan itu, LeFF 2023 menawarkan pelbagai persembahan dalam seni visual, tarian, teater dan muzik selain program filemnya yang padat, juga telah menarik sebilangan besar restoran Perancis untuk mengambil bahagian dan menyajikan makan minum di festival untuk para pengunjung, dan sentiasa menawarkan aktiviti baharu untuk penonton muda. Beberapa aktiviti yang menyeronokkan dalam program termasuk:

● 18 filem Perancis terkini seperti pertunjukan tayangan pertama di Asia iaitu filem The Three Musketeers: d'Artagnan, The Innocent, sebuah filem komedi dengan jalan cerita yang unik, atau Father & Soldier, sebuah filem bersejarah yang dibintangi oleh pelakon berbakat Omar Sy, serta The Nannies, yang melihat dalam kehidupan seharian pengasuh bayi di Paris dengan sentuhan unik jenaka dan kritikan masyarakat.

● Cercle, pertunjukan tarian solo oleh koreografer Perancis-Laos Olé Khamchanla, memaparkan pelbagai pengaruh budaya dari Barat dan Timur.

● Anti-spectacular: the colours of time passing by - pameran fotografi berdua oleh Lorraine Thiria (Perancis) dan Nadirah Zakariya (Malaysia) di Alliance Francaise Kuala Lumpur.

● Pengalaman makan minum yang unik di Nathalie Gourmet Studio misalnya, menggandingkan hidangan pesona Perancis dan pawagam dengan cine-dinner Délicieux. Bengkel bakeri dan pastri oleh PAUL yang membuat masakan Perancis kelihatan mudah!

● La Fête de la musique – perjalanan muzik dua kali ganda atau kegembiraan di hati bermula di The Godown dan berakhir dengan pelbagai tempat yang meriah di Chinatown untuk menonton kepelbagaian genre dan artis.

● "Riquet à la houppe" – persembahan mesra keluarga yang diceritakan oleh KL Shakespeare Players dengan lukisan yang diunjurkan oleh ilustrator Malaysia, Michelle Lee.

● Around the World yang dibawakan oleh Euroasia - kugiran muzik klasik yang diiringi oleh penyanyi soprano terkenal Cecilia Yap dan pemuzik tetamu misteri.

Jangan ketinggalan ke Le French Festival 2023 di bandar berdekatan anda:

● Kuala Lumpur : 25 Mei - 11 Jun
● Pulau Pinang : 8 Jun - 18 Jun
● Johor Bahru : 15 Jun - 18 Jun
● Kuching : 22 Jun - 25 Jun

Le French Festival 2023 diwujudkan dengan sokongan para penaja dan rakan kongsi utama:

Penyampai Festival
L'Oréal Paris

Para Penaja
AGS, Airbus, Bluestar AMG, Cartier, Decathlon, Escatec, PAUL, Safran

Rakan Kongsi Rasmi
Astro Shaw, CCIFM, Champignons, Cinema Online, Delia Wines, Entier, Euroasia, Golden Screen Cinemas, KL Shakespeare Players, Le Gourmandin, Martell, Monin, Nathalie Gourmet Studio, Majlis Seni Pulau Pinang, Perpustakaan Pulau Pinang, Orkestra Filharmonik Pulau Pinang, Persatuan Pemandu Pelancong Pulau Pinang, Perrier, Kumpulan Media Sarawak, Sofitel Kuala Lumpur Damansara, Yayasan Sutra, The Godown, TVS, UCSI dan Unimas.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti lain, sila layari https://www.alliancefrancaise.org.my/alliance-francaise-de-kuala-lumpur/

Tiket untuk semua program festival boleh didapati di laman web www.alliancefrancaise.org.my/le-french-festival/

Tiket untuk filem-filem Perancis di LeFF23 sudah mula dijual melalui aplikasi GSC, laman web www.gsc.com.my atau melalui e-kios di pawagam GSC yang mengambil bahagian.


Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!