GENGGAM: RTM TONJOL SUKAN TINJU ANTARA DRAMA MERIAHKAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026

Penyiaran drama bertemakan Hari Kebangsaan bukan sekadar hiburan kosong, malah menggalas tanggungjawab besar dalam pembinaan negara bangsa seperti menyemai semangat patriotisme dan jati diri terutama dalam kalangan generasi muda. Ia turut menjadi wadah penyatuan bangsa dan integrasi nasional, selain bertujuan memelihara dan mendokumentasikan sejarah negara juga menyediakan akses hiburan nilai tinggi secara percuma kepada penonton.

Sepanjang Bulan Kebangsaan ini, RTM terus melaksanakan misi menyebarluaskan tema "Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati” ke seluruh pelosok tanah air bermula dengan tayangan drama bertajuk ”Genggam” disiarkan mengisi slot Panggung RTM.

Menariknya bila sukan tinju yang menjadi minat anak muda masa kini dijadikan kelainan kreatif jalan cerita dalam telefilem khas arahan Khairi Azmi terbitan Ilhamnet Technology Sdn Bhd yang menemui penonton 8 Ogos ini, pukul 9.00 malam di TV1 dan turut disiarkan melalui platform televisyen dan aplikasi digital RTMKlik.

Trisha Ooi watak gadis tinju...

Watak utama dijayakan pelakon aksi dan model, Trisha Ooi, yang mempunyai kaitan sangat rapat dengan sukan tinju. Apatahlagi kejayaan Trisha melakar sejarah negara apabila muncul juara kejohanan tinju antarabangsa All Star Championship: Dubai Edition pada 3 Mei lalu di Dubai. Pastinya bakat fizikal serta latar belakang Trisha Ooi dalam seni bela diri memberikan impak realistik yang tinggi kepada watak aksi drama ini.

Kisahnya tentang...

Jaja seorang gadis remaja yang lasak dan lebih gemar melakukan aktiviti sukan lelaki berbanding perempuan sejak kecil lagi. Setelah tamat bersekolah Jaja tidak dapat melanjutkan pelajaran kerana terpaksa bekerja untuk menjaga ayahnya yang menghidapi kanser Leukemia.

Jaja memasuki pertandingan sukan tinju terbuka untuk mencari belanja perubatan ayahnya. Tanpa disangka Jaja menjuarai pertandingan itu walaupun hanya belajar tinju melalui video youtube.

Seorang wartawan sukan bernama Dani nampak bakat Jaja dan mahu membantunya keperingkat lebih tinggi. Jaja berminat kerana ia jalan mudah untuk mendapat wang tunai yang lumayan.

Dani memperkenalkan Jaja kepada Saiful seorang bekas jaguh tinju negara untuk melatih Jaja menjadi petinju profesional. Pada mulanya Saiful enggan namun apabila dia melihat kebolehan dan bakat yang Jaja ada, Saiful berubah fikiran.

Jaja mendapat kritikan daripada sedara mara dan masyarakat setempat kerana terlibat dengan sukan tinju. Hal itu sedikit sebanyak terkena tempias kepada ayah Jaja. Namun Jaja tidak ambil pusing kerana niatnya hanya untuk mengubati penyakit ayahnya.

Kemenangan 30 saat dengan tumbukan TKO ke atas lawan dalam satu pertandingan akhir tinju, melonjakkan nama Jaja dalam sukan tinju negara.

Jaja bertegang urat tidak bersetuju dengan permintaan Saiful untuk jual perlawanan bagi mendapatkan wang sogokan yang lumayan. Walaupun Jaja terdesak perlukan duit tetapi dia tidak sesekali akan mengadaikan prinsip integriti dirinya.

Dani begitu marah kepada Saiful apabila mendapat tahu Jaja mahu tarik diri dari sukan tinju. Dani mengingatkan Saiful kerana disebabkan masalah integriti karier Saiful dalam sukan tinju musnah suatu ketika dahulu dan Dani tidak mahu ia terjadi kepada Jaja.

Selain Trisha Ooi, drama khas sempena sambutan Hari Kebangsaan Hari Malaysia 2026 ini turut dibintangi oleh Wanns Ahamad, Bohari ibrahim, Saiful Zelwany dan Myza Rafika

Mengisi slot Panggung RTM, telemovie ini menemui penonton pada 8 Ogos 2026, pukul 9.00 malam di TV1 dan RTMKlik.

Comments

Popular posts from this blog

NESTLÉ OMEGA PLUS BAWAKAN ACARA JALAN KAKI DALAM FORMAT MAYA

FLAVETTES RAIKAN WARISAN KESIHATAN DALAM KEMPEN MERDEKA 2026