PANDUAN MUSLIM YANG BAHARU UNTUK PERCUTIAN YANG HALAL KE AUSTRALIA BARAT


Tourism Western Australia telah melancarkan Panduan Perjalanan Muslim baharu di Malaysia hari ini. Panduan ini merupakan kompilasi maklumat yang disesuaikan untuk pelancong Muslim di Malaysia supaya mereka boleh melancong ke Australia Barat dan meneroka keindahan negeri itu dengan mudah.

Australia Barat adalah negeri yang terbesar di Australia dan ia dipenuhi dengan pelbagai pengalaman unik yang dibentangkan oleh warisan alam semula jadi dan budayanya. Di sinilah terletaknya destinasi yang tersenarai sebagai warisan dunia, termasuklah salah satu terumbu karang pinggir yang terbesar di dunia, dan ia juga salah satu tempat yang mempunyai budaya hidup tertua di dunia. Australia Barat merupa destinasi yang cukup indah dan panduan ini disediakan untuk membantu pengembara Muslim di Malaysia menikmati pengalaman percutian yang lancar dan memenuhi keperluan mereka.

Kempen Australia Barat ‘Walking on a Dream’ sememangnya menarik minat penjelajah yang suka cabaran. Panduan ini merangkumi sumber terkini tentang tarikan semula jadi dan budaya di Australia Barat dan merangkumi informasi untuk aktiviti bersiar-siar seperti kembara jalan raya dan lawatan sehari. Ia juga memaparkan senarai terperinci kedai makan yang Halal dan infrastruktur khas untuk pengunjung Muslim yang boleh didapati di seluruh negeri itu.

Pengurus Negara Tourism Western Australia untuk Singapura dan Malaysia, Ava Ang berkata, Australia Barat adalah tempat istimewa yang menawarkan banyak pengalaman yang luar biasa dan unik buat sesiapa sahaja yang mahukan pengalaman baharu. “Kami berharap pelancaran Panduan Muslim kami ini akan memudahkan golongan pelancong Muslim di Malaysia membuat perancangan perjalanan untuk melawat negeri ini untuk mengagumi keajaiban alam semula jadinya dan merasai sendiri kekayaan warisan budayanya,” kata Ava.

Panduan tersebut tidak sekadar menawarkan jadual perjalanan – ia juga menyediakan maklumat yang komprehensif seperti garis panduan perjalanan daripada ketibaan, pemanduan dan khidmat pengangkutan awam – sumber yang sangat berguna untuk pengembara bukan Muslim yang ingin merancang percutian ke Australia Barat.

Proses permohonan untuk Autoriti Pengembaraan Elektronik (Electronic Travel Authority, ETA), yang setara dengan VISA untuk memasuki Australia, kini semakin pantas kerana ia boleh diperoleh dalam tempoh seminggu dari hari permohonan. Bagaimanapun pengunjung dinasihatkan supaya menghantar permohonan mereka sekurang-kurangnya empat minggu sebelum berlepas bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diduga.

Panduan Perjalanan Muslim kini boleh didapati di https://www.westernaustralia.com/my/plan-my-trip/planning-tools/brochures-and-guides. Untuk keterangan lanjut tentang Australia Barat, sila lawati www.westernaustralia.com.

 

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

THE EXPERTS - FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!