KENALI LEBIH DEKAT ARTIS INDIE MENERUSI “THE BUZZ”


“The Buzz” adalah sebuah program terbitan stesen radio TRAXXfm yang memberi tumpuan kepada dunia muzik indie di Malaysia seperti jazz, blues, rock, punk, alternative dan banyak lagi. Menurut penerbitnya, KG, program ini juga menjadi platform kepada artis baharu untuk berkongsi bakat mereka. The Buzz keudara setiap hari Sabtu minggu pertama dan ketiga setiap bulan dari jam 3.15 petang hingga 3.45 petang.

Menonjolkan keistimewaan muzik indie di Malaysia yang menerapkan kebebasan berkarya, inovasi dan keberanian menentang norma-norma konvensional dengan genre serta gaya muzik berbeza seterusnya mendedahkan pendengar kepada kepelbagaian muzik yang ada di Malaysia.

Program ini dikendalikan oleh The Greenman yang amat dikenali dalam dunia penyiaran radio juga seorang pemuzik tanah air. Selain memutarkan lagu-lagu indie kegemaran pendengar, The Greenman turut menemubual artis dan kumpulan daripada pelbagai latar belakang yang berkongsi kisah suka duka dalam arena muzik indie tanah air.





The Buzz telah membangunkan sebuah komuniti yang teguh dalam kalangan para pendengar dan pengikut muzik indie. Program ini telah membina platform yang kukuh kepada para pemuzik indie dan mendekatkan mereka dengan pendengar serta dilihat mampu mengembangkan muzik indie di Malaysia. Ia juga berperanan dalam mempromosikan konsert, festival muzik dan acara lain dalam arena indie Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

FITNESS @ SEA: STARCRUISES X UNDER ARMOUR BAWA KECERGASAN KE LAUT BIRU

STEMEY MELANCARKAN PRODUK PENJAGAAN RAMBUT ‘STEM CELL’ TUMBUHAN DR SYS

KINOHIMITSU PERKENAL KOLEKSI HAMPER TAHUN BARU CINA 2026

HARVEY NORMAN MALAYSIA LANCAR LAKARAN MALAYSIA: GABUNGAN SENI KONTEMPORARI DAN WARISAN TEMPATAN