KUMPULAN TARIAN SINGA TERBAIK DUNIA BERSAING DEMI KEGEMILANGAN DI RESORTS WORLD GENTING


Saksikan kehebatan singa dengan aksi akrobatik menakjubkan di atas tiang mengikut rentak gendang dan simbal dengan seni gerak penuh kreatif di Kejohanan Tarian Singa Dunia Genting ke-14 dari 4 hingga 6 Ogos ini di Resorts World Genting (RWG). 

Kejohanan bertaraf anatarabangsa ini adalah salah satu kejohanan tarian singan yang mendapat pengiktirafan tinggi dan dihormati dalam industri. Bertempat di Arena of Stars, 36 pasukan tempatan dan antarabangsa akan bersaing di peringkat awal kejohanan pada 4 dan 5 Ogos sebelum terpilih untuk 11 tempat sahaja di peringkat akhir pada 6 Ogos. 

Peminat sukan ekstrem baharu ini boleh menantikan kejohanan yang mendebarkan dengan persembahan yang memukau. Ia akan menjadi pesta budaya yang tidak boleh dilepaskan kerana Kejohanan Tarian Singa Dunia Genting ke-14 menjanjikan persaingan yang melampaui sempadan dan penglibatan penonton ke tahap yang tidak pernah dilihat atau dialami sebelum ini. 


Bercakap pada sidang akhbar dan cabutan undian perlawanan pusingan awal kejohanan ini, Roger Ong, Penolong Naib Presiden Hiburan dan Acara RWG berkata, “Kami sangat teruja untuk mengalu- alukan sekali lagi kumpulan tarian singa terbaik dari seluruh dunia untuk mempersembahkan kemahiran mereka di sini di Resorts World Genting!” 

Beliau menambah, "Dan seperti tahun-tahun sebelumnya, kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Persatuan Tarian Naga & Singa Selangor & Wilayah Persekutuan untuk membawa budaya Cina yang hebat dan sangat popular ini dalam persembahan bertaraf dunia ke Genting!" 

Pemenang kejohanan tahun ini akan membawa pulang hadiah wang tunai USD$15,000, piala dan pingat, manakala naib juara pertama dan kedua akan masing-masing menerima USD$8,000 dan USD$5,000 beserta piala dan pingat. 

Lapan pemenang hadiah sagu hati masing-masing akan menerima trofi dan hadiah wang tunai sebanyak USD$1,500. Selain itu, trofi Raja Singa Timur dan Barat yang diidam-idamkan juga akan dianugerahkan kepada pasukan terbaik dari Asia dan negara Barat. 

Dua anugerah istimewa yang baharu bakal menjadi rebutan adalah Anugerah Gendang Emas, dipilih oleh panel penilai dan Anugerah Pilihan Rakyat, yang dipilih hasil undian penonton. Pemenang kedua-dua anugerah ini akan menerima hadiah wang tunai sebanyak USD$1,000. 


Tiket kejohanan tarian singa perdana dunia ini sudah mula dijual. Para penonton mempunyai pilihan untuk Pas sehari pada harga RM60.00 (PS2 – Tempat duduk bebas) atau Pas untuk 3 Hari pada RM230.00 (PS1 – Tempat duduk bernombor) atau RM140.00 (PS2 – Tempat duduk bebas). Kanak- kanak kurang dari ketinggian 95cm layak mendapat tiket berharga RM50.00 tanpa tempat duduk. Ahli Genting Rewards layak untuk membeli tiket melalui tunai, kad kredit atau penebusan GP. Bayaran pemprosesan tambahan RM4 dikenakan. 

Untuk maklumat lanjut, lawati rwgenting.com atau saluran media sosial rasmi RWG.

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!