NETFLIX PERKENALKAN BARISAN PELAKON TAMBAHAN DI DALAM SQUID GAMES MUSIM 2

Netflix baru sahaja mengumumkan barisan pelakon tambahan yang bakal menyertai musim kedua siri popular, Squid Game. Foto di atas, dari kiri ke kanan: CHOI SEUNG-HYUN, LEE JIN-UK, WON JI-AN, PARK GYU-YOUNG, KANG AE-SIM, LEE DAVID, JO YU-RI, ROH JAE-WON.

Barisan pelakon tambahan yang diperkenalkan tersebut terdiri daripada bintang yang sedang meningkat naik dan juga pelakon veteran. Pengarah Hwang Dong-hyuk, yang memenangi Emmy untuk musim pertama, akan kembali sebagai pengarah dan penerbit eksekutif bagi siri musim kedua ini.

Baris pertama dari kiri ke kanan: LEE JUNG-JAE, LEE BYUNG-HUN, YIM SI-WAN, KANG HA-NEUL

Baris kedua kiri ke kanan: PARK GYU-YOUNG, PARK SUNG-HOON, JO YU-RI, WI HA-JUN

Baris ketiga dari kiri ke kanan: YANG DONG-GEUN, KANG AE-SIM, LEE DAVID, LEE JIN-UK & Pengarah HWANG DONG-HYUK]

Barisan pelakon tambahan yang bakal diperkenalkan dlam musim kedua Squid Games adalah:

Park Gyu-young: Terkenal dengan peranannya dalam siri Netflix Sweet Home Musim 1 dan 2, dia juga akan membintangi siri Netflix yang akan datang Selebriti.

Jo Yu-ri: Penyanyi dan pelakon dan bekas ahli kumpulan gadis Korea Selatan-Jepun Iz*One.

Kang Ae-sim: Pelakon teater dan muzikal yang sangat disanjungi di Korea. Persembahannya dalam siri TV Be Melodramatic dan siri Netflix Move to Heaven meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.

Lee David: Terkenal dengan peranan pembantu dalam filem The Fortress arahan Hwang. Fakta menyeronokkan: Dia bertemu Lee Jung-jae melalui filem, Svaha: The Sixth Finger.

Lee Jin-uk: Membintangi siri Netflix Sweet Home Musim 1 dan 2. Dia juga terkenal dengan peranannya dalam pelbagai drama dan filem Korea, termasuk salah satu filem terbesar pengarah Hwang, Miss Granny.

Choi Seung-hyun: Penyanyi dan pelakon itu telah membintangi pelbagai filem dan siri TV Korea seperti Tazza: The Hidden Card and Commitment.

Roh Jae-won: Membuat penampilan sulung lakonannya pada 2021 dan pantas mendapat pengiktirafan melalui filem seperti Missing Yoon dan Ditto.

Won Ji-an: Membuat penampilan sulung yang mengagumkan pada musim pertama siri Netflix D.P.

SQUID GAMES: MUSIM 2

Pengarah: Hwang Dong-hyuk

Eksekutif Penerbit: Hwang Dong-hyuk, Kim Ji-yeon

Penulis: Hwang Dong-hyuk

Syarikat Pengeluaran: Firstman Studio


Comments

Popular posts from this blog

“RONA BOSPHORUS”, DRAMA ADAPTASI PERTAMA BUKA TIRAI DI RTM TAHUN 2025

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!