GURU MAHU UBAH STIGMA NASIB ‘BUDAK BELAKANG’ MELALUI MUZIK RAP


Tiada masa depan dan tidak akan berjaya. Itu antara kata-kata yang sering dilontarkan masyarakat kepada kumpulan pelajar yang berada di kelas belakang. Bagaikan tiada peluang untuk berjaya, adakalanya kehadiran mereka dilabelkan sebagai membebankan orang lain.

Melihat stigma negatif itu, seorang guru di sebuah pusat pengajian swasta, Muhammad Syahir Andenan atau lebih mesra digelar Badang, 28, mengambil inisiatif kreatif dengan memberi peluang kepada kumpulan pelajar terbabit untuk mencungkil bakat mereka menerusi nyanyian rap.

“Semua pelajar ada masa depan. Termasuklah pelajar-pelajar kelas belakang. Kita cuma perlu kenal pasti dan bukakan jalan untuk mereka nampak.

“Saya melihat melalui muzik rap ini, ia sebagai medium ekspresi atau luahan bakat yang bukan semua orang boleh miliki.

“Jadi inisiatif ini sebagai langkah untuk menepis stigma masyarakat terhadap bakat pelajar kelas belakang ini,” katanya.

Badang berkata bagi memberi peluang kepada pelajar ini mempamerkan bakat mereka, sebuah konsert Budak Belakang G-day 2.0 akan berlangsung pada 12 Ogos ini.

“Selain konsert hip hop dan rap terbesar ini, pelbagai aktiviti lain antaranya mini X-Games, B-Boy dan lukisan mural grafiti akan diadakan selama 12 jam tanpa henti di Pusat membeli belah KWC StarExpo Centre, Kuala Lumpur.

"Sebahagian dari keuntungan jualan tiket akan disumbangkan kepada Cinta Syria Malaysia dan Aman Palestine bagi membantu mereka yang memerlukan," katanya.

Seramai 35 kumpulan artis rap terkenal akan membuat persembahan pada konsert itu antaranya Kmy Kmo, Tuju & Loca, Forceparkbois dan Luqman Podolski.


Tiket Konsert telah mula dijual dengan harga tempahan awal bermula RM75 dan boleh dibeli secara dalam talian di https://www.budakblkg.com.



Comments

Popular posts from this blog

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM

SALAD ATELIER MERAIKAN ULANG TAHUN KE-10 DENGAN MENGADAKAN PROMOSI ISTIMEWA DAN AKTIVITI PENGAKTIFAN SEPANJANG TAHUN