YES 5G MERINTIS INDUSTRI PERMAINAN AWAN DI MALAYSIA DENGAN NVIDIA GEFORCE NOW


Bersiap sedia para pemain di Malaysia, kerana Yes 5G bekerjasama dengan NVIDIA untuk memperkenalkan masa depan permainan di Malaysia dengan permainan awan yang maju, GeForce NOW Dikuasakan oleh Yes 5G. Ucapkan selamat tinggal kepada pengalaman muat turun permainan yang membosankan dan juga harga peranti permainan yang semakin tinggi dan pastikan bersedia untuk memulakan pengembaraan yang mendorong kepada landskap permainan peringkat tertinggi.

NVIDIA GeForce NOW Dikuasakan oleh Yes 5G ialah perkhidmatan permainan awan yang membolehkan pemain membuat penstriman permainan PC kegemaran mereka secara langsung dari permainan awan, tanpa keperluan untuk peranti permainan yang mahal dan sistem muat turun yang mengambil masa yang lama. Dengan kepentingan pada prestasi yang tinggi dan latensi rendah, GeForce NOW Dikuasakan oleh Yes 5G memberikan tahap keselesaan dan kemudahan akses yang lebih luas, kerana perkhidmatan ini boleh diakses dari mana-mana peranti, sama ada komputer meja, komputer riba, TV pintar, Mac atau peranti mudah alih. Dengan memanfaatkan GPU NVIDIA yang hebat dan berteknologi baru, pemain dapat menikmati permainan yang lebih mendalam dengan pengalaman yang luar biasa.

Yes 5G oleh YTL Communications, terkenal dengan komitmen bagi penyelesaian ke atas sambungan yang terkini, menggunakan infrastruktur rangkaian 5G yang kukuh untuk menyokong keupayaan penstriman tanpa gangguan bagi aplikasi GeForce NOW. Gabungan GPU NVIDIA yang berprestasi tinggi dan menggunakan teknologi rangkaian mudah alih Yes 5G akan mengubah pengalaman bermain permainan bagi pemain Malaysia, memberikan kelajuan maksima, latensi rendah, dan kualiti visual yang luar biasa.

Wing K. Lee, Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications, menyatakan bahawa masa depan permainan telah tiba, dan akan berterusan. "NVIDIA GeForce NOW Dikuasakan oleh Yes 5G adalah penjana permainan bagi industri permainan Malaysia. Kami dengan bangga melancarkan perkhidmatan ini secara rasmi kepada pemain Malaysia dan menyumbang kepada pertumbuhan arena e-sukan tempatan. Perkhidmatan ini memberikan kelebihan kepada pemain untuk melepaskan diri daripada rantaian had peranti, membawa pemain ke alam di mana kegembiraan dalam permainan adalah tanpa sempadan.”

"Masa depan permainan di Malaysia telah tiba dengan GeForce NOW Dikuasakan oleh Yes 5G," kata Phil Eisler, Naib Presiden GeForce NOW di NVIDIA. "Sejak pengenalan GeForce NOW secara global, perkhidmatan permainan awan ini telah mencapai kejayaan dan populariti di pasaran seluruh dunia, dan ketibaannya secara rasmi di Malaysia menandakan satu lagi kejayaan yang amat penting bagi NVIDIA."

Infrastruktur 5G yang kukuh dan sambungan internet yang semakin berkembang oleh Yes 5G akan memberikan pengalaman penstriman permainan awan yang tiada tandingan kepada pemain, mempamerkan kuasa GeForce NOW. Komuniti permainan di Malaysia juga akan dapat akses yang lebih banyak kepada permainan berbanding daripada sebelum ini dan menyambungkan dengan pemain lain di seluruh dunia.

GeForce NOW Dikuasakan oleh Yes 5G kini secara rasmi adalah tersedia untuk semua rakyat Malaysia untuk diakses dan langganan. Pelan keahlian bermula serendah RM30.00 sebulan untuk pelanggan Yes 5G, dan RM50.00 sebulan untuk bagi pelanggan lain yang bukan di bawah Pelan Yes 5G. Ciri-ciri pelan adalah termasuk akses permainan berterusan selama enam jam setiap sesi, akses kepada permainan percuma dan lebih 1,600 permainan yang boleh dibeli oleh pemain daripada platform lain seperti Steam, Epic Games Store, Ubisoft, dan lain-lain.

Untuk maklumat lanjut, sila layari halaman sosial


Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

THE EXPERTS - FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!