6 SEBAB KENAPA PERKONGSIAN KERETA SEMAKIN MENINGKAT POPULAR
Nak beli kereta? Ia tentunya satu komitmen yang besar. Namun sebenarnya, ia tidaklah rumit. Jom kita belajar tentang pemilikan kereta.
Mula-mula, anda akan menghabiskan masa berbulan-bulan untuk meneliti dan membandingkan jenama dan model kereta yang berbeza. Setelah membuat pilihan, tiba masanya untuk anda berunding dengan pengedar bagi mendapatkan tawaran harga yang terbaik. Dan inilah realitinya: anda perlu menilai kedudukan kewangan anda, sediakan wang pendahuluan (dan mungkin menangis, jika perlu). Oh, jangan lupa! Anda juga perlu memperuntukkan simpanan kecemasan untuk perbelanjaan yang tidak dijangka seperti kerosakan kereta.
Sekarang, mari belajar tentang proses permohonan pinjaman pula. Ia semudah menyelesaikan teka silang kata dalam akhbar. Anda hanya perlu sediakan kad pengenalan, lesen memandu, penyata gaji, penyata bank untuk tiga bulan sebelum (sebab bank sangat sukakan kebolehpercayaan), dan juga penyata cukai pendapatan atau penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Mudah, kan?
Tapi jangan risau! Ada satu lagi cara mudah yang lebih jimat yang kami ingin kongsikan. Pernah dengar atau baca mengenai “kongsi kereta”?
“Kongsi kereta? Tapi… kenapa?” Ini mungkin soalan yang anda ingin tanya. Baiklah, mari kami kongsikan lima sebab kenapa kongsi kereta mungkin pilihan yang terbaik untuk anda:
● Jimatkan kos: Membeli kereta merupakan satu komitmen kewangan yang besar, terutamanya jika kedudukan kewangan anda tidak mengizinkan. Dengan berkongsi kereta, anda boleh menjimatkan wang kerana anda tidak perlu mengeluarkan wang pendahuluan untuk membeli kereta. Anda juga tak perlu risau memikirkan tentang kos penyelenggaraan, membaiki kerosakan atau insurans. Dengan perkongsian kereta, anda hanya perlu keluarkan duit ketika anda betul-betul memerlukan kereta. Maknanya, anda boleh menikmati penjimatan yang besar, terutamanya jika anda hanya menggunakan kereta untuk satu tempoh yang pendek.
● Fleksibiliti: Hidup ini penuh dengan kemungkinan yang tidak bernoktah. Dengan memilih perkongsian kereta, anda boleh memandu pelbagai jenis kenderaan. Ianya sama seperti anda mempunyai pelbagai pilihan ramuan untuk untuk memasak - anda boleh memilih kenderaan yang bersesuai mengikut keperluan anda. Anda boleh pilih SUV yang luas ketika anda merancang untuk bercuti. Kalau untuk ke tempat kerja, pilih kereta yang lebih kecil dan jimat minyak. Segalanya di tangan anda!
● Mengelakkan susut nilai: Kalau anda merupakan seorang akauntan atau anda pernah belajar subjek perakaunan, akan akan memahami konsep ini. Kereta adalah sama seperti kasut bergaya yang hilang nilainya apabila ia sudah terjual. Harganya tidak lagi sama dengan harga yang anda bayar. Dengan perkongsian kereta, anda hanya memiliki kereta tersebut untuk sementara waktu. Jadi anda tidak perlu memikirkan hal susut nilai ini.
● Tidak perlu keluarkan kos penyelenggaraan dan pembaikan: Bila anda memilih untuk berkongsi kereta, anda tidak perlu risaukan kos menyelenggara atau membaik pulih sebarang kerosakan kereta. Anda hanya perlu hubungi syarikat perkongsian kereta dan masalah anda akan selesai dalam sekelip mata. Dan ianya pilihan yang lebih bagus dari perlu berfikir mengenai pendapatan sampingan atau mengikat perut untuk ketepikan sedikit wang bagi membaiki kerosakan kereta yang tidak boleh dijangka.
● Keselesaan dan privasi: Bayangkan: anda memandu dengan santai, menikmati privasi dan kawalan penuh untuk ruang peribadi anda. Dengan memilih perkongsian kereta, anda boleh menikmati perjalanan yang selesa dan tanpa sebarang kerisauan menuju ke destinasi. Selain itu, anda tidak perlu risaukan tambang teksi yang mahal atau mencari arah pengangkutan awam, terutamanya di tempat yang kurang anda kenali. Kereta “baharu” anda sentiasa menanti di mana jua anda berada.
● Pilihan Yang Mesra Alam: Perkongsian kereta bukan sahaja baik untuk gaya hidup anda; ia juga bagus untuk alam sekitar. Ianya seperti menambah sedikit elemen mesra alam dalam perjalanan harian anda. Perkongsian kereta mengurangkan pelepasan karbon dan menggalakkan pemuliharaan sumber. Dengan bilangan kereta yang lebih rendah di jalan raya, pelepasan gas rumah hijau juga akan turut berkurangan. Tambahan lagi, permintaan untuk bahan mentah, tenaga dan sumber air yang berkaitan pengeluaran kereta akan dikurangkan, menjadikan perkongsian kereta satu pilihan yang lestari.
Secara ringkasnya, perkongsian kereta boleh menjadi pilihan yang bijak untuk pelbagai sebab. Ia menawarkan keselesaan, penjimatan kos dan fleksibiliti yang sesuai dengan gaya hidup anda. Jika anda di Malaysia, jangan lupa untuk terokai platform perkongsian kereta seperti SOCAR atau TREVO untuk melihat pelbagai jenis kenderaan pada kadar yang lebih berpatutan!
Dengan lebih 2000 kereta dari 36 model berbeza untuk dipilih, platform ini akan memudahkan perancangan perjalanan anda, dengan kelebihan tambahan seperti pembayaran balik harga minyak yang lebih mudah. Jadi, antara pilihan membeli kereta dan berkongsi kereta, pilihlah berkongsi kereta dan nikmatilah kelebihan perkongsian kereta dengan SOCAR atau TREVO. Dompet anda tentunya akan berterima kasih dengan pilihan ini!
Comments
Post a Comment