CANON MERAIKAN HARI KAMERA KEBANGSAAN DENGAN BENGKEL PENCIPTAAN KANDUNGAN


Bersedialah untuk menangkap detik indah serta senyuman yang terukir sempena Hari Kamera Kebangsaan pada 29 Jun! Canon Marketing Malaysia ("Canon") meraikan sambutan istimewa ini dengan mengadakan bengkel penciptaan kandungan di Utama Farm, iaitu sebuah ladang bandar yang lestari di Petaling Jaya.

Bengkel ini turut dikenali sebagai bengkel "Farm to Table" atau segar dari ladang yang berfokus pada pengalaman menyaksikan keajaiban kelestarian dalam amalan pertanian yang mementingkan ekosistem selain mengasah kemahiran mencipta kandungan. Hal ini secara tidak langsung dapat memperlihatkan contoh potensi-potensi yang wujud melalui amalan pertanian bandar. Para hadirin diberi peluang untuk meguji keunggulan kamera Canon PowerShot V10, EOS R8 dan EOS R50 di mana mereka merakam pengalaman seharian mereka di ladang seperti memancing ikan, udang dan banyak lagi.

Melalui bengkel ini, Canon berhasrat untuk melengkapkan para peserta dengan kemahiran kreatif yang diperlukan dalam penghasilan kandungan visual menarik dan sesuai dengan audiens pada masa ini. Canon sedar akan permintaan kandungan menarik dan tulen yang semakin meningkat lebih-lebih lagi perihal senario kehidupan sebenar yang memberikan kesan naratif mendalam. Dengan merakam kecantikan ladang, amalan kelestarian serta interaksi antara manusia dan alam sekitar, para peserta dapat menambah pengetahuan berharga dalam penciptaan kandungan berasaskan alam semula jadi.

Selain itu, makanan juga merupakan salah satu tema dalam kempen ini maka Canon telah bekerjasama dengan Freshable, iaitu perkhidmatan penghantaran kit makanan inovatif yang berpangkalan di Lembah Klang. Hidangan makanan dipamerkan dengan gaya sedia dirakam agar para peserta dapat bereksperimen dengan proses kreatif fotografi makanan di samping meneroka keupayaan kamera yang mereka gunakan dengan lebih mendalam.

Bengkel ini merupakan salah satu cara Canon merevolusikan penciptaan kandungan visual. Syarikat ini sudah beraksi tanpa henti sejak kejayaan pameran kamera "Canon CR8 2023" di seluruh negara yang mempamerkan kamera terkini keluaran Canon untuk para peminat tegar. Salah satu kamera hangat daripada pameran mereka ialah PowerShot V10 iaitu kamera vlog kompak yang bukan sahaja mudah digunakan malah memiliki kualiti video tahap profesional. Rekaannya ringan, memiliki kaki kickstand serta penstabil imej yang memudahkan pengguna merakam video daripada perspektif unik dan sangat mengagumkan.

Rangkaian lengkap input-ke-output Canon menambahkan lagi pengalaman kepada para peserta daripada klik pengatup hinggalah ke cetakan akhir. Mereka berpeluang untuk mendapatkan rakaman terbaik sepanjang aktiviti dan mencetak gambar-gambar tersebut sebagai kenangan selain memanfaatkan idea kreatif mereka dengan lancar bersama mesin pencetak foto Canon; PIXMA G670 & TS5370A.

“Teras operasi kami berasaskan falsafah ‘Kyosei’ yang menjadi panduan untuk setiap usaha kami. Kami menekankan pertumbuhan perniagaan serta dedikasi yang tidak berbelah bahagi kepada alam sekitar dan juga komuniti fotografi serta videografi di Malaysia.” kata Hunter Zhang, Pengarah Bahagian Perniagaan Komunikasi Imej, Canon Marketing Malaysia.

Seiring dengan slogan Canon Asia Group, “Delighting You Always”, Canon komited untuk membekalkan peralatan yang diperlukan oleh para pencipta kandungan demi meningkatkan mutu kandungan di samping memenuhi keperluan kreatif mereka.

“Seperti biasa, kami berhasrat untuk sentiasa berada dekat dengan pelanggan kami. Kami ingin memastikan para peminat pengimejan sentiasa bahagia dan tersenyum dengan kamera kami. Kewujudan Canon membolehkan para pencipta kandungan menyerlahkan imaginasi mereka di samping meneroka idea baharu dan mencapai standard tertinggi dari segi penceritaan visual,” tambah Zhang lagi.

Untuk maklumat lanjut tentang produk Canon, bengkel dan acara akan datang, layari laman web rasmi Canon di my.canon/en/consumer/products. Pastikan anda sentiasa mendapat berita terkini kerana Canon sedang mengusahakan pertandingan mencipta filem pendek untuk menyokong pencipta kandungan tempatan. Nantikan pengumuman akan datang di Facebook, Instagram, dan YouTube rasmi Canon!

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!