DANA PENDIDIKAN ELENA COOKE BANTU ANAK MUDA MALAYSIA KURANG BERNASIB BAIK UNTUK MELANJUTKAN PENDIDIKAN TINGGI
Pada 2009, sekumpulan bekas pelajar Sekolah Perempuan Bukit Bintang (BBGS) yang mempunyai visi untuk mempertingkatkan keupayaan anak muda ke tahap tertinggi telah bergabung untuk untuk memulakan satu misi untuk membantu golongan kurang bernasib baik untuk mencapai impian mereka untuk melanjutan pelajaran ke pendidikan tinggi.
Moey Yoke Lai (kanan) menghulurkan cek biasiswa kepada Alsyifa Dania binti Lay Lwin, penerima Dana Pendidikan Elena Cooke2022 |
Dari situ, lahirlah Dana Pendidikan Elena Cooke, yang ditubuhkan sebagai mengenang jasa bekas pengetua BBGS yang berkhidmat paling lama iaitu mendiang Miss Elena Maude Cooke. Beliau adalah seorang yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi dan ketat dan terkenal kerana rasa kasih sayangnya kepada pelajarnya dan kesediaannya untuk memberi bantuan dan menghulurkan tangan kepada mereka yang memerlukannya.
Diilhamkan dari contoh penyayangnya, Dana Pendidikan Elena Cooke menekankan untuk membantu golongan muda yang kurang bernasib baik dan memerlukan kewangan untuk memperkasakan mereka sepanjang hayat melalui pendidikan.
Setiap tahun, Dana Pendidikan Elena Cooke mengalu-alukan permohonan biasiswa daripada pelajar SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan kewangan setelah menerima keputusan mereka dan sedang memikirkan pilihan mereka untuk masa depan.
Cik Moey Yoke Lai, Pengerusi Alumni BBGS yang menguruskan Dana tersebut berkata, "Bagi pelajar yang dilanda kemiskinan ini, pendidikan adalah kunci untuk membebaskan diri mereka daripada kitaran kemiskinan. Namun, ramai daripada mereka mungkin tidak mempunyai peluang atau akses untuk melanjutkan pelajaran disebabkan kekangan kewangan. Di sinilah Dana Pendidikan Elena Cooke menawarkan bantuan yang berbeza.
“Kami membuka peluang kepada mereka untuk memanfaatkan dana biasiswa yang akan memperkasakan mereka untuk memupuk potensi pendidikan mereka tanpa rasa bimbang tentang kewangan.
Walaupun keperluan kewangan adalah tinggi dalam senarai kriteria pemilihan, penerima biasiswa juga mesti memiliki prestasi akademik yang baik, menunjukkan penglibatan yang mendalam dalam aktiviti kokurikulum dan mempunyai perwatakan yang baik," tambahnya.
Hari in setelah 14 tahun, Dana Pendidikan Elena Cooke telah membantu 56 pelajar yang memerlukan bantuan kewangan untuk mencapai impian mereka dan ramai yang telah berjaya dalam kehidupan mereka sendiri. Moey berkata Dana Pendidikan Elena Cooke akan terus berusaha untuk bekerjasama dan beriktiar dalam mengumpul dana bagi membantu lebih ramai pelajar yang memerlukannya.
Goh Sing Joy yang berusia 24 tahun adalah salah seorang daripada banyak penerima Dana Pendidikan Elena Cooke yang bersyukur kerana dapat melakarkan haluan hidup yang berbeza.
"Tanpa biasiswa, kemungkinan besar, saya akan terdorong untuk mendapatkan pekerjaan dan menamatkan impian ijazah," kata Sing Joy, yang keluarganya termasuk seorang ibu tunggal yang tidak dapat bekerja atas sebab kesihatan dan seorang abang.
Menerusi Dana Pendidikan Elena Cooke, Sing Joy berjaya mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian) selama 3 tahun dalam Kursus Pembangunan Sistem Perisian di Tunku Abdul Rahman Kolej Universiti (TARUC) pada tahun 2019 selepas menamatkan STPM.
“Saya amat berterima kasih atas peluang dan sokongan dalam perbelanjaan pendidikan saya. Ia membolehkan saya menumpukan perhatian kepada pelajaran dan meringankan beban keluarga saya," tambahnya.
Perjalanan pendidikan Sing Joy telah meninggalkan perasaan gembiranya kerana dia telah menamatkan kursusnya dengan Cemerlang, selepas berada dalam Senarai Dekan sebanyak empat kali di TARUC.
Cendekiawan muda dan cemerlang ini telah memperolehi jawatan yang baik di sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan ERP (perancangan sumber perusahaan) dan kini mampu menyumbang dari segi kewangan untuk keluarganya.
Syabas kepada Sing Joy atas kesungguhan dan ketabahannya!
Dana Pendidikan Elena Cooke kini sedang mencari lebih ramai anak muda Malaysia untuk memberi bantuan seperti Sing Joy untuk mencapai impian mereka dan membuka pintu kepada masa depan yang lebih cerah.
Sing Joy bersama ibunya |
Moey berkongsi bahawa Dana Pendidikan Elena Cooke telah diwujudkan melalui sokongan kuat penderma korporat dan individu serta kerjasama dengan institusi pengajian tinggi.
Ini termasuk Kolej Sunway, Universiti Sunway dan Universiti HELP yang mengetepikan semua yuran pengajian dan yuran am, manakala Dana Pendidikan Elena Cooke menyediakan elaun untuk penginapan, buku dan perbelanjaan sara hidup lain.
Pelajar yang memohon ke universiti awam terpilih juga layak memohon biasiswa. Walau bagaimanapun, ini akan menjadi biasiswa separa sahaja.
Permohonan 2023 kini dibuka kepada pelajar SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan STPM yang telah menerima keputusan peperiksaan mereka. Tarikh tutup adalah 2 minggu selepas keputusan SPM atau STPM 2022 (yang mana terkemudian) diumumkan.
Maklumat lanjut dan borang permohonan boleh dimuat turun daripada BBGS ECEF Scholarship 2023.
Comments
Post a Comment