KEDAI ALAT TULIS TEMPATAN CZIPLEE DEDAH RAHSIA PERNIAGAAN KELUARGA KEKAL SELAMA 55 TAHUN


Perniagaan keluarga dan diuruskan sepenuhnya sendiri, CzipLee (集利), telah wujud lebih 50 tahun lamanya sejak tahun 1968. Bermula sebagai sebuah kedai runcit kecil di Kajang, Selangor, CzipLee pada peringkat permulaannya menjual pelbagai jenis barangan harian termasuk gula-gula, surat khabar dan sedikit sebanyak alat tulis.

Berbekalkan semangat dan perkhidmatan mesra CzipLee serta sokongan komuniti, perniagaan alat tulis tempatan ini berkembang – dari kedai kecil pertamanya di Kajang kepada kedai empat tingkat dengan keluasan lebih daripada 10,000 kaki persegi.

Sebagai pengedar barangan alat tulis, perniagaan CzipLee juga kekal mapan dengan keupayaan mereka menawarkan pelanggan pelbagai jenis buku dan alat tulis, termasuk alat tulis berjenama yang berkualiti tinggi, peralatan melukis, perkhidmatan mencetak, serta produk gaya hidup. Kini, pelanggan boleh semak imbas inventori CzipLee yang melebihi 70,000 jenis produk di mana-mana kedai mereka di Lembah Klang dan Johor.

Adik beradik (Alvin dan Jason Chen) di kedai buku CzipLee Kajang pada tahun 1986

Cabaran Merentasi Masa

Perkembangan dan kejayaan perniagaan CzipLee selama bertahun-tahun ini bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak cabaran yang perlu ditempuh yang dapat dikaitkan dengan empat elemen: Air, Api, Udara, dan Tanah.

● 2011 (Air): Beberapa kejadian banjir yang berlaku di CzipLee cawangan Kajang menyaksikan kerugian perniagaan dan stok yang berulang.

● 2016 (Api): Api yang marak telah membakar kedai CzipLee di Bangsar, di mana masyarakat setempat dan bomba bersama-sama berusaha memadamkan api. Pada masa yang sama, CzipLee telah menimbang sama ada mahu menutup perniagaannya atau membina semula kedai mereka memandangkan 80% daripada stok dan peralatan telah musnah.

● 2020 hingga 2022 (Udara): Seperti perniagaan lain juga, pandemik global Covid-19 membuatkan dunia CzipLee bagai terhenti. CzipLee tidak berputus asa dan mula memberi tumpuan kepada kedai dalam taliannya yang telah wujud sejak tahun 2011 dan melaksanakan strategi dalam talian dan media sosial.

● 2023 (Tanah): Mercu tanda CzipLee – kedai dua tingkat lot sudut di kawasan perjiranan komersil Telawi, Bangsar baru-baru ini telah dijual bagi menampung strategi perniagaan semasa dan akan datangnya.

Insiden-insiden luar jangka yang dihadapi CzipLee dalam mengharungi tahun demi tahun banyak mengajar keluarga dan pasukan betapa pentingnya untuk kekal bersemangat namun fleksibel dalam menghadapi kesusahan. Perkataan "Czip" (集) dalam Bahasa Cina bermaksud bersepadu yang dapat dilihat daripada ciri kekeluargaan yang rapat. Perkataan "Lee" (利) bermaksud visi, berdaya tahan dan kekuatan demi memakmurkan keluarga dan pelanggan.

“Kami terpaksa membuat keputusan untuk melepaskan kedai dua tingkat lot sudut yang merupakan mercu tanda kami di Bangsar. Ia bukanlah keputusan yang mudah untuk dibuat namun satu langkah strategik kerana CzipLee perlu menambah baik nisbah hutang dengan ekuiti untuk terus melangkah ke hadapan. Kami juga amat berterima kasih atas sokongan yang diterima daripada keluarga, rakan sekerja dan komuniti kami dalam meneruskan perjalanan kami dalam memenuhi keperluan pelanggan kami.” kata Alvin Chen, Pengarah Eksekutive CzipLee.

Selepas pandemik reda, jualan tidak lagi setinggi seperti waktu sebelum pandemik dan corak pelanggan juga berubah. Kini ramai orang membeli di kedai rantaian untuk alat tulis buatan tempatan, ditambah pula dengan kesukaran mencari tempat letak kereta di Bangsar, maka amat penting bagi CzipLee untuk memperbaharui strateginya demi memastikan perniagaannya dapat bertahan.

CzipPlus

Penghalaan Semula CzipLee

Dengan penghalaan semula ini, CzipLee mengambil masa untuk melabur dan memasang strategi untuk konsep baharu bagi outlet CzipPlus oleh CzipLee, yang baru diubahsuai di Bangsar.

Tidak lagi terikat dengan lokasi fizikal, CzipLee kini tertumpu kepada kedai konsep dan kedai pop-up. Setiap kedai ini menawarkan pilihan produk alat tulis, seni lukis dan gaya hidup yang unggul.

CzipLee Midvalley Southkey

Rangkaian kedai CzipLee terdiri daripada CzipLee Southkey yang menawarkan alat penulisan, jurnal dan bengkel bermusim yang berpangkalan di Johor. CzipPetit, yang terletak di Bangsar Village 2, menawarkan serba sedikit segalanya daripada alat tulis umum, buku-buku hinggalah bahan untuk hobi jurnal.

Czip Petit

CzipPlus, kedai konsep terbaharunya di Jalan Telawi, adalah yang terunggul dengan pilihan istimewa alat menulis, produk dakwat, seni halus serta perkhidmatan mencetak. CzipLee juga mempunyai kedai pop-up di Jippuri, Pavilion Bukit Jalil yang menawarkan alat tulis Jepun yang eksklusif.

Jippuri di Pavilion Bukit Jalil

Cekal dalam mengekalkan legasinya, CzipLee telah berjaya mengekalkan kedai asalnya, CzipLee di Kajang, yang menawarkan alat tulis dan buku sekolah umum, yang dikendalikan oleh sepupunya daripada keluarga Chen.

CzipLee di Kajang 

Melangkah Lebih Jauh pada Tahun 2023

CzipLee merancang untuk berkembang dengan lebih pesat lagi pada suku keempat tahun 2023 bagi memenuhi permintaan dan keperluan pelanggan. CzipLee bakal memenuhi kehendak pelanggan menerusi pengalaman CzipPetit yang lebih menyeluruh di Bangsar Village 2. Dengan keluasan lebih tiga kali ganda berbanding sekarang, para pelanggan akan dapat menikmati kedai konsep yang serba lengkap yang menawarkan pilihan jenama dan produk yang pelbagai.

“Ramai pelanggan yang rindukan pengalaman kedai yang lengkap. Itulah sebabnya kami mahu membawa kembali pilihan barangan yang lengkap dan banyak lagi ke CzipPetit yang lebih luas,” tambah Jason Chen, Pegarah Eksekutif CzipLee.

Selain itu, CzipLee juga merancang untuk kembali ke teras perniagaan buku-buku dan alat tulis mereka di kedai buku konsep yang baharu ini. Mereka kini sedang merancang bersama para peminat buku dan rakan niaga untuk membawakan pengalaman unik yang menampilkan buku kanak-kanak, bukan fiksyen, buku meja kopi serta alat tulis terpilih serta kawasan santai untuk kanak-kanak. Perbincangan masih berjalan untuk mengadakan kafe bertema bagi pelanggan untuk berehat sambil membaca dan anak-anak pula sibuk bermain di kawasan yang disediakan.

CzipLee sedia membawa kembali acara serta bengkel mereka dalam suasana yang lebih selesa di CzipPlus.

CzipPlus Ink Bar


“Kami baru selesai menganjurkan acara bersama Red Hong Yi, artis dan penulis tempatan dan juga antarabangsa yang terkenal di mana beliau telah berkongsi tentang bukunya yang terbaru. Dalam persekitaran yang selesa, persahabatan dan perhubungan yang baharu terjalin. Menyatukan komuniti menjadi pendorong kepada kami untuk meneruskan usaha kami selama ini,” tambah Jason.

Pakar alat tulis ini juga menantikan penganjuran Jualan Penghabisan Mega setiap tahun dan menambah baik pengalaman kedai dalam talian dan dalam aplikasi CzipLee untuk semua pelanggan.

Untuk mengambil bahagian dalam bengkel atau mengetahui tentang aktiviti terkini, pelanggan boleh melanggan dan mengikuti surat berita dan platform media sosial CzipLee. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.cziplee.com atau ikuti CzipLee melalui Instagram atau Facebook (@cziplee).

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!