JOM NIKMATI BUFET HI-TEA HUJUNG MINGGU DI FAIRFIELD BY MARRIOTT KUALA LUMPUR


Fairfield by Marriott Kuala Lumpur mengalu-alukan semua tetamu untuk menikmati Bufet Hi-Tea Hujung Minggu bersama keluarga, rakan dan rakan sekerja bermula dari 24 Jun 2023 dan seterusnya pada setiap Sabtu dan Ahad di restoran Lesung.

Anda boleh menikmati pelbagai juadah kegemaran ramai di restoran Lesung yang suasana selesa dan nyaman. Menu khas yang disediakan oleh chef yang berpengalaman merangkumi cucur yang rangup, pelbagai jenis bubur manis, kuih -muih tradisional, puding, ulam-ulaman, salad sihun, tauhu sumbat, kerabu taugeh dan banyak lagi.

Aneka Bubur Manis

Cucur

Piza Sambal Ikan Bilis

Sate Ayam & Daging

Murtabak

Tauhu Sumbat

Aneka Kuih-muih

Stesen Salad

Anda harus cuba Sup Mulligatwany istimewa di stesen sup bersama pilihan sup lain. Bukan itu sahaja, pelbagai pilihan menarik seperti nasi goreng Cina, nasi Arab dengan ayam panggang, mi kari dan sebagainya juga disediakan

Nasi Arab dengan Ayam Panggang

Bufet Hi-Tea Hujung Minggu Fairfield by Marriott Kuala Lumpur akan disediakan setiap Sabtu dan Ahad mulai 24 Jun 2023. Para tetamu boleh menikmati pelbagai pilihan masakan tempatan di Fairfield Weekend Hi-Tea Buffet hanya RM48nett (Dewasa) dan RM28nett (Kanak-kanak) berumur 4 hingga 12 tahun. Kanak-kanak di bawah empat tahun boleh makan dengan percuma. Dengan pembelian hidangan bufet untuk lima orang dewasa, anda akan memperolehi hidangan bufet percuma bagi seorang warga emas (60 tahun ke atas).


Untuk tempahan, sila hubungi talian +6010-760 0200 atau +603-2777 7777

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!