REVIEW: 10 SEBAB ANDA HARUS MILIKI SK MAGIC JIK.SOO RICH


Tahukah anda yang JIK dalam bahasa Korea bermaksud sentiasa mengalir, manakala SOO membawa erti air lebih bersih, tulen dan penuh mineral? JIK>SOO RICH oleh SK magic merupakan penulen air semua dalam satu dengan sistem penapisan nanoteknologi yang inovatif yang menapis virus, mikroorganisma, logam berat dan bahan pencemar, sambil membenarkan zat-zat galian keperluan melaluinya.

Team FEMAGONLINE berpeluang untuk mencuba penulen air JIK.SOO RICH oleh SK magic dan di sini kami senaraikan 10 sebab utama mengapa ia harus dijadikan produk kelengkapan rumah yang wajib ada di rumah anda!

1. AIR BERSIH, TULEN DAN SELAMAT DIMINUM

SK magic menggunakan penapis nanotech yang menghilangkan bakteria dan virus yang merbahaya sementara membolehkan zat-zat galian keperluan badan yang sihat melaluinya. Air disalurkan ke paip air keluli tahan karat (gred 304), dibersihkan melalui penapis dan diekstrak untuk diminum tanpa memerlukan tangki air atau bekas menyebabkan proses penulenan itu berlaku dengan cepat.

Di samping memenuhi keperluan air minuman di dalam Akta Makanan Malaysia, SK magic juga telah menguji keberkesanan produk ini untuk menapis bakteria merbahaya seperti E. coli dan Salmonella. Tidak seperti pesaing yang menggunakan pembersih air jenis tangki di mana air itu bertakung dan berpotensi untuk menjadi tempat pembiakan bakteria, produk SK magic ini menggunakan sistem penulen air inovatif di mana air terus masuk dari saluran paip secara langsung ke gelas minuman anda!

Bahan penapis diperbuat daripada 100% Nano Alumina Fiber dan Power Activated Carbon serta telah mendapat pensijilan halal daripada JAKIM.




2. REKAAN PRAKTIKAL DAN MESRA PENGGUNA

Rekaan JIK.SOO RICH dicipta untuk kemudahan pengguna. Cara penggunaanya amat intuitif tanpa perlu membaca buku manual yang tebal. Ia dilengkapi dengan ‘beeper’, cahaya LED yang boleh bertukar warna, pelarasan suhu, kaedah pensterilan dan sanitasi maksimum.

Dulang pelapik cawan di bahagian bawah dilengkapi dengan magnet membolehkan bekas-bekas berlainan saiz digunakan untuk mengisi air. Nozzle air juga boleh dilaraskan dengan mudah untuk mengelakkan percikan atau tumpahan air.

Dengan rekaan eksklusif, mewah tetapi minimalist, JIK.SOO RICH juga menawan pandangan mata dan tampak elegan di dalam rumah anda!


3. SUHU OPTIMUM UNTUK KEGUNAAN HARIAN

JIK.SOO RICH menawarkan tujuh pilihan suhu air yang berbeza dan juga dua pilihan saiz kuib ais. Untuk air, anda boleh memilih suhu dingin, suhu bilik dan panas. Tetapan air panas boleh dibahagikan kepada tiga pilihan iaitu air panas (85 °C), air dengan suhu ideal untuk menyediakan minuman teh (70 °C) dan air suam untuk susu bayi pada tetapan suhu 45 darjah celsius (°C), 50 °C atau 55 °C.

Air panas (85 °C) sesuai untuk digunakan untuk membuat kopi dan memasak mi segera. Anda boleh memilih tetapan suhu air dengan mudah untuk kegunaan anda dengan serta-merta.




4. CEPAT DAN TERSEDIA

Dalam kehidupan sekarang yang segalanya mahu cepat dan mudah, kita perlukan produk yang mampu memudahkan kerja seharian. Air minum misalnya, cukup penting kerana kita perlu minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari. Mahu air sejuk atau panas, tentunya kita inginkan yang cepat dan sudah tersedia.

Apabila tetamu datang, kerja menghidangkan air juga mahu cepat dan mudah sama ada air sejuk atau panas. Bagi yang mempunyai anak kecil, tidak perlu risau kerana air panas untuk membancuh susu tersedia pada bila-bila masa, tidak perlu menunggu lama menanti air mendidih. Sukatan air secara automatik mengikut pilihan 120ml, 550ml, 1000ml.



5. AIS – JERNIH BAK KRISTAL DENGAN BEKALAN BERTERUSAN

Salah satu ciri utama JIK.SOO RICH yang menjadikannya antara produk SK magic yang terlaris adalah kebolehannya mengeluarkan kiub ais dalam kapasiti yang banyak iaitu 750g (terbesar dalam pasraan) dengan hanya menekan satu butang. Jadi, anda tidak lagi perlu berkejar ke kedai 7-eleven untuk mendapatkan ais apabila ada ramai tetamu yang datang. Anda juga boleh memilih di antara dua saiz kiub kecil atau besar mengikut kesukaan anda. Fungsi ais ini memang menjadi satu kelebihan, lebih-lebih lagi di hari yang panas.


6. MENJIMAT TENAGA

Sebagai penulen ais-air yang paling tipis di Korea, JIK.SOO RICH juga mempunyai teknologi yang mengurangkan penggunaan kuasa elektrik serendah 530Wh setiap hari.


7. DUA SISTEM PEMBASMI KUMAN YANG EFEKTIF

Untuk memastikan air selamat dan bebas kuman, JIK.SOO RICH menggunakan dua sistem iaitu sistem penapis Nano dan juga kaedah pensterilan gelombang UV-C yang dapat membasmi lebih daripada 99% bakteria. JIK.SOO RICH akan disteril setiap dua jam secara automatik untuk tahap sanitasi maksimum.Jadi, anda tidap perlu risau dengan pencemaran microorganisma yang boleh membawa penyakit.


8. CIRI KESELAMATAN – HOT LOCK/ ICE LOCK

Satu lagi keistimewaan JIK.SOO ialah ia selamat digunakan untuk kanak-kanak kerana terdapat butang yang dipasang di paras mata supaya mereka boleh ambil air sendiri selain mendidik tabiat minum air yang sihat. Fungsi air panas dan ais boleh dikunci untuk mengelakkan kecederaan kepada kanak-kanak. Salah satu ciri keselamatan yang amat berguna adalah tetapan suhu air akan beralih kepada suhu sejuk atau suhu bilik secara automatic sebaik habis mengeluarkan air panas.



9. PELAN PEMILIKAN YANG BERPATUTAN

Pelan pemilikan yang ditawarkan adalah mudah dan mengikut bajet masing-masing. Selain boleh dibeli tunai, JIK.SOO RICH juga boleh didapati secara sewaan pada kadar berpatutan. 


10. PERKHIDMATAN PELANGGAN YANG MANTAP

Produk pintar dan perkhidmatan berpusatkan pelanggan yang ditawarkan oleh SK magic adalah satu ciri utama yang menjadikan pilihan yang popular. Dari temu janji, pemasangan sehinggalah khidmat seliaan, warga kerja SK magic memberikan khidmat yang terbaik untuk pelanggannya.    


Untuk maklumat lanjut, sila layari layari www.skmagic.com.my atau hubungi talian hotline 1-800-18-7878.

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!