IKATAN TERLARANG PANASKAN SLOT MEGADRAMA – HISYAM HAMID TEGAS TOLAK BUDAYA CURANG
Ikatan Terlarang terus mencuri perhatian penonton apabila episod terkininya menampilkan sisi red flag Lukman lakonan Hisyam Hamid. Babak Lukman selamba curang dengan isterinya, Azura (Erysha Emira) bersama Bella (Mawar Rashid), kakak ipar dan sahabat baiknya, membuat ramai berang.
Walaupun lakonan Hisyam sebagai suami curang mendapat pujian, dia menegaskan bahawa curang adalah kesalahan besar yang tidak boleh diterima. “Tidak ada istilah jatuh cinta lagi bila sudah beristeri. Itu nombor satu punya kesalahan – the biggest no-no ever,” katanya.
Hisyam menolak idea untuk berterus terang dengan isteri sekiranya jatuh cinta dengan orang lain kerana baginya ia tetap pengkhianatan. Dia menambah bahawa dalam kehidupan peribadi, curang adalah sesuatu yang tidak akan dilakukan.
Babak Azura menampar Lukman selepas mengesyaki kecurangan turut menjadi perhatian. Erysha mendedahkan tangannya lebam kerana perlu mengulang babak tampar berkali-kali demi syot terbaik. “Saya cuba meletakkan diri sebagai Azura yang dikhianati orang paling dipercayai,” jelasnya.
Ikatan Terlarang diterbitkan oleh I Fabulous Art Media & Event Sdn. Bhd., diarahkan oleh Riza Baharudin dan ditulis oleh Oka Aurora. Drama ini menampilkan gandingan pertama Hisyam Hamid dan Erysha Emira, selain dibarisi pelakon seperti Adrianna Adnan, Raja Azura, Arash Mohamad, Alif Hadi, Mawar Rashid, Didie Astillah, Syazwan Razak, Puteri Rayyqa, Zarina Zainuddin, Yaya Maembong, Jay Iskandar dan Esma Danial.
Drama ini mengisahkan Azura, seorang usahawan berjaya yang memiliki perniagaan kecantikan Azura Beauty. Kehidupan sempurna bersama suami dan anak mula hancur apabila terbongkar pengkhianatan Lukman dengan sahabat baiknya sendiri. Satu demi satu rahsia gelap keluarga terbongkar, termasuk skandal yang mengancam perniagaan dan hubungan lama antara dua keluarga.
Ikatan Terlarang mempunyai 28 episod dan boleh ditonton setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria dan platform Sooka.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment