ASTRO MEMACU PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL YANG SELAMAT DAN BERETIKA DALAM KALANGAN REMAJA MENERUSI SIRI TEKNOTHRILLER ‘MAARA’

Astro, syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berganding bahu dalam mempromosikan amalan internet yang selamat dalam kalangan remaja, termasuk penggunaan beretika media sosial dan kecerdasan buatan (AI), melalui Vinmeen Exclusive Series (VES), Maara. Siri techno-thriller, Maara, akan ditayangkan pada 6 Julai, 9.30pm di Astro Vinmeen (Saluran 202) melalui TV, Astro GO, On Demand dan Sooka.

Prem Anand, Naib Presiden, Perniagaan Pelanggan India, Astro, berkata, “Sebagai jenama kandungan dan hiburan tempatan yang terkemuka, kami komited untuk membawakan penceritaan vernakular berkualiti tinggi serta menyediakan platform yang bermakna untuk bakat tempatan untuk terus berkembang maju. Selaras dengan ini, kami telah melanjutkan tayangan perdana Tamil tempatan kami menjadi satu jam penuh, sejak Februari 2026, membolehkan naratif yang lebih kaya dan kreativiti yang lebih besar untuk bakat tempatan.

Selain dari berhibur, kami terus memajukan agenda Tadbir urus sosial alam sekitar (ESG) kami melalui kempen 'Suara untuk Kebaikan' kami, dengan memanfaatkan kandungan sebagai inisiatif untuk impak sosial yang positif. Kami berbangga untuk bekerjasama dengan SKMM dalam menjalankan inisiatif tepat pada masanya untuk mempromosikan tanggungjawab digital dalam kalangan remaja—meningkatkan kesedaran tentang amalan internet yang selamat, dan penggunaan beretika media sosial serta kecerdasan buatan—melalui siri kami yang akan datang, Maara. Ini mencerminkan komitmen berterusan kami dalam memperkasakan komuniti dengan pengetahuan, memupuk penggunaan media yang bertanggungjawab, dan menyumbang kepada masyarakat yang celik maklumat, inklusif dan berdaya tahan digital.”

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), berkata, “SKMM kekal komited dalam memperkukuh kesedaran awam mengenai keselamatan dalam talian dan penggunaan digital secara bertanggungjawab menerusi inisiatif Kempen Internet Selamat. Kempen ini merupakan usaha berterusan untuk mendidik rakyat Malaysia mengenai keselamatan internet dalam kalangan semua pengguna internet, khususnya kanak-kanak dan institusi kekeluargaan. Melalui kerjasama strategik bersama pemain industri dan pelaksanaan program berasaskan komuniti, inisiatif ini turut menyokong usaha berterusan ke arah mewujudkan persekitaran internet yang lebih selamat untuk semua."

Diarahkan dan diterbitkan oleh pembikin filem tempatan dan juga pemenang anugerah, Jeyapragash Jeyamurthi (JP), Maara mengisahkan seorang pelajar universiti berusia 19 tahun, Maragathavalli yang dikenali sebagai Maara, ketika dia mengejar kemasyhuran dan kestabilan kewangan sebagai pempengaruh media sosial di bawah bimbingan mentornya, Alice. Ketika cita-citanya semakin memuncak, Maara mula melangkaui batas etika—mengeksploitasi adik perempuannya yang kurang upaya demi kandungan tular, dan kemudian membocorkan video peribadi pesaingnya, Brindha, yang kemudian bertukar menjadi inseden tragis. Ketika siasatan polis semakin menghampiri, Maara cuba memadam jejak digitalnya dan menghilangkan diri, namun akhirnya dia terperangkap antara rasa bersalah dan naluri untuk meneruskan kehidupan. Pilihannya—sama ada untuk mengaku atau terus melarikan diri—menjadi teras utama cerita ini.

Maara, menampilkan bintang tempatan popular termasuk Dishaaleny Jack, Punitah Shanmugam, Thivyah Kia, Sattiya Kandi, K Prakash dan banyak lagi. Tonton episod baharu siri menarik ini ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis jam 9.30pm di Astro Vinmeen (Saluran 202) melalui TV, Astro GO, On Demand dan Sooka.

Astro mengangkat mesej ini yang tepat pada masanya kepada penonton muda, memperlihatkan bagaimana usaha mengejar populariti di media sosial tanpa pertimbangan etika boleh membawa kepada akibat serius dalam dunia nyata melalui perjalanan Maara. Maara digarap untuk memupuk kesedaran tentang tanggungjawab digital menerusi naratifnya. Melalui kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah kempen ‘Internet Selamat’, siri ini menekankan kepentingan empati, privasi dan tingkah laku dalam talian yang berhemah — sambil menawarkan, khususnya kepada golongan remaja, perspektif yang lebih realistik tentang kesan tindakan digital mereka dalam dunia sebenar.

Astro menjemput pelanggan untuk menikmati nilai yang lebih hebat dengan Astro One Packs, kini tersedia daripada RM49.99*, menawarkan penstriman mudah dan hiburan tanpa had. Pelanggan yang berminat untuk melanggan Astro One boleh melayari astro.com.my atau menghubungi Astro melalui WhatsApp di 03 9543 3838. Untuk maklumat lanjut, sila layari content.astro.com.my.

* Harga yang dinyatakan tidak termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.


Comments

Popular posts from this blog

DRAMA BAHARU AKASIA TV3: “LUKA DI HUJUNG SETIA” GANDINGKAN DATO’ ADI PUTRA & ZARA ZYA

TV ALHIJRAH LANCAR BINCANG NIAGA 2026 BAGI MEMPERKASA USAHAWAN DAN SME TEMPATAN