DISNEY+ HOTSTAR PERSEMBAH ‘CERITA KITA BERSAMA’ BERSAMA BUNGA SEMPENA AIDILFITRI INI


Disney+ Hotstar berganding tangan dengan penyanyi rap tempatan, Bunga yang sedang melonjak naik menerusi rap “Cerita Kita Bersama”. Hasil karya yang diilhamkan dan dipersembahkan artis itu sendiri menzahirkan tema sambutan Aidilfitri yang bermakna dan menyentuh hati.

Berilhamkan kenangan beliau sendiri, rap itu menggambarkan semangat Ramadhan dan sambutan Aidilfitri rakyat Malaysia merentasi semua lapisan masyarakat. Ia bukan sahaja menggambarkan intipati Aidilfitri, tetapi juga menonjolkan pelbagai emosi dan kepentingan hubungan kekeluargaan, sekali gus mengajak semua pendengar untuk merenung semula pengalaman mereka sendiri.

Persembahan seni pertuturan Bunga disertai beberapa klip daripada rancangan dan filem yang tersedia di Disney+ Hotstar. Menampilkan pelbagai watak dan momen yang terkenal, babak-babak ini mencerminkan emosi Bunga sendiri, termasuklah kegembiraan, ketabahan, cinta kekeluargaan, perayaan, keazaman, kepercayaan dan keutuhan agama.

“Sewaktu membesar, Disney sentiasa mempunyai tempat yang istimewa di hati saya, kerana rancangannya memberi saya sinar harapan ketika masa susah. Saya amat bersyukur kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan Disney+ Hotstar,” kongsi Bunga. “Tatkala kita merenung ke hadapan, adalah penting untuk saya mengingati asal usul saya dan menyatukannya dengan masa hadapan saya. Jadi, rap saya memaparkan gambaran yang realistik dan berwarna-warni tentang Ramadhan yang mulia dan sambutan Raya. Semoga ia dapat menyentuh hati dan menyatukan semua rakyat Malaysia.”


Ketika bersatu semula dengan keluarga tersayang sempena musim perayaan ini, anda boleh menikmati satu siri rancangan kegemaran seisi keluarga seperti Turning Red, Encanto, Upin & Ipin (Keris Siamang Tunggal), Musim 2 Ejen Ali, 30 Hari Sebelum Raya, dan Do You Love Me, Captain?


Bagi penonton yang mengidamkan cerita seram, drama dan kisah romantik, koleksi filem dan siri TV Disney+ Hotstar yang luas termasuk Moon Knight, Harith Fayyadh, Soundtrack #1, dan Death on the Nile untuk memenuhi selera pelanggan dari segenap peringkat umur.


Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI