MUSLIM PRO & UNICEF BEKERJASAMA UNTUK BANTU KANAK-KANAK KURANG BERNASIB BAIK DI YAMAN & AFGHANISTAN


Bitsmedia, syarikat teknologi yang berpangkalan di Singapura yang juga merupakan satu badan yang bertanggungjawab terhadap kewujudan aplikasi gaya hidup Muslim terbesar di dunia, iaitu Muslim Pro, menandatangani perkongsian usahasama satu tahun dengan Tabung Kanak-kanak oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bagi mengaktifkan aktiviti pengumpulan dana bagi program organisasi, yang telah memberikan bekalan dan perkhidmatan kritikal dalam menyelamatkan dan melindungi nyawa di seluruh dunia. Kempen pengumpulan dana pertama telah dilancarkan pada bulan Ramadan ini yang memberi tumpuan kepada tindakan kemanusiaan bagi kanak-kanak di Yaman, Syria, dan Afghanistan.

Aplikasi Muslim Pro menggesa pengguna untuk menderma kepada UNICEF bagi membantu kanak-kanak yang terjejas dan kurang bernasib baik. Sepanjang pengumpulan dana Ramadan, pengguna globalnya digalakkan untuk menyumbang kepada kerja-kerja amal UNICEF.

Dalam konflik dan bencana, kanak-kanak adalah individu yang paling menerima kesannya. Ketika konflik kemanusiaan, kanak-kanak sangat terdedah kepada penyakit, kekurangan zat makanan, dan keganasan. Kanak-kanak yang tinggal di kawasan yang berisiko dan bergolak - mereka lebih cenderung hidup dalam kemiskinan yang melampau, misalnya, atau pendidikan mereka terganggu.

Kekacauan dan rasa tidak selamat akibat perang menjejaskan atau menghapuskan akses kepada makanan, tempat tinggal, sokongan sosial, dan penjagaan kesihatan, meningkatkan kerentanan dalam komuniti, terutamanya di kalangan kanak-kanak. UNICEF memberi tumpuan kepada kanak-kanak ini dan keluarga mereka untuk memberi mereka intervensi kritikal yang diperlukan untuk perlindungan, menyelamatkan nyawa, dan memastikan hak semua kanak-kanak terjamin di seluruh dunia.

Bercakap mengenai kempen itu, Fara Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama di Bitsmedia berkata: "Terdapat berjuta-juta kanak-kanak di Yaman, Syria, dan Afghanistan yang sangat memerlukan bantuan kemanusiaan. Sebagai jenama Muslim global yang berkhidmat kepada masyarakat Muslim di seluruh dunia, adalah penting bagi Muslim Pro untuk bangkit dan turut membawa impak yang besar dan bermanfaat kepada kanak-kanak dalam masyarakat tersebut.”

Selepas dua dekad konflik dan berdasarkan perkembangan politik dan sosioekonomi baru-baru ini, keadaan kemanusiaan Afghanistan telah merosot dengan ketara. Perkhidmatan penting pula hampir musnah, dan kira-kira 12.9 juta kanak-kanak Afghanistan memerlukan bantuan kemanusiaan untuk terus hidup.

Rayuan Tindakan Kemanusiaan Afghanistan untuk Kanak-kanak (HAC) oleh UNICEF adalah yang terbesar dalam sejarah organisasi.

Konflik Yaman berlangsung selama 7 tahun lamanya, dan 20.7 juta orang - termasuk 11.3 juta kanak-kanak - memerlukan bantuan kemanusiaan segera. Oleh kerana kemusnahan dan penutupan sekolah dan hospital, akses kepada pendidikan dan perkhidmatan kesihatan telah terganggu, menyebabkan kanak-kanak lebih terdedah dan masa depan mereka diragut. Hampir empat juta orang, separuh daripadanya adalah kanak-kanak, telah dipindahkan menjadikan Yaman sebagai populasi berpindah secara dalaman keempat terbesar di dunia. Selain menyokong keperluan kecemasan segera kanak-kanak, di mana akses kepada makanan dan air yang sangat terhad, rayuan UNICEF bertujuan untuk melihat perkembangan jangka panjang Yaman dan Afghanistan dan masa depan kanak-kanak di kedua-dua negara.

"Kami berharap dapat bekerjasama dengan UNICEF pada masa akan datang dan menggalakkan komuniti global untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik dalam apa jua cara," ujar Fara.

Kempen ini menandakan kerjasama berterusan Muslim Pro dengan UNICEF sebagai sebahagian daripada kempen Ramadan UNICEF. Ramadan lalu, dengan sokongan melalui usaha dan penderma Muslim Pro di seluruh dunia, UNICEF dapat menyelamatkan nyawa keluarga dan kanak-kanak yang rentan di kawasan konflik terpencil di Yaman dan Afghanistan. Perkhidmatan ini termasuk:

● Perkhidmatan air kecemasan, sanitasi dan kebersihan (WASH)

● Perkhidmatan kesihatan penting melalui pasukan kesihatan atau klinik bergerak

● Kanak-kanak menerima perkhidmatan segera dan kecemasan, seperti bantuan tunai kemanusiaan, pengangkutan, dan rujukan kepada perkhidmatan perubatan dan lain-lain.

● Penyediaan makanan terapeutik sedia ada untuk digunakan kepada kanak-kanak yang kekurangan zat makanan

● Memudahkan akses vaksinasi polio kepada kanak-kanak yang tidak divaksinasi

"Kami gembira melihat aplikasi kami terus memberi sokongan dan bantuan yang besar kepada umat Islam di seluruh dunia, kerana ciri-ciri aplikasi kami dapat membantu merapatkan jarak fizikal dalam amalan kami," kata Nik Emir Din, Ketua Pegawai Eksekutif Bitsmedia.

Pengguna Muslim Pro boleh menderma kepada UNICEF sepanjang Ramadan sehingga akhir April melalui pautan dalam aplikasi di (https://bit.ly/3JdwAbf) untuk menyokong tindak balas kecemasan di Yaman, Syria, dan Afghanistan.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!