HOTEL CROCKFORDS MENERIMA ANUGERAH 5 BINTANG FORBES TRAVEL GUIDE SELAMA EMPAT TAHUN BERTURUT-TURUT


Pada tahun ini, Hotel Crockfords di Resorts World Genting (RWG) sekali lagi telah dianugerahkan dengan Anugerah 5 Bintang Forbes Travel Guide dan telah menjadikan ia sebuah hotel yang yang memperolehi anugerah berprestij ini selama empat tahun berturut–turut. 

Dalam senarai Anugerah Bintang Forbes Travel Guide 2022, Crockfords sekali lagi menjadi satu-satunya hotel di Malaysia yang menerima anugerah 5 Bintang dan salah satu daripada 323 hotel di seluruh dunia yang dianugerahkan dengan pengiktirafan ini. Anugerah yang sangat didambakan itu mengesahkan kedudukan Crockfords sebagai lambang kemewahan dan salah satu peneraju dalam memberikan pengalaman yang unik dan tiada tandingan kepada tetamu.

Penganugerahan oleh Forbes tersebut juga menyenaraikan Hotel Genting Grand, salah sebuah hotel milik RWG sebagai penerima anugerah hotel bertaraf 4 Bintang, manakala Hotel Highlands dianugerahkan sebagai hotel yang disyorkan oleh Forbes. Ini merupakan tahun kelima kedua, dua hotel ini mengekalkan pengiktirafan masing-masing.

Forbes Travel Guide (FTG) ialah sistem penarafan global yang terkenal di dunia untuk hotel, restoran dan spa mewah. Dinilai berdasarkan 900 piawaian yang ketat oleh pemeriksa pakar FTG, hotel mesti menawarkan pengalaman dan perkhidmatan tetamu yang luar biasa dengan memberi perhatian kepada butiran terkecil sekalipun untuk melayakkan diri dalam penarafan 5 Bintang daripada FTG. Piawaian ini menekankan pada kesopanan, keprihatinan dan perkhidmatan yang diperibadikan bersama-sama dengan unsur kemewahan. Kesemua kriteria ini dipenuhi oleh Crockfords dengan menunjukkan piawaian perkhidmatan cemerlang yang memenuhi tahap permintaan tertinggi, lantas memperoleh penghormatan untuk menerima penghargaan ini sekali lagi.


Berdiri di tengah-tengah puncak bukit Genting Highlands, Crockfords adalah sebuah hotel mewah yang direka untuk memberi tetamu pengalaman bertaraf dunia dengan kemegahan tertinggi dengan hiasan dalaman yang diilhamkan oleh rumah agam London yang mewah. Hotel elegan ini mempunyai 177 bilik yang terdiri daripada 3 Suite Eksekutif, 19 Suite Signature yang dihiasi dalam tiga tema, 13 Suite Junior, 111 Bilik Superior dan 31 Bilik Premier, memberikan pemandangan landskap pergunungan yang megah di sekeliling tanpa halangan. Membangkitkan rasa modenistik kemewahan, semua suite Crockfords menampilkan mandian wap peribadi di dalam bilik dan lekapan tandas marmar Greek Calacatta yang mewah, dibuat khusus untuk Crockfords. Teknologi terkini juga digunakan di dalam bilik untuk memastikan kemudahan dan keselesaan dengan satu sentuhan butang.

Baru-baru ini, pengubahsuaian di Crockfords memperkenalkan beberapa kemudahan baharu termasuk kafe baharu yang menyajikan bufet sarapan pagi yang memuaskan, hidangan Nasi Lemak Udang Kara dan Set Deluxe Dimsum, E-suite lengkap dengan semua kemudahan hiburan yang anda perlukan untuk menganjurkan acara peribadi atau karaoke yang menyeronokkan, sesi serta dua bilik mesyuarat kecil. Para tetamu juga disambut di lobi yang baharu diubah suai dengan lebih banyak ruang, lekapan pokok emas yang tersebar di lobi dan kemasan marmar pada beberapa perabot, memancarkan suasana yang mewah.

Kelebihan hotel ini berbanding hotel lain adalah ciri tersendiri dan unik Crockfords dalam menyediakan perkhidmatan hospitaliti yang sempurna di mana perhatian kepada butiran terkecil turut dipertimbangkan dan disusun dengan teliti untuk memastikan tetamu merasakan keistimewaan tersendiri sepanjang penginapan mereka. Dari pra-ketibaan hingga ketibaan, penginapan dan daftar keluar, tetamu dari semua peringkat umur boleh mengharapkan penglibatan yang penuh perhatian dan bermakna daripada pekerja terlatih Crockfords yang siap sedia sepanjang masa untuk melayani permintaan tetamu.

Dalam memberikan pengalaman unik kepada para tetamu melalui perkhidmatan yang teliti dan penuh penjagaan, hotel akan memastikan interaksi langsung dengan tetamu sebaik sahaja mereka tiba. Perkhidmatan peribadi serta merta akan diberikan di samping mengetahui lebih lanjut kehendak mereka. Secara tidak langsung, tetamu akan merasakan penginapan mereka akan terjaga sejak dari mula lagi. Bersandarkan kepada pemahaman ini, Crockfords menjanjikan pengalaman tersendiri dan disesuaikan untuk setiap tetamu mengikut kesukaan dan keperluan mereka.

Kakitangan Crockfords telah dilatih secara menyeluruh agar teliti dan dapat melihat setiap butiran kecil dari saat tetamu melangkah masuk ke hotel agar dapat menjangkakan keperluan mereka dengan lebih baik. Antaranya seperti menawarkan teh halia yang terkenal dengan manfaat kesihatannya terutama untuk tetamu warga emas, dan menyediakan keperluan kanak-kanak seperti mainan untuk anak-anak tetamu. Kakitangan Crockfords sentiasa intuitif kepada keperluan para tetamu dan menambah sentuhan istimewa dalam perkhidmatan mereka untuk memastikan pengalaman yang bermakna kepada tetamu.

“Kami amat berbangga di atas kejayaan Crockfords memenangi anugerah 5 Bintang berprestij daripada Forbes Travel Guide sekali lagi tahun ini. Pencapaian cemerlang ini adalah bukti dedikasi dan semangat kolektif pasukan kami dalam menyampaikan pengalaman bertaraf dunia kepada tetamu - dari sebelum mereka tiba sehingga mereka melangkah pergi dari hotel. Kami sememangnya terkenal dengan melayani tetamu dengan standard hospitaliti tertinggi dan akan terus komited melayani tetamu kami terutamanya dalam menawarkan layanan mewah,” kata David Leung Ming Sum, Naib Presiden Operasi Hotel, Genting Malaysia Berhad.


Untuk maklumat terkini di RWG, sila layari laman web kami – www.rwgenting.com dan platform media sosial rasmi untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA