‘KAU ILHAMKU DI HARI RAYA’ SENTUHAN MAN BAI DAN AMYLEA AZIZAN


Aurelius Healthcare telah bergabung dengan penyanyi tempatan, Man Bai dan menghasilkan sebuah lagu Raya eksklusif berjudul ‘Kau Ilhamku di Hari Raya’. Gabungan lagu unik ini dihasilkan oleh penerbit berbakat dan penyanyi-penulis lagu, Amylea Azizan.

‘Kau Ilhamku di Hari Raya’ menggabungkan lagu popular ‘Kau Ilhamku’ dan lagu Raya klasik daripada Saloma ‘Selamat Hari Raya’. Gabungan melodi yang indah ini menghasilkan medley lagu yang dikenali oleh semua rakyat Malaysia.


Dato’ Amir Firdaus Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Timbalan Pengerusi di Aurelius Healthcare, berkata “Kami sangat teruja dengan kerjasama ini. Vokal Man Bai dan bakat Amylea dalam menggabungkan dua lagu yang digemari ramai adalah luar biasa. Kami ingin mendedikasikan lagu istimewa ini kepada semua doktor, jururawat serta pekerja-pekerja bidang kesihatan di seluruh negara yang telah bekerja tanpa jemu dan banyak berkorban, terutamanya dalam dua tahun kebelakangan ini. Kami amat mengagumi dedikasi dan kerja keras mereka, dan amat berterima kasih kepada mereka semua.”

Untuk maklumat terkini, ikuti Aurelius Healthcare di Facebook, Instagram, dan LinkedIn.


Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO