CALLIE MEMPERAGAKAN RANGKAIAN PELITUP MUKA TERBAHARU UNTUK MUSIM PERAYAAN


CALLIE, jenama pelitup muka premium terus menerajui pasaran dalam pelbagai cara, termasuk menjadi jenama pelitup muka pertama yang mencuri perhatian di lokasi paling meriah, iaitu Pavilion Mall, Bukit Bintang – dengan papan iklan 3D untuk mengingatkan kita supaya tidak lupa memakai pelitup muka demi keselamatan sambil tampil dengan lebih bergaya pada musim Raya ini.

Adalah penting untuk kita terus mengekalkan pematuhan SOP seperti penjarakan sosial, meningkatkan kebersihan peribadi dan memakai pelitup muka memandangkan kes COVID-19 yang terus meningkat akibat varian Omicron. Oleh itu, rakyat Malaysia yang sedang melalui proses penyesuaian diri secara berperingkat dalam meneruskan kehidupan dalam fasa endemik sudah boleh mula menikmati kehidupan normal terutamanya dalam aktiviti harian, namun kita tidak boleh terleka dalam usaha mengekalkan keselamatan.

Memakai pelitup muka dengan cara yang betul perlu dijadikan sebagai norma yang diutamakan dan memastikan bahawa semua rakyat Malaysia mempunyai akses kepada pelitup muka yang berkualiti tinggi, diperakui di peringkat global dan cantik dipakai.


Menurut Pengarah Urusan Rentas Health, Ms Kelly Teoh, “Berdepan dengan peringkat endemik yang sedang kita lalui sekarang, serta dengan visi untuk menyediakan cara baharu agar pengguna kekal selamat dalam menjalani aktiviti harian, pasukan Callie telah bertungkus lumus mereka bentuk pelitup muka yang mengambil kira faktor gaya hidup kontemporari. Kini kami gembira dapat memperkenalkan Callie Raya, koleksi pelitup muka yang selesa, bergaya dan dalam pelbagai pilihan warna serta masih mematuhi standard yang ketat untuk dipakai semasa musim perayaan ini.”

CALLIE mempelopori inisiatif ini, menggabungkan gaya yang diilhamkan oleh industri fesyen, dengan bahan yang diperakui dunia dan kaedah saintifik terkini untuk mereka cipta perlindungan yang anggun bagi setiap acara.

Di sebalik pelitup muka gred perubatan yang disahkan, CALLIE merupakan jenama yang memfokuskan kepada insan dengan menggabungkan ciri keselamatan tertinggi, kebolehpakaian yang mantap dan reka bentuk hebat yang menjadikan rekaannya sebagai sebahagian penting dalam setiap gaya hidup. Terkenal kerana warna-warnanya yang memukau, keselesaan dan inovasi pintar, CALLIE menjadikan rakyat Malaysia selamat sambil bergaya supaya mereka dapat meneruskan aktiviti kegemaran mereka dan tampil hebat pada setiap masa.

Musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang ini juga tidak ada bezanya kerana CALLIE memperkenalkan rangkaian produk yang ideal untuk disuaikan dengan pakaian Hari Raya. Ini termasuklah pelitup headloop yang direka khusus bagi hijabista sofistikated; pelitup muka respirator KF 94 untuk keselamatan peringkat tinggi yang estetik dan pelitup muka sterilisasi kendiri yang dilapisi lapisan Quantum Resonance Copper untuk perlindungan tertinggi. Kesemua pelitup ini tersedia dalam pelbagai warna termasuk ForEvergreen, Rule the Night & Neutral Beige yang mudah digabungkan dan disuaikan dengan fesyen Raya, menjadikan sesi berfoto bersama teman dan keluarga cantik dan sempurna.


CALLIE Deep Dive

Pelitup muka ini, yang direka hasil inovasi dan pengaruh boleh dicuba untuk pertama kalinya di pameran eksklusif sempena musim Raya anjuran CALLIE sempena musim Raya. Peragaan yang pertama seumpamanya bagi pelitup muka akan diadakan di The Starhill. Peragaan ini akan disertai dengan pelbagai pameran dan aktiviti yang menarik dan memukau pengunjung.

Terowong Warna Pelitup Muka CALLIE

Buat pertama kalinya, CALLIE akan menampilkan kepada umum bahan bergred tinggi yang digunakan untuk setiap pelitup muka, melalui sebuah dinding fabrik di mana pengunjung boleh melihat, menyentuh dan merasai sendiri komponen fabrik ini. Sementara itu, sebuah terowong yang menarik disediakan yang menyerlahkan pelbagai warna yang digunakan oleh CALLIE dalam ciptaannya. Ini termasuklah warna-warna baharu yang akan dihasilkan dalam masa yang terdekat. Terdapat juga galeri yang menerangkan pelbagai teknologi dan inovasi yang membezakan CALLIE daripada pelitup muka yang lain. Stesen rekaan khusus pula membolehkan pengunjung memilih dan mencipta set pelitup muka mereka sendiri. Kiosk foto juga disediakan untuk pelawat mengabadikan padanan pakaian mereka, yang merupakan sebahagian daripada kempen Hari Raya CALLIE, Serasi Bersama CALLIE.

Teknologi yang digunakan dalam penghasilan pelitup muka CALLIE

Selain itu, Pelancaran Rasmi Callie Lab Pop-up telah diadakan pada 21 April 2022, jam 3 petang yang diketuai oleh Pengarah Pengurusan CALLIE, Ms Kelly Teoh serta menampilkan Dr. Kris See, Pengarah Perubatan, Klinik Kumpulan Osel dan merupakan waris Dr Wu Lien Teh, iaitu pakar epidemiologi Malaysia yang mencipta pelitup muka pembedahan, yang dipercayai merupakan produk awal kepada pelitup muka N95. Beberapa kaedah yang beliau terajui masih lagi diamalkan sehingga hari ini dalam melawan epidemik, termasuklah mewujudkan stesen kuarantin dan hospital, mengehadkan perjalanan dan penggunaan teknik pensterilan progresif.

“Saya mahu melihat lebih banyak kerjasama antara Callie & Osel pada masa akan datang untuk menghasilkan produk-produk yang lebih baik untuk digunakan dalam tempoh endemik ini serta pada masa-masa yang akan datang. Semua produk baharu ini bermula di kemudahan Penyelidikan dan Pembangunan yang dimiliki sendiri oleh Callie Lab & Osel Group. Di kemudahan ini, produk-produk unik digabungkan dengan teknologi penjagaan kesihatan Osel serta proses kualiti yang tinggi untuk memastikan semua ciptaan kami mematuhi standard kualiti antarabangsa yang ketat dan yang paling penting, memenuhi kehendak dan keperluan anda,” kata Dr Kris.

Ketua Pegawai Komersial Rentas Health, Mr Daniel Yip dan Pengarah Perubatan Osel Group of Clinics, Dr Kris See


Tampil dan Gayakan

Sebagai sebahagian daripada perayaan yang berkaitan dengan Hari Raya dan lanjutan kepada peragaan ulungnya, CALLIE juga menjalankan pertandingan dalam talian #SerasiBersamaCallie Challenge di mana para peserta menghantar gambar mereka dengan pakaian berfesyen yang disuaikan dengan pelitup muka rangkaian Raya CALLIE. Para peserta berpeluang menjadi “bintang”, di mana lima orang pemenang terpilih akan ditampilkan di papan iklan CALLIE yang terletak di luar The Starhill Kuala Lumpur, iaitu salah sebuah lokasi berprofil tinggi di Bandaraya ini.

Pengarah Urusan Rentas Health, Ms Kelly Teoh dan Pengarah Perubatan Osel Group of Clinics, Dr Kris See 

CALLIE juga akan menjalankan pelbagai promosi dan pemberian hadiah bertemakan Hari Raya sepanjang bulan Ramadan dan Syawal, bagi memastikan pelindungan yang cantik bergaya menjadi sebahagian daripada amalan pada musim perayaan yang mulia ini. Kunjungi Callie Lab Pop-up 2022 @ The Starhill Aras G, Entrance Atrium mulai 18 April – 1 Mei 2022, 10am – 10pm.

Anda juga boleh melayari www.calliemask.co ATAU Facebook / Instagram @callie.mask untuk maklumat lanjut.

Callie Lab Pop-up 2022 @ The Starhill
Tarikh: 18 April – 1 Mei 2022
Masa: 10am – 10pm
Tempat: Aras G, Entrance Atrium, The Starhill

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA