SIRI NFT ‘KUIH RAYA KITA’ DILANCARKAN SEIRING DENGAN KEMPAN RAMADAN-RAYA AEON

Majlis Pelancaran Siri NFT 'Kuih Raya Kita'

Sempena kempen ‘Raya Penuh Makna’, AEON CO. (M) BHD. (AEON) memperkenalkan siri NFT pertama yang berinspirasikan Raya dengan memfokus kepada asal usul lapan jenis kuih utama atau manisan tradisional iaitu Tart Nenas, Biskut Mazola, Biskut Coklat Almond London, Biskut Makmur Daun, Biskut Comflakes, Biskut Dahlia, Biskut Bebola Suji dan Biskut Mentega Semperit.

Siri NFT 'Kuih Raya Kita' memang terbaik!

Bercakap berkenaan siri NFT pertama yang berinspirasikan Raya itu, Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Perdagangan dan Pemasaran AEON berkata,"Hasrat kolaborasi ini bukan setakat menyerikan sambutan Hari Raya di dalam ruang digital, malah ianya untuk menyokong karya artis tempatan. Kami menghargai dan mempromosikan hasil kerja mereka — seiring dengan tujuan tema keseluruhan kempen Raya kami, ‘Raya Penuh Makna’. Apabila kita memperkenalkan teknologi ‘blockchain’ bagi memelihara tradisi, seni dan budaya yang kita amalkan selama ini, kita telah memberi nafas baharu terhadap cara sambutan yang selama ini tidak pernah kita fikirkan.”

Dua artis yang menjayakan siri NFT 'Kuih Raya Kita' - Afi Sulaiman (Kiri) dan Izzati Suza

Siri NFT pertama, ‘Kuih Raya Kita’, yang direka oleh Afi Sulaiman, seorang artis di dalam bidang makanan adalah berinspirasikan nostalgia sewaktu di kampung, khusus untuk koleksi simpanan dan kehidupan bermasyarakat. Siri tersebut mempunyai 16 rekabentuk yang dihasilkan untuk koleksi ahli AEON; di mana edisi pertama boleh ditebus secara percuma sehingga 1 Mei 2022. Setiap edisi adalah terhad kepada 1,250 keping.

Koleksi NFT Kuih Raya Kita untuk Discord, hasil karya Afi Sulaiman

Afi Sulaiman merupakan seorang ilustrator dan penulis yang pertama sekali mendapat pengiktirafan di dalam persada kreatif Malaysia pada 2019 sebagai Usahawan Seni Muda, Balai Seni Negara. Sejak itu, artis muda ini meneroka budaya makanan Malaysia yang dikekalkan di dalam bentuk grafik dan cerita, termasuk buku kanak-kanak, cetakan seni, dan banyak lagi.

“Ciri seni yang saya hasilkan adalah unik, nostalgia, gembira dan penuh warna warni dengan penekanan kepada budaya tempatan. Saya merasa amat teruja untuk mengetengahkan kuih tradisi Melayu melalui kerjasama dengan AEON dan saya berharap rakyat Malaysia dapat menikmati kuih Raya digital yang unik ini sebagaimana saya suka membuatnya’, kata Afi Sulaiman.

Bersama-sama dengan Meta Universe Sdn. Bhd. atau MU, rakan kongsi terpilih yang memanfaatkan teknologi dan elemen Web3 daripada metaverse, aset digital dan infrastruktur maya; siri NFT ‘Kuih Raya Kita’ juga merupakan kunci kepada pembangunan komuniti. Khalid Gibran, Ketua Pegawai Eksekutif MU berkata, “Siri NFT ini akan menginovasikan cara AEON berkomunikasi dengan pelanggan mereka. AEON mencipta sentuhan kesetiaan yang berbeza dengan memberikan pelanggan bengalaman terkini yang merupakan aset yang boleh dimiliki secara ketara di dalam ruang digital.”

AEON juga memperkenalkan NFT edisi istimewa dan terhad melalui Discord di bawah siri ‘Kuih Raya Kita’

“Kami mahu melakukan lebih banyak lagi — ekosistem peruncitan merupakan himpunan produk ikonik yang terkenal di dunia ini dengan pelbagai kisah dan kenangan yang perlu diabadikan. Sekiranya kita boleh mendigitalkan pengalaman ini, kita akan membawanya kepada sebuah realiti baharu secara maya,” tambah Low Ngai Yuen.

AEON juga memperkenalkan NFT edisi istimewa dan terhad melalui Discord di bawah siri ‘Kuih Raya Kita’ yang sama tetapi kelainannya di sini adalah kepada rekaan bekas menyimpan kuih. Siri istimewa ini dihasilkan oleh seorang artis Malaysia yang belajar secara kendiri, Izzati Suza. Beliau juga mengusahakan kedai miliknya di Melaka; Kedai Suza, dimana penghasilan produk pakaian dan barangan kraf lain menjadikan karya seninya dikenali ramai.

Karya seni NFT daripada Izzati Suza

Izzati Suza menjadikan seni sebagai profesion beliau setelah melalui pelbagai cabaran dan dugaan di dalam hidup. Di dalam kolaborasi NFT beliau yang pertama dengan AEON, Izzati mengetengahkan tiga tema utama untuk dimiliki oleh semua iaitu ‘Alas Meja Nenek’, ‘Quarantine Raya’ dan ‘Raya Penuh Makna’, dengan hanya 10 keping dihasilkan untuk setiap tema.

"Saya benar-benar cenderung kepada tema Raya AEON untuk tahun ini - 'Raya Penuh Makna’. lanya amat bermakna apabila kita dapat menyambut Raya bersama yang tersayang setelah melalui perintah berkurung selama dua tahun. Semenjak pandemik melanda, ramai dari kita yang mengamalkan cara hidup digital, lantas kami menjemput semua rakyat Malaysia untuk mendapatkan siri NFT Raya yang unik ini untuk menjadikan sambutan tahun ini lebih diingati,” kata Izzati.

Maklumat lanjut berkenaan siri NFT ‘Kuih Raya Kita’ dari AEON boleh didapati di https://aeonretail.com.my/promotion/kuihrayakita2022/NFT/

Selain daripada menawarkan kuih raya dalam bentuk NFT, Aeon juga menampilkan banyak kuih raya yang enak untuk sambutan Hari Raya tahun ini.  

Siri NFT ‘Kuih Raya Kita’ dilancarkan seiring dengan kempan Ramadan-Raya AEON, ‘Raya Penuh Makna’. Lebih banyak tawaran Raya boleh didapati di www.aeonretail.com.my.

Program ini adalah sejajar dengan usaha AEON yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu - 8 dan 17. Fokus masing-masing ialah menggalakkan masyarakat yang aman dan inklusif untuk pembangunan lestari, menyediakan akses kepada keadilan untuk semua dan membina institusi yang bertanggungjawab dan inklusif yang berkesan di semua peringkat; serta memperkukuhkan cara pelaksanaan dan menghidupkan semula perkongsian global untuk pembangunan mampan.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI