IKEA PERKENALKAN INISIATIF ‘KEHIDUPAN LESTARI BERMULA DI SINI’

ISTAD resealable bags

Mengamalkan gaya hidup lestari mungkin sungguh mencabar bagi sesetengah orang, apatah lagi jika mereka tidak tahu bagaimana untuk bermula. Sebenarnya, langkah paling mudah ialah dengan membuat perubahan yang kecil namun berimpak besar bermula di rumah kita. Sesungguhnya, setiap tindakan dalam kehidupan harian kita mempunyai kesan negatif ke atas bumi ini, tidak kira makanan yang kita makan, mahupun kesan karbon daripada kenderaan serta tenaga untuk menjana rumah kita. Maka, sekecil manapun setiap tindakan, sama-sama kita mampu mencetuskan perubahan yang bermakna.

Sehubungan itu, IKEA berazam mendidik rakyat Malaysia tentang isu kelestarian dan cara untuk mewujudkan persekitaran positif iklim dengan menyuntik inspirasi untuk menerapkan tabiat yang lestari ke dalam kehidupan harian mereka. Tidak kira memilih produk yang dihasilkan secara lestari sama ada untuk rumah anda, mahupun makanan yang kurang impak terhadap alam sekitar, kita boleh mengambil langkah-langkah kecil ini ke arah menjalani kehidupan yang lebih baik di rumah.

Dalam usaha berterusan kami untuk mewujudkan persekitaran positif iklim dan kitaran, IKEA telah melancarkan beberapa inisiatif dalam kalangan rakan sekerja di gedung kami, serta mengubah suai cara kami membangunkan produk kami. Bagi kami, pemilihan bahan daripada sumber lestari yang boleh diperbaharui atau dikitar semula untuk produk kami adalah mustahak. Contohnya, kapas dalam produk kami berasal daripada sumber lebih lestari, dan kami juga telah meningkatkan penggunaan gentian semula jadi termasuk rotan, gabus dan buluh. Selari dengan komitmen kami terhadap matlamat kelestarian kami, kami turut melaksanakan Program Pemerhati Sisa Buangan IKEA, yang mengukur dan melaporkan 100% sisa makanan IKEA dengan tujuan mengurangkan 50% daripada sisa, selain menggantikan pakaian seragam kakitangan IKEA dengan versi yang diperbuat daripada tekstil lestari bagi menyemarakkan lagi komitmen IKEA terhadap pengurangan kesan iklim.

“Bagi menghadapi cabaran pemakanan yang tidak lestari, perubahan iklim dan ketidaksamaan yang semakin ketara, kami mengambil langkah besar ke arah mencapai masa hadapan yang lebih lestari. Di IKEA, kami beriltizam untuk lebih memudahkan dan mampu dimiliki untuk pelanggan kami, dan lebih lestari terhadap bumi kita. Semoga kami dapat menginspirasikan pengguna kami untuk menjalani kehidupan harian yang lebih baik, dan sama-sama membudayakan kehidupan lestari. Jadi, inisiatif ‘Kehidupan Lestari Bermula di Sini’ telah diilhamkan untuk mencapai tujuan ini,” kata Gerard Jansen, Pengarah Runcit Negara (Malaysia), IKEA Southeast Asia.

Bersempena musim perayaan Syawal ini, IKEA ingin menginspirasikan rakyat Malaysia untuk memulakan gaya hidup yang lestari di rumah dengan pelbagai penyelesaian yang dihasilkan daripada bahan lestari pada harga berpatutan.


3 panduan untuk mengamalkan gaya hidup lestari di rumah anda pada Raya ini!

Sambutlah Aidilfitri secara sifar sisa bermula dari rumah anda sendiri!

1) Menjimatkan tenaga

Amalkan penggunaan tenaga secara berhemat di rumah anda melalui beberapa langkah mudah. Jika anda merancang untuk mengubah suai rumah anda, ambillah peluang ini untuk beralih kepada mentol LED yang menjimatkan tenaga, kerana ia bukan sahaja dapat menjimat sehingga tenaga sebanyak 85%, tetapi juga bertahan 10 kali lebih lama berbanding mentol pijar. Menjadikan latar belakang yang mesra Instagram di luar rumah anda untuk sesi bergambar keluarga yang menarik, dan cubalah gunakan lampu hiasan berkuasa suria untuk menceriakan ruang anda! Satu lagi petua berguna: apa kata menggunakan bateri yang dapat dicas semula?

Ceriakan ruang anda dengan rantaian pencahayaan LED SVARTRÅ dengan 12 lampu (RM149).


2) Fikir baik-baik sebelum membuang

Sungguhpun anda mengidam untuk membeli barangan hiasan Raya baharu, sebenarnya anda boleh berkreativiti untuk memberikan nafas baharu kepada hiasan lama bagi menceriakan rumah anda.

Ingin menyuntik idea baru pada rumah anda? Pilihlah produk yang diperbuat daripada bahan yang lestari dan mesra alam seperti buluh, gentian semula jadi atau berasaskan kayu yang boleh diperbaharui. Dapatkan inspirasi dan idea untuk menceriakan rumah anda dengan barangan hiasan di https://www.ikea.com/my/en/product-guides/sustainable-products/sustainable-materials/ dan kagumkan tetamu anda!

Kerusi NILSOVE 

3) Makan secara berhemat

Sedarkah anda, tabiat pemakanan yang lebih sihat dan berhemat turut menyumbang terhadap kehidupan lestari? Jadi, marilah kita sama-sama memasang azam untuk menjadi lebih baik tahun ini! Biarpun sikap berlebih-lebihan memberikan anda kepuasan, namun ia boleh mengakibatkan pembaziran makanan. Jadi, semasa membuat persiapan untuk juadah Raya, anda boleh membahagikan jumlah makanan yang mencukupi untuk tetamu anda bagi mengelakkan pembaziran. Selain itu, sentiasa ingatlah untuk menggunakan bekas kaca yang boleh diguna semula untuk menyimpan baki makanan anda.


Bekas Makanan IKEA 365+

Pendek kata, kehidupan lestari bermula daripada naluri diri, daripada setiap tindakan kecil. Oleh itu, mulakanlah perjalanan kelestarian anda di IKEA bersama dengan kami demi hari esok yang lebih baik.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM