BAKE WITH YEN LANCAR KEMPEN ‘RAYA PENUH-PENUH’ TAHUN INI


Selepas melalui pelbagai kawalan dan sekatan pergerakan selama dua tahun, rakyat Malaysia kini boleh meraikan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang lebih meriah, seperti tahun-tahun sebelum - dengan berbuka puasa bersama, kembara merentasi sempadan untuk pulang ke kampung halaman dan paling utama, memasak dan menyediakan pelbagai juadah serta kuih-muih untuk keluarga dan rakan-rakan tersayang.

Memahami kepentingan ini, rangkaian pembekal bahan bakeri No. 1 di Malaysia, Bake With Yen (BWY) telah memperkenalkan satu inisiatif bagi membantu rakyat Malaysia, khasnya baker atau individu yang membuat kek dan kuih untuk menikmati musim perayaan ini sepenuhnya dengan seruan lantang “Raya Penuh-Penuh”. Inisiatif yang diadakan termasuk program “Jimat Penuh-Penuh” yang menawarkan barangan asas dan keperluan baking pada harga terendah di pasaran.

Dari Kiri: Chef William, Chef Jet, Incoming Group Chief Executive Officer Alexandre Rosso dan Chef Tan menunjukkan produk-produk yng boleh didapati dari Bake With Yen sempena kempen Raya Penuh-Penuh.

Mengumumkan inisiatif Raya Penuh-Penuh di superstore baharu BWY di Taman Tun Dr Ismail, Alexandre Rosso yang bakal menjadi Ketua Pegawai Eksekutif syarikat BWY. Beliau, berkata, “Gabungan pandemik yang melanda dan impaknya terhadap rantaian bekalan global, kekurangan barang mentah dan tenaga kerja telah membawa kepada peningkatan harga barangan. Prihatin bahawa cabaran-cabaran ini memberi kesan terhadap perbelanjaan rakyat, BWY memanfaatkan skala besar yang ada padanya, serta hubungan baik yang terjalin dengan para vendor dan pengilang untuk memastikan harga barangan kekal pada harga mampu milik demi kepentingan pelanggan.

“Dengan 90 cawangan kedai di seluruh negara yang menyediakan khidmat kepada segenap kumpulan baker, kami menggunakan skala ekonomi yang ada, serta kemudahan pengeluaran dan pembungkusan sendiri untuk memastikan harga barang kekal berpatutan. Ini merupakan cara kami untuk memberikan jaminan kepada bakers di seluruh Malaysia untuk terus menyediakan sajian kuih-muih terbaik kepada pelanggan, keluarga dan rakan-rakan tanpa berkompromi terhadap kualiti. Seterusnya memastikan musim membuat kuih tanpa gelisah kepada semua sepanjang Ramadan ini serta sambutan Hari Raya kelak,” ujar Rosso.

Jenama yang mengambil bahagian dalam inisiatif BWY ini termasuk bahan buatan kesukaan ramai, antaranya Lurpak, Anchor, Oreo dan Nutella. Inisiatif harga ini juga melibatkan pengekalan harga 100 barangan asas dari produk keluaran jenama BWY sendiri serta mentega BWY yang terkenal, Ausicows Butter, ditawarkan pada harga RM7.90 bagi 250g dan merupakan harga yang paling rendah di pasaran.

Pada acara berkenaan, Rosso dan pasukan chef BWY telah memperkenalkan beberapa produk khas yang dikeluarkan dari rangkaian pembekal bahan bakeri, dengan pra-campuran unik “Nasi Lemak Crunchy Cookie''. Pra-campuran yang mudah disediakan ini merupakan produk ke-52 dalam pilihan pra-campuran kek dan biskut popular BWY dan diperkenalkan di pasaran bertepatan dengan musim Hari Raya ini.

Biskut Nasi Lemak Crunchy - Pra-campuran eksklusif boleh didapati dari Bake With Yen 

“Rakyat Malaysia amat menggemari nasi lemak, malah mereka boleh menikmatinya sepanjang hari! Chef-chef kami telah mendapat ilham daripada tabiat ini dan menjalani kajian untuk menerapkan keenakan rasa hidangan ini dalam bentuk biskut. Ramai ingin menikmati biskut ini lagi setelah merasainya,” kata Rosso.

Sebagai tambahan pada promosi harga “Jimat Penuh-Penuh” dan pra-campuran Nasi Lemak Crunchy Cookie, inisiatif “Raya Penuh-Penuh” BWY juga melibatkan “Tukar & Jimat”, satu kerjasama unik dengan penyedia kelengkapan dapur Innofood. Para baker yang ingin menaik taraf mesin pengadun mereka boleh mendapatkan mesin baharu pada harga diskaun dan potongan harga melalui pertukaran dengan mesin lama.

Rosso berkata, kajian BWY mendapati kebanyakan pengusaha kek dan roti cuba untuk mendapatkan perkakasan yang lebih baik sebelum musim sibuk mereka.

“Kami ingin membantu bakers dalam persekitaran semasa dan membolehkan mereka mendapatkan yang terbaik pada musim ini tanpa perlu risau akan kerosakan pada alatan yang digunakan atau perlu membuat kerja secara manual. Usaha sama dengan Innofood adalah satu lagi cara BWY mengambil berat terhadap keperluan pelanggan kami,” tambahnya.

Elemen-elemen lain dalam inisiatif “Raya Penuh-Penuh” termasuk pemberian kurma dan sampul duit Raya secara percuma serta demonstrasi membuat kuih di cawangan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan program ‘Raya Penuh-Penuh’, promosi semasa Bake With Yen dan pelbagai resipi mudah, kunjungi mana-mana daripada 90 cawangan BWY di seluruh negara.

Ikuti Bake With Yen di laman Instagram dan Facebook, atau layari laman rasmi di www.bakewithyen.my.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI