MOLFIX PILIH AWAL ASHAARI DAN SCHA ALYAHYA SEBAGAI DUTA JENAMA LAMPIN BAHARU
Pemain industri FMCG terkemuka global, Hayat, pengeluar lampin berjenama kelima terbesar dunia, dalam misinya untuk memenuhi keperluan ibu dan bayi serta memberi sinar dalam perjalanan menempuh dunia keibuan. Hayat telah mengumumkan pasangan selebriti popular Scha Alyahya dan Awal Ashaari sebagai duta jenama yang pertama bagi jenama lampin Molfix di Malaysia.
Molfix telah menyantuni berjuta bayi dan ibu di lebih 100 buah negara. Jenama ini berhasrat untuk memberikan kegembiraan kepada ibu dan bayi di seluruh dunia. Sebelum jenama ini meluas di negara Asia Tenggara seperti Vietnam, Thailand, dan Malaysia, Molfix telah membuat kajian ke atas ibu dan kanak-kanak secara meluas bagi memenuhi keperluan serta gaya hidup terkini. Hari ini, melalui jenama Molfix, mereka sekali lagi bersedia untuk memberi sentuhan istimewa yang lembut, selesa serta dapat mengukir senyuman dan kebahagiaan kepada para ibu dan bayi di Malaysia.
Mengulas mengenai keluarganya yang terpilih sebagai duta jenama Molfix, Awal Ashaari berkata, “Saya amat berbesar hati untuk menyertai Molfix sebagai seorang duta jenama tersebut. Kami juga berpeluang melawat negara Turki di mana terletaknya Pusat R&D, fasiliti pembuatan serta berpeluang untuk melihat setiap perincian. Kami tidak pernah sesekali bekerja dengan jenama yang kami tidak percaya. Justeru itu, kami berpendapat bahawa Molfix memenuhi permintaan para ibu bapa dan kami telah menemukan lampin yang terbaik bagi anak kami dan bayi yang lain.”
Scha Alyahya turut berkongsi pengalamannya menjadi duta jenama ini dengan anaknya Lila. Jelasnya, “Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas kesempatan yang amat berharga ini. Saya amat berbesar hati kerana Molfix telah memilih saya dan suami, Awal, dan juga anak saya Lila untuk mewakili Molfix di Malaysia. Sebelum ini saya berpeluang pergi ke Turki semasa mengandung anak pertama saya. Saya mula mengenali jenama Molfix buat pertamanya kalinya ketika saya sedang berjalan di kedai serbaneka dan pasaraya kerana jenama tersebut merupakan antara jenama yang terkenal di Turki. Tambahan pula, ianya hanya terdapat di beberapa buah negara sahaja.”
“Ianya memang menarik minat saya. Apabila kami menimang anak kedua, jenama Molfix masih belum memasuki Malaysia. Kini, apabila saya berkesempatan untuk mencuba produk Molfix pada Lila, dan apabila jenama tersebut memilih saya, saya berasa amat berbesar hati kerana terpilih sebagai duta. Setelah mencuba produk tersebut, Lila memakainya dan dia dilihat berasa amat selesa dan gembira walaupun ketika sedang aktif kerana lampin ini tidak menyebabkan sebarang ruam dan kegatalan pada kulitnya. Ia membantu anak saya menjalani aktivitinya dengan baik. Perkara-perkara sebegini mampu membuatkan kaum ibu seperti saya berasa amat senang hati dan tenang,” tambah Scha Alyahya.
“Kami amat berbesar hati di atas kesudian Scha Alyahya dan Awal Ashaari untuk menyertai keluarga besar Hayat Malaysia sebagai duta jenama Molfix. Kualiti dan profesionalisme yang dimiliki oleh kedua-dua ikon tersebut selaras dengan jenama Molfix dalam membantu usaha kami untuk menyampaikan keunikan dan kebaikan produk ini dengan setiap keluarga di Malaysia,” kata Alp Bilgili, Pengurus Besar Hayat Malaysia
“Kami percaya bahawa duta jenama Molfix Malaysia akan menjadi ikon rujukan yang berpengaruh di kalangan ibu bapa yang sentiasa menginginkan yang terbaik buat anak-anak mereka; individu yang berpegang pada komitmen, mempunyai daya tarikan semula jadi serta memiliki gaya hidup premium yang didedikasikan demi kebahagiaan, yang mana turut diidamkan oleh semua ibu bapa, serta mencerminkan personaliti jenama dan imej Molfix dalam banyak aspek,” jelas Alp Bilgili.
Molfix berhasrat untuk menjadi antara jenama terkemuka dalam masa lima tahun di setiap negara dengan menawarkan produk penjagaan bayi yang berkualiti premium. Pengguna kini lebih berhati-hati dan cenderung untuk memilih produk yang diperbuat daripada bahan semulajadi bagi memastikan produk tersebut tidak mengakibatkan ruam pada kulit sensitif. Dengan matlamat untuk menawarkan produk yang lebih baik serta dalam usaha untuk memahami keperluan pengguna Melayu, Molfix berharap dapat memberikan keselesaan dan kegembiraan kepada bayi-bayi di seluruh Malaysia,
Untuk maklumat lanjut sila lawati Molfix
Comments
Post a Comment