PHILIPS AVENT MERAIKAN PARA IBU MENERUSI KEMPEN “YOU ARE ENOUGH”


Peneraju global dalam teknologi kesihatan, hari ini telah melancarkan kempen You Are Enough di bawah jenama solusi penjagaan bayinya, Philips Avent, untuk meraikan para ibu dan pengalaman menyusu mereka yang unik. Tugas seorang ibu baharu bukanlah mudah dan setiap ibu pasti ingin melakukan yang terbaik untuk anak mereka. 

Seperti apa jua kemahiran baharu, kemahiran menyusu susu ibu juga boleh mengambil masa untuk dikuasai, meskipun kebanyakan anggap ia dapat dilakukan dengan mudah dan secara natural. Memahami impak fizikal, emosi dan mental yang dialami oleh ibu menyusu, Hunny Madu, seorang pengacara TV merangkap artis tanah air berpadu tenaga untuk menaungi kempen “You Are Enough”, yang bermatlamat untuk memperkasakan para ibu dengan meningkatkan kesedaran bahawa pengalaman menyusu setiap ibu adalah unik dan merupakan proses yang patut dijalankan mengikut kesenangan dan keselesaan mereka.

Kajian menunjukkan bahawa perbuatan menyusukan susu ibu dapat memberi manfaat kepada ibu dan bayi1, dan Philips Avent yakin bahawa setiap ibu harus diberi sokongan untuk menyahut segala cabaran serta menikmati setiap detik mereka menyusukan anak. Biarpun 1,000 hari yang pertama sebagai seorang ibu agak mencabar, kudrat yang dicurahkan semampunya oleh seorang ibu itu sudah memadai.

“Berpegang kepada misi jenama kita, solusi-solusi Philips Avent adalah berpandukan kajian dan ilmu yang ekstensif. Kami ingin mendukung dan memperkasakan para ibu bapa sepanjang 1,000 hari pertama mereka bersama si bayi. Justeru, Philips Avent Electric Breast Pump dan botol bayi Natural PPSU dirumus untuk membekalkan para ibu dan bayi mereka sebuah pengalaman menyusu yang natural lagi menyelesakan, manakala aplikasi Pregnancy+ dilancar untuk membantu para ibu menangani cabaran menyusukan bayi dengan kaedah yang lancar dan selamat,” kata Zach Lim, Pengurus Pemasaran Philips Avent untuk ASEAN.



Keselesaan terunggul untuk si bayi

Botol bayi Natural PPSU yang terlaris menggandingkan kelebihan penyusuan payudara, kerana ia didatangkan dengan puting silikon fleksibel berbentuk payudara yang selembut kulit, ia juga menggalakkan si bayi menyusu dengan sendirinya, tapi juga membenarkan pergerakan lidah yang natural ketika bayi menyusu. Botol berkualiti tinggi dan lasak ini yang diperbuat daripada bahan PPSU dirumus dengan kerintangan haba yang tinggi. Ia juga membawakan sistem anti-kolik dengan injap yang bertujuan untuk menarik keluar udara dari puting, dan dengan mengurangkan amaun udara yang ditelan oleh bayi, masalah refluks dan kolik dapat diminimumkan.


Kemudahan terunggul untuk si ibu

Untuk mempermudahkan lagi tugas ibu menyusu, Philips Avent Electric Breast Pump diperkenalkan dengan reka bentuk moden, kemas dan ringan. Ia membekalkan keupayaan mengepam yang terkawal, laju dan ringkas yang memimik pergerakan natural bayi semasa menyusu. Justeru, para ibu boleh mengepam dengan selesa dan terselindung pada bila-bila masa, di mana-mana jua. Teknologi Pergerakan Natural yang didatangkan bersamanya memadankan fungsi penyedutan dan rangsangan puting, membantu si ibu melancarkan aliran susu dengan cepat dan efisien. Jika dibandingkan dengan produk-produk lain dalam pasaran, pam ini membolehkan ibu memerah lebih banyak susu dalam tempoh lebih singkat. Kami memahami bahawa para ibu juga akan mengalami perubahan saiz puting sepanjang fasa penyusuan mereka, jadi komponen kusyen silikon tersebut dipastikan dapat mengadaptasi mengikut 99.98% saiz puting agar pam payudara elektrik ini dapat menjadi alat yang sentiasa diyakini oleh para ibu selama mereka menyusu.

Philips Avent Electric Breast Pumps tersedia di kedai rasmi Philips di Lazada dan Shopee. Harga Runcit Lazim bermula daripada RM799. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.philips.com.my/.

 

Feature photo by: People baby photo created by jcomp - www.freepik.com


Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING