FOODPANDA MEMBUKA JALAN DENGAN PELBAGAI USAHA KELESTARIAN


Kelestarian adalah agenda tertinggi untuk foodpanda Malaysia dan ini terbukti dengan pengumuman baru-baru ini mengenai usaha mereka mencari cara paling mampan untuk membeli-belah, makan, dan hidup selesa. Melalui semua yang telah dilakukan, platform penghantaran terkemuka di Asia Pasifik tetap komited dan sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat yang menuju ke arah alam sekitar rendah karbon pada masa depan.

Mengulas mengenai inisiatif penting ini, Sayantan Das, Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, berkata bahawa kelestarian sentiasa menjadi keutamaan pihak foodpanda. “Sebagai peneraju industri dalam ruang q-commerce, kami berharap untuk membawa perubahan kepada industri dan juga secara beransur-ansur bergerak ke arah model operasi yang lebih mampan. Melalui pengenalan beberapa inisiatif kemapanan di seluruh organisasi, kami berharap untuk mempunyai lebih ramai vendor, rakan penghantar serta para pelanggan yang akan menyertai misi kami untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih lestari. Secara ringkasnya, kami ingin memperkasakan komuniti setempat untuk menjalani kehidupan yang dikuasakan oleh teknologi.”

Untuk menangani cabaran kelestarian alam sekitar dalam industri penghantaran makanan, foodpanda kini menuju ke arah mobiliti mesra alam,melalui menggalakkan pengguna untuk memilih pesanan Pick-Up dengan tawaran dan promosi istimewa. Dengan matlamat untuk mengurangkan jejak karbon penghantaran, foodpanda juga menggalakkan penggunaan pengangkutan yang lebih hijau, seperti skuter elektrik dan basikal, atau untuk rakan kongsi penghantaran menjadi Walkersyang menghantar pesanan dalam radius 1km secara berjalan kaki. Selain itu, foodpanda juga sedang meneroka pilihan pengangkutan alternatif seperti penggunaan dron untuk mengukuhkan komitmen mereka terhadap pemuliharaan alam sekitar.

Pembaziran makanan adalah ketidakcekapan pasaran yang besar dan merupakan masalah yang masih berterusan di Malaysia. Bagi membendung isu ini, foodpanda bakal memperkenalkan beberapa inisiatif termasuk bank makanan pandamart untuk menyediakan makanan kepada masyarakat yang memerlukannya dalam masa terdekat. Selain itu, terdapat juga tawaran masa terhad dan pelbagai diskaun untuk barangan Pick-Up dan pandamart untuk meningkatkan kelestarian makanan.

“Peningkatan pengambilan makanan semasa pandemik menyebabkan sejumlah besar plastik sekali guna dihasilkan dan inilah sebab utama kami merasakan kepentingan bagi industri makanan dan minuman untuk memainkan peranan dalam menangani masalah ini dengan melaksanakan amalan lestari sepanjang perniagaan mereka,” tambah Sayantan.

Untuk meningkatkan kelestarian makanan dan mengurangkan penggunaan plastik, foodpanda kini mengamalkan penggunaan beg kertas. foodpanda juga memastikan hanya beg plastik biodegradasi digunakan di pandamart. Tambahan pula, foodpanda bekerjasama rapat dengan jenama seperti Harvest Gourmet, menggalakkan para pengguna untuk mengambil lebih banyak barangan berasaskan tumbuhan kerana amalan pengeluaran karbon rendah mereka. Melangkah ke hadapan, terdapat juga rancangan foodpanda untuk memperkenalkan pembungkusan lestari untuk Cloud Kitchen .

Sayantan berkata, “Ini hanyalah usaha kecil jika dibandingkan dengan apa yang akan datang. Sebagai sebuah organisasi yang progresif serta didorong oleh data dan teknologi, kami sentiasa meneroka cara baharu yang eko untuk menyediakan para pelanggan dengan makanan dan barangan runcit yang diperlukan dengan impak alam sekitar yang lebih rendah. Hala tuju kami bukanlah sesuatu yang baharu tetapi ia pastinya menandakan satu kejayaan buat kami dalam memperjuangkan kelestarian. Ini sejajar dengan matlamat Delivery Hero, syarikat induk kami, untuk menjadi neutral karbon di peringkat antarabangsa.”

Pada skala global, foodpanda telah menerajui kelestarian dalam sektor ini dengan mencapai pelbagai keutamaan industri, termasuk menjadi platform penghantaran pertama di Asia yang melancarkan penggunaan bekas boleh diguna semula di Singapura, dan platform pertama di Asia yang melancarkan aplikasi cutlery-opt out toggle (pilihan peralatan makanan), yang menjimat lebih 160 juta helai plastik di antara tahun 2017 hingga ke tahun 2020.

Mulai hari ini sehingga 31 Mei 2022, para pelanggan boleh menyertai usaha tersebut dengan memilih Pick-Up daripada rakan niaga terpilih dan nikmati pengurangan sebanyak 15%. Selain itu, foodpanda juga akan menganjurkan peraduan Snap and Win untuk para pengguna yang berpeluang untuk memenangi sepasang Samsung Galaxy Buds Pro, yang diperbuat 100% daripada bahan kitar semula, serta baucar Pick-Up RM10. Apa yang perlu anda lakukan ialah menangkap gambar, berkongsi ia di media sosial, tag rakan niaga tersebut dan menggunakan #ecopanda.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peraduan foodpanda Malaysia Snap and Win, sila layari https://www.foodpanda.my/contents/ecopandasnapnshare2022.

Comments

Popular posts from this blog

LAGU 'BEGHAOK RAYA' MEMERIAHKAN LAGI SUASANA HARI RAYA TAHUN INI