WANI KAYRIE & YONNYBOII MERIAHKAN HARI RAYA DENGAN MENYANYIKAN ‘SEMANGAT LEBARAN KITA’


Bagi memeriahkan sambutan Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi, dua label hiburan popular negara, Rocketfuel Entertainment dan Def Jam Recordings Malaysia, tidak putus-putus mempersembahkan sebuah lagi single Raya istimewa berjudul SEMANGAT LEBARAN KITA, gabungan mantap di antara penyanyi muda wanita berbakat dan pintar tanah air, Wani Kayrie, dengan penyanyi rap-penggubah lagu sedang meledak, Yonnyboii.

“Syukur Alhamdulillah, tidak sampai sebulan single terbaru saya berjudul ‘Kamu Kamu’ dilancarkan, kini saya diberikan kepercayaan sekali lagi oleh pihak Rocketfuel untuk tampil dengan sebuah lagu Raya istimewa bersama Yonnyboii.

“Selain itu, pihak Astro juga berbesar hati melantik saya sebagai duta Ramadan-Raya 2022,” kata pemilik nama lengkap Syazwani Abdullah.

Menariknya, tajuk single SEMANGAT LEBARAN KITA nyanyian mereka berdua turut diangkat menjadi tema sambutan sepanjang bulan Ramadan dan menjelang Raya nanti oleh pihak Astro.


Jelas Yonnyboii pula: “Saya diberitahu oleh pihak label (DefJam Recordings) tentang pelawaan berkolaborasi dengan Wani dalam sebuah lagu Raya dari pihak Rocketfuel, sudah tentu saya menerimanya dengan hati yang terbuka.

Lagu Raya hasil ciptaan komposer Amy Bong dan penulis lirik Amy Bong dan Bab ini hadir dalam rentak yang berbeza dengan keunikan tersendiri, genre alternatif pop moden yang diketengahkan diserikan lagi dengan petikan instrumen muzik jenis 'akordion' yang jarang kedengaran sekarang, menambahkan lagi dinamik komposisi tersebut.

Jelas Wani apabila ditanya tentang maksud SEMANGAT LEBARAN KITA: “Lagu ini menceritakan tentang kejayaan rakyat Malaysia dalam menyambut Aidilfitri dalam era endemik setelah lebih 2 tahun terpaksa beraya tanpa keluarga tercinta di kampung halaman. Sekarang tibalah waktu yang dinanti-nantikan oleh semua untuk kembali beraya seperti lazimnya dengan norma baru.

Proses rakaman yang memakan masa selama sehari di Studio Amy Bong berlangsung dalam mood yang ceria dan penuh kegembiraan, kata Yonnyboii, “Ini merupakan kali pertama saya dan Wani digabungkan, kami seronok dapat berkolaborasi bersama kerana Wani seorang artis yang komited dan ‘cepat tangkap’ dalam menyampaikan maksud lagu ini. Kita semua pastinya teruja dan tidak sabar untuk menyambut lebaran pada tahun ini.

Selain lagu, video muzik (MV) single ini juga turut dilancarkan serentak dengan menampilkan sebuah sketsa pendek yang berkonsepkan kemeriahan suasana di pagi Raya.

Menurut Ketua Label & Pengurusan Rocketfuel Entertainment iaitu Encik Erick Yew, “Ini merupakan strategi dinamik Rocketfuel sebagai label yang unggul dalam memeriahkan lagi sambutan Hari Raya pada tahun ini.

“Setelah negara memasuki fasa endemik, tibalah masanya untuk kita berkumpul kembali sebagai sebuah keluarga besar dalam meraikan kejayaan ini, semoga SEMANGAT LEBARAN KITA menjadi penyeri pada Aidilfitri nanti .

Ramadan kali ini, Wani mengambil keputusan untuk tidak terlalu aktif dan lebih fokus terhadap pembelajaran dan keluarga, “Selain mengurangkan aktiviti seni pada bulan puasa, saya ingin lebihkan masa dengan mengulangkaji pelajaran dan berada bersama keluarga, namun begitu, tuntutan kerja telah saya lunaskan terlebih dahulu.

“Saya berharap agar peminat semua terhibur dengan lagu SEMANGAT LEBARAN KITA dendangan saya dan Yonnyboii, dan semoga Ramadan kali ini serta Aidilfitri yang bakal tiba mengajar kita untuk menjadi individu yang lebih bersyukur berbanding sebelumnya dan sentiasa bersederhana ketika perayaan nanti.


Lagu SEMANGAT LEBARAN KITA boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Joox, KKBOX, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala MV single ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?