HOOLAH-LAH IT'S RAYA! DAPATKAN PENJIMATAN HEBAT DARIPADA HOOLAH HARI RAYA INI

Alhumaira

Sempena sambutan Raya, hoolah Malaysia melancarkan kempen #hoolahlahitsraya yang menawarkan diskaun 30% di seluruh laman di samping hadiah eksklusif untuk dimenangi!

Bermula sekarang hingga 15 Mei, bayar dengan hoolah dan nikmati diskaun 30% (terhad RM30) untuk semua pesanan dalam talian dan dalam kedai tanpa perbelanjaan minimum, dengan rangkaian pilihan barangan merangkumi kecantikan, fesyen sehinggalah barangan rumah, termasuk kedai Muslimah terbaharu Qiszar, Shawlpublika dan Diyana Halik.

Di samping itu, pelanggan yang #hoolahit dengan perbelanjaan minimum RM100 dalam tempoh kempen layak memperoleh penyertaan automatik dalam program hadiah Raya hoolah. Hanya perlu daftar keluar dengan hoolah di mana-mana kedai dalam talian atau fizikal di Malaysia dan pemenang bertuah akan berpeluang membawa pulang hadiah hebat.

Peraduan Hadiah Media Sosial #hoolahlahitsraya

Hadiah Utama
TV Pintar Samsung 55-inci

Hadiah Kedua
iPhone 13 Pro

Hadiah Ketiga
Apple Watch SE

Selain itu, sertai peraduan media sosial dua kali seminggu hoolah dengan memperagakan gaya #RayaOOTD dan #RayaBeautyLook anda dengan tag @hoolahmy di Instagram. 10 peserta bertuah akan memenangi hadiah tambahan daripada kedai fesyen dan kecantikan seperti Inhanna dan Sweet Peachier.

Sorotan Kedai Yang Mengambil Bahagian:

KECANTIKAN

Strawberrynet_Perfume-Chloe


Sempurnakan gaya Raya anda dengan Strawberrynet dan nikmati diskaun 8% di seluruh laman (belanja minimum RM340) apabila anda membeli barangan penjagaan kulit, penjagaan rambut, dan wangian kegemaran anda. Tambahan pula, nikmati potongan RM60 dengan perbelanjaan minimum RM350 apabila anda mendaftar keluar dengan hoolah. Dengan lebih 33,000 item daripada lebih 800 jenama, beli barangan keperluan anda untuk mencipta gaya Raya yang sempurna!

FESYEN

Ms Read

Ms Read (1 - 17 April)

Sebuah jenama tempatan untuk pakaian, dicipta untuk memperkasakan para wanita, Ms Read menawarkan sentuhan fesyen untuk setiap acara - daripada pakaian harian kepada pakaian kerja dan pakaian untuk hiburan malam.

Tambah koleksi menakjubkan pakaian bersaiz besar mereka ke dalam bakul anda dari 1 - 17 April dan nikmati tawaran Eksklusif Istimewa Raya mereka, berupa diskaun RM60 dengan pembelian minimum RM300 untuk para wanita!

Inhanna


Sempurnakan #RayaOOTD anda dengan Inhanna, yang menawarkan produk untuk semua orang, lelaki, wanita dan malah kanak-kanak! Untuk meraikan Se-hati Eidul Fitri, Inhanna menawarkan diskaun 10% untuk semua koleksi mereka, berserta tambahan 30% promosi #hoolahlahitsraya apabila anda daftar keluar dengan hoolah.

Untuk bulan April, cari pakaian idaman anda dan belanja RM2,000 untuk produk Inhanna bagi mendapatkan peluang memenangi hadiah termasuk pembersih vakum Dyson Cyclone V10 Fluffy, set lengkap Inhanna untuk keluarga atau wang tunai RM1,000!

Alhumaira


Dari 8 April - 1 Mei, nikmati diskaun sehingga 30% untuk koleksi Alhumaira SempurnaRaya2022 dan lengkapkan pilihan anda dengan pelbagai pilihan hijab yang selesa dan bercita rasa tinggi. Selain itu, nikmati tambahan diskaun RM25 dengan baucar hoolah dengan perbelanjaan minimum RM100 apabila anda daftar keluar dengan hoolah.

Pazzion


Temui kasut sempurna untuk #RayaOOTD dari Pazzion MY. Menampilkan pelbagai pilihan kasut wanita daripada sandal kasual, kasut rata balet, kasut tumit tinggi klasik sehinggalah kasut tumit perkahwinan yang elegan, anda pasti akan menemui kasut yang menepati gaya anda.

Raikan musim perayaan ini dengan promosi Raya mereka dan dapatkan rebat sehingga RM100 berserta tambahan diskaun 30% apabila anda daftar keluar dengan hoolah.

Alia Bastamam


Khusus untuk Ramadan, nikmati diskaun sehingga RM40 sewaktu anda membeli koleksi Alia B “DREAMS” dan membayar dengan hoolah! Tampil bergaya dengan koleksi indah mereka yang diinspirasikan ciri feminin dengan sentuhan glamor. Di samping itu, daftar keluar dengan hoolah untuk memperoleh tambahan diskaun 30%.

Mimpikita


Sebuah jenama fesyen kontemporari sederhana yang mencipta pakaian indah dan ringkas untuk Gadis Kita yang menggemari gaya moden untuk seharian. Mimpikita meraikan semua wanita untuk mewujudkan komuniti yang bersifat inklusif.

Tampil bergaya dengan mudah di musim Raya ini dan dapatkan cetakan unik dengan koleksi Raya terkini mereka, Tentang Kita.

Shawlpublika


Peneraju baju kurung sari Malaysia, Shawlpublika telah melancarkan koleksi Raya terkini mereka - SPRAYA2.0 dan SPRAYA22 - bertepatan dengan musim Raya! Dapatkan sari istimewa yang menggabungkan rekaan baju kurung tradisional dan doll-top kontemporari - malah terdapat pilihan untuk kanak-kanak agar satu keluarga dapat tampil sedondon!

Qiszar Timeless


Untuk meraikan Raya dengan bergaya dan mengikut trend, segarkan almari pakaian anda dengan koleksi Timeless Raya 2022 Qiszar yang menawan dan nikmati diskaun sehingga 32%, serta tambahan diskaun 30% apabila anda daftar keluar dengan hoolah.

Diyana Halik


Bersedia meraikan Raya dengan koleksi Faith-Raya 2022 Diyana Halik untuk pakaian berciri kontemporari penuh gaya, dan nikmati diskaun 30% apabila anda daftar keluar dengan hoolah.


RUMAH & GAYA HIDUP



Lindungi diri dan keluarga anda dengan produk Medklinn yang mampan dan bebas bahan kimia untuk membersihkan dan nyahkuman persekitaran anda dengan selamat. Musim Raya ini, nikmati penjimatan hebat sehingga RM180 dengan Pek Kombo Safety+.

Khusus untuk pengguna hoolah, menangi Medklinn Autoplus (bernilai RM489) untuk Balik Kampung & Pandu Dengan Selamat! Daftar keluar dengan hoolah untuk tambahan diskaun 30%!


Kenwood (sekarang - 2 Mei)

Meriahkan sambutan Raya ini bersama rakan-rakan dan keluarga anda dengan pilihan peralatan rumah dan dapur Kenwood yang mampu meningkatkan pengalaman kulinari anda. Cipta hidangan yang bukan sahaja lazat, malah sempurna setiap kali.

Sebagai sebahagian tawaran Istimewa Hari Raya Kenwood, dapatkan penjimatan sehingga 21% untuk peralatan terpilih, dengan tambahan diskaun 30% apabila anda daftar keluar dengan hoolah.


Delonghi (sekarang - 2 Mei)

Pencinta kopi, ini untuk anda! Bancuh kopi yang sempurna untuk anda di waktu pagi dengan pembuat kopi pelbagai Delonghi. Dari 21 Mac - 2 Mei, tingkatkan pengalaman pembuatan kopi anda sambil menikmati penjimatan sehingga 30% dengan tawaran Istimewa Hari Raya, di samping tambahan diskaun 30% apabila anda daftar keluar dengan hoolah.


BoConcept (1 - 30 April)

Ubah gaya ruang tamu anda dan cipta kediaman idaman anda dengan kelengkapan daripada BoConcept, merangkumi sofa, kerusi, meja, katil, ruang simpanan dan aksesori yang direka di Denmark. Dengan pelbagai rekaan untuk dipilih, ubah suai rumah anda dan diami ruang yang membawakan kegembiraan buat anda.

Cari perabot yang menepati cita rasa dan personaliti anda dengan bantuan pasukan Rekaan Dalaman di BoConcept. Sepanjang bulan April, daftar untuk mendapatkan Khidmat Hiasan Dalaman mereka dan nikmati diskaun 20% dengan perbelanjaan minimum RM20,000! Di samping itu, daftar keluar dengan hoolah untuk tambahan diskaun 30%!


ITSU World (7 April - 19 Jun)

Dengan pengalaman menjangkau 20 tahun dalam industri refleksologi, ITSU World menggunakan teknologi termaju mereka untuk membawakan kepada anda kepuasan muktamad yang anda impikan.

Rasai pengalaman urutan profesional di dalam keselesaan rumah anda dengan promosi Syoook Raya ITSU World - sehingga 75% diskaun untuk produk terpilih. Gunakan kod ‘raya1000’ untuk mendapatkan diskaun RM1,000.

Sempena sambutan Raya, hoolah Malaysia melancarkan kempen #hoolahlahitsraya yang menawarkan diskaun 30% di seluruh laman di samping hadiah eksklusif untuk dimenangi!


Untuk maklumat lanjut, sila layari https://hoolah.co/


Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING