AINZ & TULPE BAWAKAN PRODUK KOSMETIK TERBAIK JEPUN KE PASARAN MALAYSIA
Manjakan diri anda dengan rawatan kecantikan dan terpesona dengan kecantikan dalaman yang diserlahkan di Ainz & Tulpe (A&T), gedung pertamanya di Asia Tenggara yang akan dibuka di Pavilion Bukit Jalil. Dibuka secara rasminya pada 20 Mei, gedung kosmetik Jepun yang digemari ramai bakal memberikan para pengunjung “A Time to Discover” atau masa untuk menemui kecantikan diri dari luar dan dalam.
Anda pasti menjadi rambang mata di gedung berkeluasan 3,547 kaki persegi ini yang menawarkan 4,000 aneka produk daripada 250 jenama yang merangkumi rangkaian penjagaan kulit, solekan dan fesyen. Rasailah pengalaman kecantikan A&T yang abadi dan mengasyikkan sambil mengenali pelbagai jenama eksklusif seperti AYURA, LIPS & HIPS, DAZZSHOP dan banyak lagi.
Para penggemar kosmetik pastinya akan mengenali AYURA, jenama yang sering mendapat pengiktirafan dan memenangi anugerah kecantikan tahun demi tahun dengan produk terlaris – AYURA Clear Refiner dan AYURA Balancing Primer. Diasaskan oleh SHISEIDO pada tahun 1990 dan diambil alih oleh AIN GROUP pada tahun 2015, jenama AYURA terus berkembang dengan mengekalkan kualiti dan ciri eksklusif yang digemari oleh para pengguna.
Dengan adanya jenama terkemuka seperti AYURA, A&T merupakan gedung yang harus dikunjungi oleh para penggemar produk kecantikan dan kosmetik Jepun yang inginkan produk penjagaan kulit dan alat solek yang berkualiti. Selain daripada rumusan yang unik dan tekstur lembut yang memelihara kulit, produk-produk A&T juga telah terbukti berkesan untuk menangani pelbagai masalah kulit yang dihadapi oleh orang Asia seperti kulit kering, berminyak atau kombinasi. Tanpa mengira umur, jenis kulit dan tona kulit, pastinya akan ada produk A&T yang bersesuaian untuk diri anda. Luangkan masa di gedung ini untuk mengenali dengan lebih dekat sehingga 250 jenama produk kecantikan yang bereputasi. Di A&T Beauty Experience Store, anda boleh memulakan perjalanan “A Time to Discover” untuk menyerlahkan kecantikan anda dari dalam.
“Kami merasa teruja dan tidak sabar untuk mengalu-alukan kehadiran anda semua ke gedung A&T yang pertama di Asia Tenggara. Industri kecantikan dan kosmetik Jepun telah berkembang dengan pesat dan mendapat sambutan di serata dunia sejak bertahun lamanya, di mana lebih ramai pengguna memilih produk kecantikan dan penjagaan kulit Jepun oleh kerana mereka yakin dengan kualiti dan cirinya yang serba ringkas. Kami telah mengenal pasti melalui proses pemilihan yang teliti produk-produk terbaik dari Jepun untuk diketengahkan di gedung A&T baharu di Malaysia dan kami berjanji akan membawa anda ke dalam satu perjalanan penemuan diri apabila anda mengunjungi gedung kami. Kami percaya setiap individu mempunyai kecantikan dalaman yang harus diserlahkan dan anda boleh lakukannya dengan lebih baik dengan menggunakan rangkaian produk kosmetik berkualiti kami. Inilah masa untuk mengenal semula diri anda dan menjadi versi anda yang terbaik,” kata Rieko Kimei, Ketua Pegawai Eksekutif AMC Retail Malaysia Sdn Bhd.
Beliau menambah bahawa A&T bercita-cita untuk menjadi pakar kecantikan pilihan yang menjadi sebutan ramai di Malaysia. Selain daripada menawarkan pengalaman “A Time to Discover” di dalam pelbagai cabang kecantikan, gedung kami juga berhasrat untuk memberi pendedahan kepada para pelanggan tentang trend kecantikan dan kosmetik terkini bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan berkenaan produk kosmetik Jepun, di samping memberi panduan tentang langkah-langkah serba ringkas dalam rutin penjagaan kulit.
Setakat hari ini, A&T mempunyai 78 buah gedung di Jepun dan telah merancang untuk mengembangkan perniagaannya untuk mencapai lebih banyak komuniti tempatan dan luar negara pada masa akan datang. Kumpulan ini berusaha untuk membawakan lebih banyak manfaat dalam menangani isu-isu sosial melalui perniagaan kosmetiknya.
Sebagai satu titik permulaan pengembangan perniagaannya ke tahap antarabangsa, AIN GROUP telah menjalinkan kerjasama dengan salah sebuah syarikat perdagangan utama dari Jepun – Marubeni Corporation dan menubuhkan AMC Retail Malaysia Sdn Bhd untuk membuka gedung A&T yang pertama di Malaysia.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang A&T dan jenama-jenama yang ditawarkan, sila layari https://pavilion-bukitjalil.ainz-tulpe.com.my.
Comments
Post a Comment