NETFLIX SAJIKAN TIGA FILEM TEMPATAN YANG MENYENTUH PERASAAN HARI RAYA INI

Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, Netflix bakal membawakan tiga filem yang dinanti-nantikan oleh penggemar filem, distrimkan khas untuk bagi ahli keluarga dan rakan-rakan untuk kembali bersama musim perayaan ini.

Bermula 27 April, pelanggan Netflix serata dunia boleh menyaksikan kisah-kisah Malaysia yang menarik dan autentik, seperti filem komedi Kongsi Raya, filem hitam putih yang mendapat sanjungan Prebet Sapu, yang membawakan kisah seorang pemandu e-hailing di kota Kuala Lumpur, dan Showtime 1958 — sebuah filem yang berlatarbelakangkan era kegemilangan filem Tanah Melayu, dengan tayangan perdana eksklusif di Netflix.

Filem-filem ini menyertai barisan produksi tempatan hebat di Netflix, termasuk sitcom ikonik Senario dan Best of Pi Mai Pi Mai Tang Tu, filem aksi komedi Bulan dan Pria Terhebat, filem cinta yag diinspirasikan dari kisah benar Pulang, dan tidak lupa filem animasi hebat — BoBoiBoy.



Untuk maklumat lanjut tentang sajian program Raya di Netflix, sila layari https://netflix.com/raya







Comments

Popular posts from this blog

PROJEK LAUNCHPAD BANTU PELARIAN WANITA SEMASA PKP

EARLY AUTISM PROJECT MENGANJURKAN RUN FOR AUTISM 2026 SEMPENA ULANG TAHUN KE-20 UNTUK MENGUMPUL DANA BAGI INDIVIDU DENGAN AUTISME

SLOT MEGADRAMA ASTRO RIA KETENGAHKAN ISU PENCERAIAN DALAM SIRI DRAMA 'CINA BUTA'

KEMPEN "MARI BER-CAROUSELL" GALAK AKTIVITI “DECLUTTERING”