7 PENGINAPAN AIRBNB MENAKJUBKAN UNTUK BERCUTI DI HARI RAYA

Alamanda Markisa Villa

Kemeriahan balik kampung sudah mula terasa dengan persiapan Raya yang sedang giat dibuat! Rakyat Malaysia di seluruh negara begitu teruja untuk beraya pada tahun ini bersama sanak saudara yang akhirnya boleh bersatu semula selepas terpisah selama dua tahun.

Sama ada mencari baju Raya baharu yang sedondon, berangankan hidangan yang lazat atau merancang percutian bersama keluarga besar, ada banyak aktiviti yang boleh dinikmati untuk sambutan tahun ini — apa kata jadikannya lebih meriah dengan percutian sempena perayaan ini?

Sama ada destinasi pulau yang tenang dengan sentuhan seni bina Melayu ataupun rumah kampung tradisional yang penuh nostalgia, tujuh Penginapan Airbnb yang indah ini akan membuat sambutan Raya kali ini yang tidak akan dilupakan.

Sunset Valley – Farmers House

Destinasi Percutian Tepi Laut

Bayangkan diri anda bangun tidur di rumah kayu tradisional yang indah,dikelilingi oleh taman-taman yang menakjubkan, bayu laut dan kolam renang peribadi sambil anda meraikan insan tersayang anda. Alamanda Markisa Villa atau Sunset Valley – Farmers House terletak di Langkawi, dan ianya sudah pasti menjadi tempat yang sesuai untuk keluarga anda berkumpul.

Rumah Lenggong

Tempat Peranginan Mudah Berkumpul

Memikirkan cara yang menyeronokkan untuk meraikan perhimpunan keluarga anda? Rumah Lenggong di Perak dan Rimba Alor Orchard Villa di Melaka menawarkan pelbagai pilihan untuk memeriahkan lagi perjumpaan yang lama ditunggu-tunggu ini. 

Rimba Alor Orchard Villa

Terokai kawasan ini dan bawa seluruh keluarga untuk memetik buah-buahan, atau berehat bersama-sama di astaka luaran sambil mengenang hari-hari yang indah.

 Rumah kampung di Cameron Highland


Percutian Malar Hijau

Bagi mereka yang inginkan percutian yang lebih santai, lihat rumah kampung di Cameron Highland ini, atau mungkin vila moden ini atau tempat peranginan hutan hujan tersembunyi di Janda Baik yang dikelilingi udara nyaman dan pemandangan indah. 

Vila moden

Nikmati sepenuhnya jamuan Raya yang hebat dikelilingi oleh keselesaan moden dan hiasan klasik, sambil menyelami keindahan syurga alam semula jadi anda sendiri.

Tempat peranginan hutan hujan tersembunyi di Janda Baik

Mulai November 2021, semua hos Airbnb telah komited untuk melaksanakan amalan keselamatan dan pembersihan COVID-19 Airbnb – satu set standard kesihatan dan keselamatan mandatori yang dibangunkan untuk masa COVID-19 dan seterusnya. Airbnb juga telah melaksanakan Alat Pengesahan Vaksinasi, yang membolehkan tetamu mengesahkan secara sukarela bahawa mereka sedia untuk berkongsi status vaksinasi dengan Hos mereka semasa daftar masuk.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

LOSYEN DAILY MOISTURIZING ENERGIZING AVEENO® – STANDARD BAHARU DALAM PENGHIDRATAN KULIT DAN PENYEGARAN DERIA!