YOODO MEMERIAHKAN SAMBUTAN RAYA DENGAN KEMPEN ‘RAYA PUAKA’


Yoodo – perkhidmatan mudah alih pertama di Malaysia yang boleh diubahsuai sepenuhnya dan 100% digital - meraikan ketibaan Raya yang pastinya bakal disambut dengan meriah, dengan menwarkan pelbagai hadiah menarik disepanjang bulan Ramadan sehingga Syawal. Pengguna berpeluang untuk memenangi memenangi ganjaran hebat melalui peraduan di mana peserta perlu mengumpul markah tertinggi.

Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo, berkata “Kami sangat teruja untuk memperkenalkan kempen ‘Raya Puaka’ untuk musim perayaan, ia menyeronokkan, kreatif dan menarik - sama seperti Yoodo! Memandangkan ini adalah Raya pertama di mana rakyat Malaysia dibenarkan pulang ke kampung, pastinya sambutan tahun ini lebih istimewa. Kami tidak sabar untuk memberikan ganjaran kepada pengguna dengan hadiah lumayan melalui kempen gamifikasi ‘Misi Raya Puaka’. Ia direka untuk menyemarakkan rasa setiakawan, sambil kita bersama-sama orang tersayang pada Raya ini.”

Peserta peraduan ini perlu melalui empat 'misi' untuk mengumpul sebanyak mata yang mungkin dari sekarang sehingga 31 Mei 2022, untuk memenangi peraduan Hadiah Utama di mana pemenang akan diberi ganjaran termasuk sebuah Samsung Galaxy Extra S22 Ultra, iPhone 13 dan Nintendo Switch. Selain itu, 100 peserta pertama yang memperoleh 10 mata akan memenangi kredit e-Wallet Touch ‘n Go bernilai RM30 melalui peraduan Early Bird yang berlangsung sehingga 8 Mei 2022.

Untuk misi pertama perserta perlu mengaktifkan talian Yoodo baharu, atau pindah masuk (port-in) daripada syarikat telekomunikasi lain. Untuk pengguna sedia ada, mereka perlu mengaktifkan talian Yoodo tambahan, atau memindah masuk talian tambahan.

Setelah selesai dengan misi pertama, peserta akan meneruskan ‘perjalanan’ ke misi kedua - Permainan Mini bertajuk 'Hantu Fast, Hantu Furious.' Permainan ini mencabar pengguna untuk mengumpul sebanyak mungkin ‘Duit Raya’, sambil mengelak hantu yang muncul sepanjang permainan. Tahap kesukaran meningkat apabila pengguna semakin maju, menjadikan pengumpulan Duit Raya lebih mencabar.

Dalam misi tiga, peserta akan memperolehi mata untuk sebarang pembelian Add-On Booster. Lebih banyak pembelian Add-On Booster akan memberi pengguna lebih banyak mata. Setiap pembelian Add-On Booster RM1 dan RM3 akan dianugerahkan dengan 1 mata manakala Add-On Booster untuk penstriman berharga RM7 akan memberi peserta 2 mata untuk setiap pembelian.

Untuk misi yang terakhir, peserta perlu merujuk ahli keluarga dan rakan-rakna mereka untuk mengaktifkan talian Yoodo, untuk ganjaran 3 mata.

Tunggu apa lagi? Sertailah kempen ‘Misi Raya Puaka’ untuk memenangi hadiah yang pasti akan menambah kemeriahan Raya anda tahun ini. Untuk butiran lanjut tentang kempen, sila layari https://www.yoodo.com.my/rayapuaka/.

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

SEBARKAN KASIH SAYANG DAN KEBAIKAN DENGAN VOLUNTOURISM