HAYATI SENTUHAN WARISAN LEBARAN INI DENGAN KOLEKSI THE HERITAGE DUCK



Bersedialah untuk beraya dengan keanggunan koleksi terbesar pakaian dan aksesori yang telah diperkenalkan oleh dUCk - The Heritage dUCk, yang diilhamkan oleh kecantikan dan kehalusan motif seni ukiran Melayu. Koleksi ini menampilkan tudung, beg, aksesori, wangian dan juga baju raya untuk wanita dewasa dan si manja! Selepas koleksi pertama diperkenalkan pada 9 April, dUCk mempamerkan koleksi penuh pada 16 April, tepat pada masanya untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri dengan serba bergaya.

“Sejak dua tahun yang lepas, kita tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga dan rakan tersayang. Cabaran ini ternyata begitu berat buat kita. Tetapi tahun ini akhirnya kita berpeluang untuk menghidupkan kembali tradisi untuk beraya bersama keluarga dan sanak saudara, memasak bersama dan bermaaf-maafan sesama kita. Betullah kata orang, yang indah, pastinya memerlukan masa,” kata Jacky Hussein, Pengarah Kreatif Kumpulan dUCk.

“Tahun ini, The dUCk Group menitik beratkan nilai kesabaran kerana ia mengajar kita untuk menjadi lebih tabah dan pada masa yang sama, mendorong kita untuk mencapai kejayaan setelah mengharungi segala cabaran dengan kesabaran. Sama seperti seni warisan ukiran Melayu yang memerlukan ketabahan dan kesabaran yang tinggi untuk menghasilkan sesuatu ukiran, kami teruja untuk menghidupkan kembali legasi ini melalui koleksi Raya terbaharu kami,” tambah Jacky.

Koleksi The Heritage dUCk diilhamkan oleh pertemuan D dengan Pak Osman, seorang pakar seni ukiran kayu yang terkenal di Terengganu. Beliau memberitahu D tentang pentingnya kesabaran dalam menghasilkan kerja ukiran kayu yang penuh teliti. Diharapkan, seni warisan Melayu yang diterjemahkan dalam koleksi ini menjadi salah satu usaha the dUCk Group untuk memelihara dan mengembalikan kembali kegemilangan seni warisan Melayu dipersada antarabangsa.

Jangan ketinggalan untuk mendapatkan koleksi terbaru ini di www.getducked.com, aplikasi dUCk (boleh didapati di Apple dan Google Play store) atau di butik dUCk. Sambil menggayakan pakaian atau aksesori daripada koleksi The Heritage dUCk pada Hari Raya ini, anda boleh berkongsi nilai-nilai kehalusan seni warisan Melayu dengan seluruh dunia – Selamat Hari Raya!

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

SEBARKAN KASIH SAYANG DAN KEBAIKAN DENGAN VOLUNTOURISM