LEBIH K-DRAMA DAN K-FILEM TERHANGAT DI ASTRO PADA MEI INI


Para peminat program Korea boleh menikmati lebih banyak K-drama dan K-filem terhangat termasuk drama misteri, aksi yang mendebarkan, kekeluargaan dan lagi pada Mei ini di Astro melalui tvN (Saluran 395 HD), KBS World (Saluran 392 HD) dan tvN Movies (Saluran 416 HD). Peminat juga boleh strim episod-episod yang disediakan di On Demand dan Astro GO, pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Peminat boleh menyaksikan tayangan perdana K-drama terhangat, termasuk:

Drama romantik Eve, ditayangkan 24 jam selepas Korea, menampilkan Seo Yea-ji, Park Byung-eun, Lee Sang-yeob dan Yoo-sun, bermula 26 Mei, di tvN (Saluran 395 HD).


Drama romantik dan kekeluargaan Gold Mask, ditayangkan pada sama minggu dengan Korea, membariskan Cha Ye-Ryun, Na Young-Hee dan Lee Whee-Hyang, bermula 30 Mei, di KBS World (Saluran 392 HD).


Drama romantik Now, We Are Breaking Up, menampilkan Song Hye Kyo, Jang Ki Yong dan ramai lagi, bermula 11 Mei, disediakan menerusi On Demand dan Astro GO.

Peminat boleh juga menikmati K-filem terbaharu ditayangkan pada Mei:

Filem komedi dan kekeluargaan Sinkhole, menampilkan Cha Seoung-Won, Kim Sung-Kyun, Lee Kwang-Soo dan Kim Hye-Jun pada 15 Mei, di tvN Movies (Saluran 416 HD).


Filem aksi mendebarkan dan misteri Hard Hit, dibintangi oleh Jo Woo-Jin, Lee Jae-In, Jin Hyung dan Ji Chang-Wook, pada 21 Mei, di tvN Movies (Saluran 416 HD).


Filem romantik-drama A Year-End Medley, menampilkan Jan Ji-Min, Lee Dong-Wook, Kang Ha-Neul dan ramai lagi, pada 28 Mei, di tvN Movies (Saluran 416 HD).

Untuk maklumat lanjut, layari content.astro.com.my

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!