TIKTOK DEDAH TABIAT PENGGUNA MENJELANG RAMADAN 2021

 

TikTok, aplikasi video pendek dengan misi untuk mengilhamkan kreativiti dan membawa kegembiraan, mendedahkan buat pertama kalinya, hasil kajian perubahan landskap kepenggunaan, dan bagaimana aplikasi ini memberi kesan kepada jenama menjelang musim Ramadan. 

TikTok menekankan bahawa di Malaysia, tabiat membeli-belah pada bulan Ramadan telah berubah di mana 28% daripada pengguna membeli secara dalam talian, manakala 23% membeli lebih lagi setiap kali. Perubahan ini merangkumi pelbagai jenis barangan dari teknologi pengguna sehingga keperluan beribadat:
  • 3.7x peningkatan pencarian untuk kain sarung
  • 1.5x peningkatan carian untuk tikar sejadah
  • 2x peningkatan carian untuk tablet
  • 4x peningkatan carian untuk telefon pintar
Ini bermakna bahawa pengguna meluangkan lebih masa dalam talian, dengan hampir 3.5 bilion minit diluangkan di aplikasi membeli-belah pada bulan Ramadan. Imran Khan, Pengurus Pemasaran Komunikasi, Asia Tenggara menjelaskan, “Sudah hampir satu tahun kita menyesuaikan diri dengan norma baharu. Namun, kita dapat lihat bahawa jiwa Ramadan terus kekal hidup walaupun penjarakan sosial dan peraturan kawalan pergerakan di seluruh negara dikuatkuasakan. Orang ramai tetap terus ke dalam talian untuk bantu mereka meraikan Ramadan dan Hari Raya. Semangat persahabatan dan bersatu hati yang sama juga dilihat dalam kalangan pelbagai komuniti TikTok melalui cabaran seperti #kongsikebaikan, di mana pengguna TikTok mengaspirasikan semangat yang kuat untuk menyumbang semula kepada komuniti, sempena bulan Ramadan.”

Ketika musim Ramadan tahun lepas, penglibatan pengguna dalam TikTok secara purata meningkat sebanyak 12.5%, dengan 52% daripada pengguna mengatakan mereka mempelajari tentang produk baharu melalui iklan video jenama di TikTok. Apa yang menarik ialah 61% daripada pengguna TikTok rasa bahawa pengiklanan melalui platform tersebut adalah unik manakala 67% setuju bahawa TikTok telah membantu mereka mendapatkan idea tentang jenama/produk yang mereka tidak pernah terfikir sebelum ini.

Imran Khan, Pengurus Pemasaran Komunikasi, Asia Tenggara

“Kami melihat penglibatan pengguna pada tahap yang tinggi di TIkTok,” kata Imran. “90% daripada pengguna TikTok pernah melihat iklan-iklan di TikTok, dan lebih daripada separuh (56%) daripada mereka melakukan carian untuk maklumat yang lebih lanjut tentang iklan yang baru sahaja ditontoni. Penglibatan pengguna meningkat sebanyak 43% untuk jenama yang mengiklan, manakala 33% bercakap tentang jenama/produk bersama orang yang dikenali. Ini menunjukkan iklan-iklan ini mempunyai impak yang ketara terhadap komuniti di TikTok.”

Penyumbang besar kepada tahap penglibatan yang tinggi di TikTok boleh dikaitkan dengan hakikat bahawa 92.3% daripada pengguna tindak menggunakan skrin kedua ketika di TikTok, mendalamkan lagi pengalaman mereka di platform tersebut. “Ini menawarkan peluang kepada jenama-jenama untuk berhubung dengan para penonton mereka dengan lebih mendalam lagi,” jelas Imran. “Sebabnya mudah sekali. Iklan-iklan sepatutnya menggembirakan dan mengasyikkan, dan ini dapat dilihat secara ketara di TikTok, di mana iklan berprestasi terbaik seringnya memberikan pengguna kandungan yang berguna, tulen, menghiburkan dan yang berunsur pendidikan.”

TikTok menyatakan bahawa platform mereka terbuka kepada semua jenama setiap saiz, termasuk PKS, dan disebabkan lebih daripada 98% perniagaan di Malaysia diwakili oleh PKS, TikTok mungkin merupakan pilihan terbaik bagi golongan ini dalam ekonomi semasa. “Dengan TikTok for Business, jenama besar dan kecil diberikan sumber untuk diterokai dan berhubung dengan komuniti umum di sekeliling mereka. Mereka akan mendapati bahawa ianya akan menjadi lebih mudah untuk berhubung secara selamat, positif dan mendalam dengan komuniti Tiktok. Ini memberikan peluang unik bagi para jenama dan perniagaan untuk bertindak secara kontemporari dan menunjukkan kreativiti mereka dalam berhubung dengan komuniti digital generasi hari ini,” jelas Imran.

Maklumat lebih lanjut boleh didapati di https://www.tiktok.com/business/ms


Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA