KOTEX RAI HARI WANITA SEDUNIA DENGAN ONLINE SLUMBER PARTY
Terus setia menjadi penyokong kemajuan wanita dan bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa, Kotex® telah menjadi tuan rumah online slumber party pertama dan terbesar di Instagram dan Facebook.
Acara ini menyaksikan sejumlah 1000 lebih orang berkumpul secara maya. Dalam usaha untuk terus memberikan penghormatan kepada kemajuan wanita, Kotex® bergandingan dengan influencer media sosial terkemuka Malaysia, Athalia Buswani dan Erissa Puteri. Pasangan ini mengacarakan aktiviti yang menyeronokkan bagi membuktikan bahawa wanita juga dapat memiliki hari yang menarik sepanjang mereka berada dalam tempoh haid, termasuk mempunyai tidur malam yang nyenyak, bangun dan merasa hebat sepanjang hari.
Kotek menganjurkan online slumber party terbesar sebagai cara untuk memperingati Hari Wanita Antarabangsa dan menggalakkan gadis dan wanita untuk menguasai hari-hari mereka. Memulakan online slumber party yang menarik dan terbesar itu, Erissa mengetuai tutorial tarian TikTok dengan lagu tema terkenal Kotex® untuk mendorong wanita menari mengurangkan kekejangan semasa tempoh haid dan mempunyai keyakinan untuk merebut hari anda sama ada haid atau tidak. Malam itu berakhir dengan Athalia yang memulakan perbincangan mengenai masalah yang sering dialami semasa haid dan tidak selalu dibincangkan dalam kalangan wanita: posisi tidur. Kita semua tahu tidur yang tidak selesa boleh merosakkan hari baharu yang hebat.
Pada Slumber Party itu, kedua-dua Erissa dan Athalia telah memuji kelebihan Kotex® Overnight Panties’ dengan perlindungan anti-kebocoran 360 dan Kotex Total Protection Overnight Pads yang mereka telah kongsikan dalam kit slumber Kotex® bersama dengan jubah malam Kotex® dan topeng mata tidur untuk membantu mereka mendapatkan tidur malam yang baik semasa haid.
“Semenjak dahulu lagi, Kotex sudah berada di barisan hadapan dalam memastikan keperluan wanita pada waktu haid, dan juga memastikan tiada apa yang boleh menghalang hari mereka termasuk haid mereka pada setiap bulan. Wanita sering kali kehilangan tidur malam semasa haid, bimbang tentang kebocoran dan kesan kotor dan pada Hari Wanita Antarabangsa ini, kami ingin memutuskan rantaian tidur malam yang terganggu, malam haid yang penuh kerisauan. Dikuasakan dengan rangkaian inovatif Overnight Panties dan Pads, kami kini membolehkan wanita tidur tanpa risau sepanjang malam dan dapat kekal hebat keesokan harinya. Online Slumber Party, yang pertama dan terbesar di Malaysia ini merupakan sebuah sambutan malam bebas haid yang menyeronokkan untuk memberitahu setiap wanita di Malaysia bahawa haid atau tidak, dia boleh,” kata Radhika Agarwal, Pengurus Pemasaran, Kimberly-Clark Malaysia.
Kotex®️ bangga dapat membawakan rangkaian inovatif Overnight yang menjanjikan tidur tanpa gangguan sepanjang malam sewaktu haid. Kini, anda boleh mendapatkan perlindungan anti-kebocoran 360 dengan Kotex Overnight Panties’ dan sehingga 100% tidak ada kebocoran belakang dengan Kotex® Total Protection Overnight Pads supaya anda boleh tidur sepanjang malam dan kekal hebat sepanjang hari. Produk Kotex®️ Overnight juga dilancarkan dalam bungkusan baharu, yang menggambarkan anda yang baharu dan bersedia untuk menghadapi hari anda.
Tidak sabar untuk pengalaman tidur seperti orang lain walaupun semasa haid? Dapatkan rangkaian Kotex® Overnight dan nikmati tidur tanpa kerisauan bermula Februari ini. Selain itu, pastikan anda mengikuti Kotex® Malaysia di Instagram dan Facebook untuk lebih banyak maklumat tentang usaha-usaha Kotex® bagi menyokong kemajuan wanita!
Feature photo by Woman photo created by tirachardz - www.freepik.com
Comments
Post a Comment